Perniagaan Online Bunuh Perniagaan Konvensional

Assalamualaikum dan salam 1Dunia,

saban hari kita membesar dengan peningkatan teknologi. Daripada zaman dahulu hingga sekarang, cukup banyak perbezaannya. Kemajuan teknologi banyak mengubah gaya hidup masa kini tidak terkecuali dengan dunia perniagaan. Jika pada tahun-tahun yang lalu, ramai yang masih membeli barang di kedai-kedai namun ia semakin berubah apabila ramai yang membeli secara atas talian.

Ada peniaga lama yang gusar apabila perniagaan konvensional mereka akan terkubur. Adakah perniagaan mereka akan mati dengan wujudnya kecanggihan perniagaan atas talian ini?

Sebentar tadi telah berlangsung Wacana Sinar siri 44 di Auditorium Sultan Muhammad V, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf. Barisan panel yang hebat dipilih untuk mengupas isu ini.

Barisan Panel Wacana Sinar Siri 44

  1. Hassan Saad – Pengerusi Persatuan Peniaga-peniaga Bukit Bintang Kuala Lumpur
  2. Kamarul Arif – CEO Zawara Sdn Bhd
  3. Datin Ira Ghani – Timbalan Pengerusi Dewan Perniagaan Antarabangsa Kuala Lumpur & Pengasas Aura Seri
  4. Sifu Jamal (Jamaluddin Bahari) – Pengarah Urusan SIFUFBADS Sdn Bhd

Program ilmiah ini akan dikendalikan oleh Nazri Kahar dari Astro Awani.

Industri perniagaan konvensional telah lama wujud setelah sekian lama. Orang terdahulu berniaga dari rumah ke rumah, di kedai dan mempunyai premis sendiri. Manakala pada zaman ini, media sosial adalah lubuk bagi masyarakat untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan.

Hanya dengan melayari internet dan menggunakan platform atas talian, semuanya menjadi ikutan pada masa kini dan perkembangan itu sangat luar biasa.

Beza pelanggan online dan konvensional

Namun demikian masih ada orang yang suka merasai dan melalui pembelian atau servis secara fizikal. Contoh pembelian kasut dan fabrik. Ada pelanggan yang masih mahu merasai sendiri bagaimana selesanya memakai kasut tersebut sebelum dibeli di kedai.

Perniagaan online pula perlu ada kebijaksanaan dalam memujuk iaitu bakal pelanggan mengambil masa untuk berfikir dan membuat keputusan sebelum membeli. Maka wujudlah beberapa teknik-teknik yang digunakan bagi jual beli di atas talian.

Ramai berpendapat jika menggunakan kos yang sama untuk perniagaan konvensional dan online, platform online boleh meraih untung yang berlipat ganda. Namun, masih ada yang mengekalkan perniagaan konvensional dan masih mempunyai permintaan dalam pasaran.

Perniagaan online adalah evolusi

Sebagai contoh, di Denaisell.com juga kini menjadi platform bagi usahawan yang ingin menjual produk secara atas talian. Kesemua perincian telah disediakan termasuk sistem pembayaran atas talian. Bermakna pelanggan tidak perlu membuang masa dan tenaga untuk membeli barangan atau produk yang ingin mereka beli secara terus. Hatta pelanggan boleh membeli roti, ikan dan telur daripada pasaraya Tesco secara atas talian.

Perniagaan online bukan fenomena tetapi ia adalah evolusi. Ia akan jadi lebih baik dan memudahkan pengguna dan seterusnya membantu perniagaan konvensional.

Timbalan Pengerusi Dewan Perniagaan Antarabangsa Kuala Lumpur dan Pengasas Aura Seri, Datin Ira Ghani pula berpandangan, perniagaan konvensional nampak lebih keikhlasan sebab menyediakan premis. Bisnis perlu ada kemahiran untuk membuat perhubungan awam dengan pelanggan. Berbanding jika memberi penerangan secara nyata dengan bermesej di media sosial, perniagaan konvensional lebih kepada face to face.

“Online tak bunuh pun perniagaan konvensional. Perniagaan online yang bunuh bisnes online, satu hari beribu orang jadi usahawan” – Datin Ira Ghani

“Perniagaan online melengkapkan perniagaan konvensional” – SifuFBADS Jamal

Peniaga lama memang susah terima trend baharu kerana cara dan kaedah berbeza. Meskipun rancak di atas talian, mereka tetap akan guna iklan di papan iklan atau suratkhabar juga akhirnya. Online hanya nilai tambah kepada perniagaan konvensional.

Perniagaan konvensional ini sudah lama dan terbukti ia menjadikan seseorang ahli perniagaan yang sebenar dalam pasaran, namun teknologi terkini juga tidak harus terlepas pandang. Ada juga  yang bermula dengan peniaga mikro dan kemudiannya membeli premis namun apa yang lebih penting adalah pengurusan pengaliran wang yang akan menentukan masa depan peniaga.

Dalam perniagaan, perlu ada ilmu dan etika. Sama ada online atau konvensional sudah pasti kedua-dua perkara itu menjadi tunjang yang dititikberatkan.

90 Comments

  1. Biasanya orang yg betul-betul busy ni nak tak nak memang kena shopping online sebab tak sempat nak survey dari satu premis ke satu premis. Kalau ada masa free boleh la beli barang secara offline dan jalan-jalan kat supermarket. Biasanya barang runcit je beli kat kedai. Tapi ada masa terfikir juga nak beli stok barang runcit ni secara online je thru personal shoppers sebab memudahkan dan da ada servis kita guna jela…hehe…so, peniaga konvensional kena la study tentang online platform ni kalau nak terus maju…
    Curahan rasa Qiya Saad @ ..Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2017My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!