Assalamualaikum dan salam 1Dunia,
saban hari kita membesar dengan peningkatan teknologi. Daripada zaman dahulu hingga sekarang, cukup banyak perbezaannya. Kemajuan teknologi banyak mengubah gaya hidup masa kini tidak terkecuali dengan dunia perniagaan. Jika pada tahun-tahun yang lalu, ramai yang masih membeli barang di kedai-kedai namun ia semakin berubah apabila ramai yang membeli secara atas talian.
Ada peniaga lama yang gusar apabila perniagaan konvensional mereka akan terkubur. Adakah perniagaan mereka akan mati dengan wujudnya kecanggihan perniagaan atas talian ini?
Sebentar tadi telah berlangsung Wacana Sinar siri 44 di Auditorium Sultan Muhammad V, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf. Barisan panel yang hebat dipilih untuk mengupas isu ini.
Barisan Panel Wacana Sinar Siri 44
- Hassan Saad – Pengerusi Persatuan Peniaga-peniaga Bukit Bintang Kuala Lumpur
- Kamarul Arif – CEO Zawara Sdn Bhd
- Datin Ira Ghani – Timbalan Pengerusi Dewan Perniagaan Antarabangsa Kuala Lumpur & Pengasas Aura Seri
- Sifu Jamal (Jamaluddin Bahari) – Pengarah Urusan SIFUFBADS Sdn Bhd
Program ilmiah ini akan dikendalikan oleh Nazri Kahar dari Astro Awani.
Industri perniagaan konvensional telah lama wujud setelah sekian lama. Orang terdahulu berniaga dari rumah ke rumah, di kedai dan mempunyai premis sendiri. Manakala pada zaman ini, media sosial adalah lubuk bagi masyarakat untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan.
Hanya dengan melayari internet dan menggunakan platform atas talian, semuanya menjadi ikutan pada masa kini dan perkembangan itu sangat luar biasa.
Beza pelanggan online dan konvensional
Namun demikian masih ada orang yang suka merasai dan melalui pembelian atau servis secara fizikal. Contoh pembelian kasut dan fabrik. Ada pelanggan yang masih mahu merasai sendiri bagaimana selesanya memakai kasut tersebut sebelum dibeli di kedai.
Perniagaan online pula perlu ada kebijaksanaan dalam memujuk iaitu bakal pelanggan mengambil masa untuk berfikir dan membuat keputusan sebelum membeli. Maka wujudlah beberapa teknik-teknik yang digunakan bagi jual beli di atas talian.
Ramai berpendapat jika menggunakan kos yang sama untuk perniagaan konvensional dan online, platform online boleh meraih untung yang berlipat ganda. Namun, masih ada yang mengekalkan perniagaan konvensional dan masih mempunyai permintaan dalam pasaran.
Perniagaan online adalah evolusi
Sebagai contoh, di Denaisell.com juga kini menjadi platform bagi usahawan yang ingin menjual produk secara atas talian. Kesemua perincian telah disediakan termasuk sistem pembayaran atas talian. Bermakna pelanggan tidak perlu membuang masa dan tenaga untuk membeli barangan atau produk yang ingin mereka beli secara terus. Hatta pelanggan boleh membeli roti, ikan dan telur daripada pasaraya Tesco secara atas talian.
Perniagaan online bukan fenomena tetapi ia adalah evolusi. Ia akan jadi lebih baik dan memudahkan pengguna dan seterusnya membantu perniagaan konvensional.
Timbalan Pengerusi Dewan Perniagaan Antarabangsa Kuala Lumpur dan Pengasas Aura Seri, Datin Ira Ghani pula berpandangan, perniagaan konvensional nampak lebih keikhlasan sebab menyediakan premis. Bisnis perlu ada kemahiran untuk membuat perhubungan awam dengan pelanggan. Berbanding jika memberi penerangan secara nyata dengan bermesej di media sosial, perniagaan konvensional lebih kepada face to face.
“Online tak bunuh pun perniagaan konvensional. Perniagaan online yang bunuh bisnes online, satu hari beribu orang jadi usahawan” – Datin Ira Ghani
“Perniagaan online melengkapkan perniagaan konvensional” – SifuFBADS Jamal
Peniaga lama memang susah terima trend baharu kerana cara dan kaedah berbeza. Meskipun rancak di atas talian, mereka tetap akan guna iklan di papan iklan atau suratkhabar juga akhirnya. Online hanya nilai tambah kepada perniagaan konvensional.
Perniagaan konvensional ini sudah lama dan terbukti ia menjadikan seseorang ahli perniagaan yang sebenar dalam pasaran, namun teknologi terkini juga tidak harus terlepas pandang. Ada juga yang bermula dengan peniaga mikro dan kemudiannya membeli premis namun apa yang lebih penting adalah pengurusan pengaliran wang yang akan menentukan masa depan peniaga.
Dalam perniagaan, perlu ada ilmu dan etika. Sama ada online atau konvensional sudah pasti kedua-dua perkara itu menjadi tunjang yang dititikberatkan.
