Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “Jangan minta tolong pada manusia kerana tiada kuasa“. Kali ini Abang nak berkongsi kisah sesat mencari tempat menggunakan Waze dan Google Maps.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Baru-baru ini, team Denaihati Network telah ke Majlis Pelancaran Karnival Minda yang diadakan di Kuching Waterfront. Pelancaran yang dilakukan oleh Perdana Menteri kita, Dato Seri Najib telah berjalan dengan meriah dan karnival di hadiri oleh ramai penduduk sekitar.
Program #YouCanDuit MDeC
Selesai pelancaran MINDA, Dato Seri Najib telah ke tapak pameran Multimedia Development Corporation (MDeC) untuk bersama-sama mendengar dan melihat mengenai program #YouCanDuit yang telah diwujudkan sejak jun 2015. Program ini terbahagi kepada dua program iaitu eRezeki dan juga eUsahawan.
Beberapa peserta yang telah berjaya menjana ribuan ringgit sebulan melalui program #YouCanDuit ini telah hadir untuk menerima hadiah kerana telah mengungguli kategori cabaran yang telah disediakan.
Program eUsahawan MDeC
Program eUsahawan yang telah diwujudkan lebih 6 bulan yang lalu ini, telah berjaya membantu begitu ramai usahawan baru yang boleh berjual beli dengan menggunakan platform online. Program bimbingan keusahawanan ini memberikan pendedahan kepada para peserta bagaimana untuk menjalankan perniagaan online dengan teratur.
Klik untuk mengetahu Rahsia menambah rezeki ketika ekonomi merudum
Setakat ini, lebih 4000 peserta telah menyertai program ini dan jumlah transaksi pendapatan yang telah terkumpul setakat ini adalah sebanyak RM5 juta.
Program eUsahawan ini dijalankan dengan kerjasama institusi Technical and Vocational Education and Training (TVET) di seluruh Malaysia. Inisiatif MDeC untuk menjadikan program ini sebagai latihan mikro ekonomi bagi membolehkan para pelajar dan belia untuk menceburi bidang perniagaan dengan lebih teratur dan dibimbing dengan baik.
Salah seorang daripada peserta eUsahawan ini; Wani menyatakan
“saya hanya menguruskan perniagaan saya dari jam 5.00petang hingga 8.00 malam, iaitu sekitar 3 jam sehari, dan sehingga harini, purata pendapatan sebulan saya adalah sekitar RM3000 sebulan“
Ini merupakan peluang yang baik kepada pelajar-pelajar di luar sana untuk menjana pendapatan dengan perniagaan online melalui program eUsahawan ini. Pihak Denaihati Network sempat menebual semua peserta yang telah berjaya ini, kami akan kongsikan kisah kejayaan mereka dalam artikel yang berlainan.
Program eRezeki MDeC
Selain itu, terdapat satu lagi program yang diberi nama eRezeki di bawah kempen #YouCanDuit oleh pihak MDeC. Program eRezeki ini membolehkan sesiapa sahaja yang mempunyai talian internet untuk berdaftar dan menjana pendapatan melalui pelbagai tugasan yang disediakan oleh platform eRezek ini.
Setakat ini, eRezeki telah mempunyai lebih 15,000 peserta dari seluruh negara dan menjana pendapatan sambilan keseluruhan sehingga RM12 Juta. Tugasan-tugasan dan latihan bagaimana untuk melakukan tugasan tersebut disediakan melalui platform eRezeki ini.
Bahkan terdapat peserta-peserta yang telah berumur tetapi masih mampu untuk menjalankan program eRezeki ini dari rumah. Pendapatan tambahan dari ratusan ringgit hingga ribuan ringgit dapat diperolehi hanya dengan melakukan tugasan dalam eRezeki ini secara sambilan.
Sekiranya anda berminat untuk menambah pendapatan sampingan, bolehlah mendaftar di Portal eRezeki »
Merakyatkan Ekonomi Digital
Tujuan utama kempen #YouCanDuit melalui program eUsahawan dan eRezeki ini adalah untuk merakyatkan ekonomi digital. Bermaksud, semua rakyat mampu dan boleh untuk menjana pendapatan dan meningkatkan ekonomi peribadi menggunakan platform digital ini.
