Tak ada jiwa untuk menulis blog lagi

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “Pengalaman di Jabatan Pendaftaran Negara.“, pengalaman Abang dan famili bukan pengalaman orang lain. Kali ini Abang nak berkongsi penulisan blog yang mungkin boleh jadi tips kepada rakan blogger.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Sebagai blogger yang sudah lama dalam industri sejak 2006, Abang selalu mendapat PM daripada rakan blogger untuk dapat nasihat. Antara pesanan yang menarik adalah.

“Lama dah tak menulis blog. camana nak dapat jiwa menulis blog macam dulu-dulu.”

Majoriti blogger begini jadi suam suam kuku apabila terlalu fokus pada buat duit dengan blog. Mereka cuba nak mencontohi blogger-blogger glamour yang buat review sana, buat review sini dengan gambaran pendapatan yang lumayan daripada blog. Memang benar ada blogger yang mendapat pendapatan yang lumayan sehingga bertukar status menjadi pelakon dan usahawan terkenal, tetapi bukan semua bernasib baik seperti itu.

Abang kenal blogger di utara, tengah dan selatan yang tidak terkenal tapi buat lebih banyak banyak duit dengan blog dan paling penting pendapatan mereka istiqomah tidak mengikut musim. Apabila selami jiwa blogger-blogger ini rupanya fokus mereka bukan pada duit tapi duit datang tanpa diundang dengan strategi yang betul. Skill mereka menulis blog dengan betul mengikut kehendak SEO yang ada jiwa bukan robot dan mendakwah ilmu dalam setiap penulisan menyebabkan mereka terus berada dalam industri. Prinsip penulisan blog yang betul menjadi magnet kepada duit kerana banyak syarikat yang memerlukan khidmat mereka tapa perlu diheboh kepada dunia.

Dalam bahasa yang lebih mudah, apabila kita menulis dengan baik sebenarnya ramai yang memerhati bukan sahaja melalui engine carian Google malahan dari rakan industri. Banyak syarikat yang minta Abang cadangkan blog-blog yang bagus mengikut niche keperluan mereka.

Untuk menjawab soalan di atas

Bila ada idea menulis terus catat jangan tunggu sempurna. Amalkan sentiasa menggunakan aplikasi note yang ada pada smartphone anda untuk mencatat idea entri baru atau catat ringkas di status FB yang kemudian boleh dikembangkan dalam penulisan blog.

Blog boleh bekerja untuk kita bila betul caranya.

Abang Denaihati
Penulis Blog
Denaisell (kedai online kami)

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.


Spread the love

131 Comments

  1. kadangkala penyelesainnya adalah mudah dan terletak pada hati kita sendiri, menulis kerana apa.. itu yang menjadikan kita lebih bersemangat lagi nak menyampaikan sesuatu perkara..

    terima kasih di atas nasihat..

  2. Betul tu. Bila terlampau fokus pada income dari blog ni la yang akan menyebabkan kita jadi malas nak update blog kalau blog tu belum dapat menjana pendapatan. Saya pun masih lemah tentang selok belok SEO tapi tetap praktikkan juga yang mana saya tau supaya suatu hari nanti blog saya mampu memberi suatu kelainan kepada blog-blog yang sedia. Semoga semangat saya untuk menulis blog sentiasa membara…hehe…
    Curahan rasa Qiya Saad @ ..5 Types of Investment in MalaysiaMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!