90 Comments
ok je mana2 pun, janji dapat marketkan produk/servis kita :D. Bergabung cara online dan konversional lagi bagus kot. kat mana2 orang kenal nanti.
ekonomi yang semakin merudum ini ramai pengguna mengambil kesempatan untuk menambahkan site income mereka menggunakan perniagaan secara online.
tiada bezanya online dengan konvensional…
akan tetapi as a gen Y generation, perniagaan online menampakkan potensi mengikut arus pembangunan zaman skrg dimana pembelian secara alam maya lebih diyakini dan menjadi pilihan
kemudahan internet menjadikan pembelian secara online memudahkan dan pengurusan menjadi lebih pantas dan terjamin
Online atau offline kedua-duanya bagus. Ambil peluang untuk menggunakan kedua-duanya bagi mengembangkan empayar bisnes
Curahan rasa Aryn Fadz Lee @ ..MINUMAN DAN VITAMIN PEMBERI TENAGA UNTUK IBU MENYUSU
Apapun bisnes, sama ada online atau offline kedua-duanya perlukan ilmu dan etika..
Curahan rasa Aryn Fadz Lee @ ..MINUMAN DAN VITAMIN PEMBERI TENAGA UNTUK IBU MENYUSU
mesti dapatkan ilmu yang betul dan beretika, Insya Allah perniagan boleh bertahan.
Curahan rasa Denaihati @ ..Setiap bisnis mesti ada modal untuk iklan
Betul. Ilmu tu penting. Terutama medium online yg tekniknya berubah2 ikut teknologi dan platform.
Apapun, medium online ini sebenarnya popular sebab kos utk mula jauh lebih rendah.
Kalau dulu nak buka kedai perlukan stok, modal beribu dan perlukan tapak kedai. Tapi kalau medium online kosnya tak sampai beberapa ratus dah boleh mula.
Yg malu jumpa org pun boleh berniaga.
Yg bagusnya, platform online jg menyedarkn kita yg marketing itu amat penting — dan bisnes bukan saja terletak pada produk yg hebat, tapi hebahan juga perlu meletup.
Curahan rasa Suri @ ..Baju Raya 2017 – Kurung Moden Songket
kalo nk diikutkan sbnarnya saling melengkapi dan memerlukan…sbb pelanggan pon ada yg macam2 perangai…ada yg lihat depan mata produk tersebut…
Curahan rasa JebengOtai™ @ ..Cara Lajukan Blog : Modul Pagespeed Untuk Server Nginx
Yes that right ka. Skarang ni apa dah macam seperti ni la… kite pun harus upgrade apa ilmu kite smue.
kedua dua medium jadi pelengkap kepada bisnes yg berjaya.. usahawan yg bijak cari peluang akan guna dua dua
Curahan rasa nikkhazami @ ..Tarikh Israk Mikraj 2017 Malaysia
Siapa yang rajin buat perubahan akan terus maju ke depan.
Kena belajar nak majukan bisnes yang ada.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Asah Bakat Menulis
Sama-sama ada kepentingannya.
Dunia online sebagai salah satu medium sahaja.
Pelengkap yang tak ada sebelum ini.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Asah Bakat Menulis
kedua2nya saling melengkapi sebenarnya. ada yang masih perlu konvensional dan sebenarnya ramai je yang belum tahu apa yang ada di online. jadi masih perlu offline / konvensional.
Curahan rasa raihanah @ ..Bertahun-tahun sakit jantung akhirnya temui keserasian dengan Vivix
kedua-duanya penting sebenarnya.tapi macam kata datin tu ada betulnya juga..bisnes online yang bunuh bisnes online juga..tu yang muncul macam-macam strategi nak lariskan jualan sampai ada yang sanggup jual agama..
Curahan rasa reezluv @ ..Produk Hilang Bau Badan Terbaik
bisnes online tumbuh macam cendawan lepas ujan, yang sampai jual agama wajib elakkan.
Curahan rasa Denaihati @ ..Usahawan untuk berjaya mesti berjiwa besar
Betul kedua-dua jenis perniagaan ni ada baik dan buruknya. Saya rasa perniagaan online atau konvensional tidak membunuh antara satu sama lain kerana kedua-dua bentuk perniagaan ini sekiranyanya dipraktikkan dengan bentul pasti mendapat keuntungan yang lumayan.
Curahan rasa Dedaun Comel | Buat Duit Online @ ..Domain Murah Di Malaysia – Shiftserver
Kedua-dua ini banyak kelebihan masing-masing , tetapi dari segi perniagaan online lebih menjimatkan cuma perlu peka dan siasat latar belakang seler terlebih dahulu jika membuat pembelian agar tidak tertipu nanti
Curahan rasa Wan Zawawi @ ..Zaptor Performance Voltage Stabiliser Memang Terbaik !!!
Perniagaan online dan konvensional sama seperti buku. Walau ebook mencanak jualannya. Buku fizikal tetap diterbitkan. Bila buku fizikal akan ‘mati’? Tidak ada siapa mampu menjawabnya.
Perniagaan online melengkapkan perniagaan konvensional” – mungkin itu salah satu maksud tersurat sifu SifuFBADS Jamal,
Curahan rasa Denaihati @ ..Duit bukan segalanya tetapi segalanya perlukan duit
Comments are closed.