Tips Dato Hussam untuk menerbitkan buku sendiri

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “Perniagaan Online Bunuh Perniagaan Konvensional“. Kali ini Abang nak berkongsi Tips untuk menerbitkan buku sendiri.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Sahabat baik Abang, Prof Dr. Shamsul Bahri Abd Razak, pakar kelulut Malaysia wassap nak jumpa untuk berbincang cara mertabatkan industri kelulut secara digital. Prof juga minta nak jumpa Dato’ Hussamuddin Yaacub untuk berbicang menerbitkan koleksi buku travelog kelulut.

Alhamdulillah Dato’ Hussam sudi melapangkan masa bertemu dan berbincang dengan kami selepas solat Jumaat bersama di Masjid Karangkraf dan makan tengahari Nasi Kak Wok kanten Karangkraf.

Pertemuan yang hebat bersama insan-insan yang hebat. Perjalanan jauh, penat tidak terasa. Berguru dan menadah pujangga dengan Dato’ Hussamuddin Yaacub, Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf. Pertemuan dengan YB Dr Yaacob Sapari ada cerita menarik pengalaman beliau tulis buku. Terimakasih blogger tersohor tuan Amir Denaihati aturkan pertemuan – Prof Dr Shamsul Bahri

Jutaan terima kasih kepada Dato Hussamuddin Yaacub berkongsi ilmu dan tips sangat penting sebelum seseorang nak terbitkan buku sendiri. Sekarang memang ramai yang berminat nak terbit buku sendiri termasuklah Abang sendiri. Kalau Abang kongsi ilmu yang Dato bagi nanti banyak pulak persaingan.

Selesai perbincangan bersama Dato Hussamuddin Yaacub dan Prof Dr Shamsul Bahri Abd Razak, kami dibawa melihat buku-buku di Kedai Karangkraf.

Cemburu di hati melihat buku terbaru tuan Khairul Hakimin Muhammad tersusun cantik di meja jualan terlaris di Kedai Karangkraf. Bilalah agaknya giliran buku Abang nak disusun sebaris dengan buku Bapak Brownies Kebangsaan ni?

Abang kena sabar sebab belum layak menulis buku kalau mengikut kriteria yang ditetapkan oleh Dato Hussam dan Tuan Khairul. Datuk Roslan Ab Hamid pun bagi tahu kedai buku bukan tempat yang sesuai menjual buku sekarang.

Tempah sekarang buka paling HOT tulisan Sifu Aqif  Azizan Case Study Iklan Sale 7 Angka Setahun

Abang ada offer nak kongsi tips untuk menerbitkan buku sendiri di status FB, tak ramai yang nampak, hanya Abie Abdullah dan Dhuha Rashidi yang tinggal komen nak tahu rahsia yang dikongsikan oleh Dato Hussam. Nanti kita ngopi utk bincang rahsia dan syarat penting sebelum nak menulis buku.

Kepada rakan-rakan nak tahu Tips untuk menerbitkan buku sendiri, sentiasa follow rapat-rapat nanti Abang akan ceritakan pada entri khas yang lain.

Jangan lupa FB Prof Dr. Shamsul Bahri Ab Razak untuk berbagai ilmu kelulut asli.

Abang Denaihati
Penulis Blog
Denaisell (kedai online kami)

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.


Spread the love

23 Comments

  1. Tak sabar nak tunggu entry tips untuk terbitkan buku sendiri ni. Saya pun selalu half way je menulis novel dan cerpen. Masa sekolah menengah selalu tulis cerpen dan puisi. Pernah juga hantar artikel dekat majalah Karangkraf pasal Lawatan di Cameron Highland masa form 3 dan artikel tu da pun disiarkan dalam salah satu majalah terbitan Karangkraf…hehe…cuma terkilan dengan sebuah cerpen yang saya tulis tentang Mualaf yang asalnya seorang Chinese memeluk Islam setelah kecewa dengan seorang wanita Melayu tak dapat diselamatkan sebab waktu tu saya tulis handwriting je dan minta kawan type guna komputer sebab waktu tu saya tak ada komputer lagi tapi sampai sudah cerpen saya tak dipulangkan…
    Curahan rasa Qiya Saad @ ..5 Types of Investment in MalaysiaMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!