Mengembara di muka bumi menyaksikan bagaimana kesudahan orang terdahulu

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “Perniagaan Online Bunuh Perniagaan Konvensional“. Kali ini Abang nak berkongsi kisah kembara Abang ke banyak  negara.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Abang memang suka mengembara. Pengembaraan kebanyak negara bermula pada tahun 2006 apabila keadaan ekonomi keluarga sudah mula meningkat.

Antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan adalah melihat kesan gempa bumi teruk yang mengorbankan beratus nyawa di Padang. Ketika Abang sampai gempa bumi baru sahaja berlaku sekitar dua minggu.

Melihat jalanraya dan jambatan yang rosak dan bagunan runtuh menyembah bumi. Suasana yang sama juga Abang lihat ketika menjejaki kaki di Christchurch, New Zealand masih ada lagi kesan gempa bumi besar yang menimpa bandar tersebut.

Cruise di New Zealand

Mengharung ombak besar ketika menyeberangi selat Cook dari Wellington ke Picton pun satu pengalaman yang boleh tahan ngeri juga. Ombak tinggi seperti bagunan 4 tingkat.

Melihat kesan-kesan tsunami di Aceh dan keajaibannya memang menyentuh hati betapa manusia tiada kuasa walaupun sekelumit tetapi kita selalu lupa.

Melihat keindahan alam ciptaan TUHAN bagai lukisan di atas kanvas apabila mengelusuri tasik dan gunung ganang di pendalaman New Zealand menuju ke Queenstown, menuju ke Alanya di Turki, dari Venice ke Rome, melalui garden route menuju ke Cape Town dan menyeberang Tasik Tiberia.

Menyeberangi Tasik Tiberia dengan replika bot Nabi Isa a.s

Mungkin ramai kata kenapa perlu mengembara jauh keseluruh alam, kerana ada disebut dalam ayat 44 surah #Fatir yang maksudnya

“(Dan sebagai buktinya): tidakkah orang-orang (yang tidak mahu beriman) itu telah mengembara di muka bumi, lalu mereka menyaksikan bagaimana kesudahan orang-orang kafir yang terdahulu dari mereka, sedang orang-orang itu lebih kekuatannya dari mereka? Dan (sudah tetap) bahawa kekuasaan Allah tidak dapat dilemahkan atau dihalangi oleh sesuatupun sama ada di langit atau di bumi; sesungguhnya Ia adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.

Terbaru Abang melihat kemusnahan sebuah peradapan tamadun kehidupan di Madain Saleh tidak jauh dari Kota Madinah, kerana ingkar perintah tuhan.

Semuga kita antara insan yang terus mendapat redha NYA.

Abang Denaihati
Penulis Blog

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.


Spread the love

26 Comments

  1. Alhamdulillah Bang Amir diberi kesempatan untuk bersilaturahim ke negara-negara lain bersama rombongan sekeluarga. Entah bile mase saye bise mendapatkan kesempatan yang same. Insya Allah… 🙂

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!