Tips untuk bersaing dalam bisnis

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “Perniagaan Online Bunuh Perniagaan Konvensional“. Kali ini Abang nak berkongsi Tips untuk bersaing dalam bisnis.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Beberapa hari lepas, Abang bertemu seorang teman yang mengeloh dengan saingan bisnis yang sangat tidak adil.

Perniagaan bukan selurus yang kita sangka dan semudah yang kita impikan. Ianya adalah perjuangan dan hanya 10% mencapai impian ketika 90% lagi hanyut dibawa gelombang tsunami bisnis yang sangat ganas.

Setiap usahawan akan berusaha meyakinkan yang lain dengan berbagai pujukan lunak untuk manafaat paling tamak yang boleh. Ini bukan kisah sekarang tetapi sejak beribu tahun dulu seperti maksud ayat 23 – 24 surah #Sad

Sebenarnya orang ini ialah (seorang sahabat sebagai) saudaraku; ia mempunyai sembilan puluh sembilan ekor kambing betina dan aku mempunyai seekor sahaja; dalam pada itu ia (mendesakku dengan) berkata: ‘ Serahkanlah yang seekor itu kepadaku ‘, dan dia telah mengalahkan daku dalam merundingkan perkara itu”. Nabi Daud berkata: ” Sesungguhnya ia telah berlaku zalim kepadamu dengan meminta kambingmu itu (sebagai tambahan) kepada kambing-kambingnya; dan sesungguhnya kebanyakan dari orang-orang yang bergaul dan berhubungan (dalam berbagai-bagai lapangan hidup), setengahnya berlaku zalim kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh; sedang mereka amatlah sedikit!” Dan Nabi Daud (setelah berfikir sejurus), mengetahui sebenarnya Kami telah mengujinya (dengan peristiwa itu), lalu ia memohon ampun kepada Tuhannya sambil merebahkan dirinya sujud, serta ia rujuk kembali (bertaubat).

Kisah pada zaman Nabi Daud membukti betapa ketika itu sudah ada persaingan dalam perniagaan dan yang kuat pasti menang walaupun tidak adil. Kisah ribuan tahun ini sedang berlaku dalam dunia bisnis sekarang sehingga ramai yang tewas manakala yang kuat akan terus berkuasa menakluk dunia perniagaan.

Jadi jangan bersedih sahabat ku, bisnis memang begitu, bangun jadi perjuang yang berilmu untuk bersaing dengan pendekar-pendekar bisnis yang lain. Tidak semesti yang tidak terkenal sebagai usahawan itu gagal, malahan ramai di antara mereka yang tidak terkenal itu lebih berjaya. Tidak seperti sebahagian usahawan yang sangat terkenal, belum tentu mereka berjaya, ada yang indah khabar dari rupa.

‎ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Abang Denaihati
Penulis Blog
Denaisell (kedai online kami)

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.


Spread the love

34 Comments

  1. Persaingan bisnes memang sengit tak kira bisnes apa pun. Setiap hari ada je produk baru yang menenggelamkan produk lama. Kadang-kadang penat juga fikir nak buat bisnes apa yang betul-betul ada potensi besar untuk bertahan dalam jangka masa yang panjang. Teringin juga nak ada produk sendiri sebab nak dapatkan kepuasan berjaya marketkan produk sendiri dan bukan semata-mata nak jual produk je. Produk pertama saya adalah mini popiah dan da pun di pasarkan kat kedai-kedai area Pahang 8 tahun lepas tapi belum lagi sempat design label, packaging, brand semua da busy plak dengan kerja ditambah dengan ilmu pemasaran yang cetek sangat-sangat masa tu. So, berhenti takat tu jela kisah mini popiah saya tu…tapi still ada minat lagi terhadap bisnes masakan sebenarnya macam francais tu…hehe

  2. Setuju.. Persaingan memang bagus sebab dia bagi kita peluang untuk memajukan bisnes kita.

    Yang tak bagusnya adalah sikap dan budaya iri hati, dengki dan malas dengan kejayaan orang lain.

    Sendiri yang malas tapi cari kesalahan orang lain, pasang ilmu sana sini. Harap persaingan macam ni tak menjadi2 dalam budaya MELAYU kita ni
    Curahan rasa Dedaun Comel | Buat Duit Online @ ..Selamat Tinggal H12-Media…My Profile

  3. Terbaik! Bersaing dengan sihat dalam bisnes memang bagus. Tapi yang jadi busuk bila mana ramai bangsa sendiri yang suka sangat dengki dan suka menjatuhkan bisnes orang lain.

    Apa pun, nak bisnes maju, berbisnes dahulu dengan Allah. Inshaallah semuanya akan di atur lancar.
    Curahan rasa Dukenaim @ ..Set Soalan Ujian Sekolah Anak Tahun 1- 6My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!