Dalam dunia teknologi ini, peluang untuk menambah pendapatan melalui platform digital amatlah luas, sekiranya kita tidak mengambil peluang ini, kita telah kerugian satu peluang yang sangat bernilai.
Tahniah diucapkan kepada pihak Malaysian Development Corporation (MDeC) kerana mengusahakan program yang akan memberi manfaat kepada ramai rakyat di Malaysia seperti mereka ini.
- Esther Buat Duit dengan High Income Accelerator di eRezeki
- Adeline gadis dari sabah menambah pendapatan dalam bidang grafik program eRezeki
- Nurul Azliani Catat 60% Peningkatan Pendapatan dengan eUsahawan
- Mirza Jana Pendapatan US Dollar dengan Alih Bahasa
- Jualan Bantal Kekabu Meningkat 5 kali ganda selepas sertai Program eUsahawan
- Graduan UNIMAS Jana Pendapatan USD daripada Program eRezeki
Abang Denaihati
Penulis Blog
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
202 Comments
saya amat berminat dengan program nie… tolong info kursus nya
Alhamdulillah. Tanggal 15.1.2017,berpeluang menyertai program e-usahawan anjuran mDec tu, di cyberjaya. Best sangat2. So, dah nampak mana halatuju bisnes saya sekarang.
Curahan rasa Ayu @ ..SIAPAKAH SAYA? SALAM PERKENALAN
sy berminat..ni whatsup sy..tlg details kan ..0123478719..sy x pham cm ne cre dia..tlg yee..
saya mohamad ikwan, saya ingin jana pendapatan sampingan sbb saya masih lagi pelajar kolej..bolehkah sana menjana pendapatan melalui fotografi?
Dear ikwan.
u can go to 123rf.com for your photography submission.
Assalamualaikum… boleh saya tahu lebih lanjut tentang program YouCanDuit 🙂 bekenan sangat sebab saya ni ada skill yang terpendam.. saya boleh menggunakan AutoCad serta boleh melukis logo dalam perisian ini..
Whatsapp 01115193655
Curahan rasa Nur Hasmiza binti Ibrahim @ ..Tips merancang Azam tahun baru 2017 yang baik
teach me bleh..sy x paham la..ni no whatsup sy 012-3478719..tq
Hasmiza.
u can get jobs from designhill.com, upwork.com, 99design.com, freelancer.com
Assalamualaikum.. saya berminat hendak tahu dengan lebih lanjut mengenai program ini.. skill yang saya ada ialah AutoCad.. lebih prefer kepada mechanical drawing walaupun dulu saya dalam bidang civil eng. Serta boleh melukis logo dalam perisian ini.. Bagaimana saya boleh menjana pendapatan melalui program YouCanDuit ?
Whatsapp 01115193655
Saya berminat dengan program ucanduit .. Boleh tak bagi penerangan untuk join ucanduit ini .
go to erezeki.my or eusahawan.my or ucandoit.my
Sy berminat untuk menyertai program Mdec..bagaimana untuk meyertai program ini ..?
go to erezeki.my or eusahawan.my or ucandoit.my
Perkongsian yang cukup menarik dari abang otai denaihati… ada masa saya juga nak menuntut ilmu pemasaran dari abang.. 🙂
Curahan rasa ZUL @ ..Bagaimana Jana pendapatan Pasif
Saya ada sebuah salun rambut yg hanya khusus utk muslimah. Baru beroperasi dlm setahun lebih. Tapi pendapatan bulanan tu tidak berapa memberangsangkan. Dgn platform ucanduit ini, boleh ke tambah pendapatan salun saya.
Saya berminat juga dgn program ucanduit ni. Boleh bagitahu saya detail berkenaan program ini.
Email saya – [email protected]
Whatsup – 019 221 7363
go to erezeki.my or eusahawan.my or youcanduit.mdec.my
Saya nak tahu lebih lanjut bgaimana utk jadi usqhawan berjaya..
Assalamualsikum,sy berminat nk jd usahawan boleh terangkan lebih details pasat proram ni.
0139768350
Comments are closed.