Usia 57 Tahun bukan penghalang untuk menambah pendapatan menggunakan teknologi online

Assalamualaikum dan salam hujung minggu,

beberapa hari yang lepas, tim Denaihati Network telah dijemput untuk menghadiri majlis pelancaran Inovasi Digital Johor yang sedang berlangsung sejak 12 Ogos hingga harini 14 Ogos. Ini merupakan program anjuran bersama MDEC dalam siri jelajah ke seluruh Malaysia untuk kempen #YouCanDuit.

program eRezeki anjuran MDEC

Program eRezeki merakyatkan ekonomi digital

Semasa di Johor Bahru, kami berkesempatan untuk bertemu dengan beberapa orang peserta program eRezeki yang telah berjaya menjana pendapatan tambahan melalui platform tersebut.

Salah seorang daripada peserta tersebut adalah Encik Zulkifli yang merupakan seorang Interior Architecture Designer. Encik Zulkifli telah lama berkecimpung dalam bidang ini, namun begitu, disebabkan keadaan ekonomi yang tidak menentu, beliau menghadapi sedikit masalah dengan kerjaya yang sedang dijalankan.

Encik zul bersama 2 peserta eRezeki yang telah berjaya
Encik zul bersama 2 peserta eRezeki yang telah berjaya

Mendapat Maklumat Daripada Media Elektronik

Encik Zul mendapat maklumat mengenai program eRezeki ini daripada media elektronik, apabila mendengar hebahan mengenai program eRezeki ini, Encik Zul telah bertindak untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut dan akhirnya beliau telah menyertai program eRezeki ini.

Encik Zul mengambil masa tiga bulan untuk belajar selok belok bagaimana menggunakan platform eRezeki dan teknik serta kaedah yang terbaik menyediakan proposal untuk membida kerja atau tugasan yang ditawarkan melalui platform eRezeki ini.

Projek Dari Luar Negara

Setelah belajar dengan lengkap, Encik Zul berjaya mendapat projek pertama beliau daripada sebuah syarikat yang terletak di Amerika Syarikat. Projek yang bernilai RM3000 lebih itu telah memberikan harapan baru kepada Encik Zul bahawa kerjaya dan kemahiran beliau masih boleh digunakan untuk menjana pendapatan.

contoh paparan platform eRezeki
contoh paparan eRezeki

Bahkan melalui platform eRezeki, beliau telah berjaya membida projek daripada syarikat luar negara. Terbaru, beliau sedang dalam proses membida satu lagi projek dan menunggu keputusan daripada pihak syarikat yang terbabit.

Sama-sama kita doakan Encik Zul akan berjaya memenangi bidaan untuk projek terbaru beliau.

Semua ini berlaku hanya daripada rumah atau sekiranya kita ingin menguruskan platform eRezeki di pusat-pusat latihan eRezeki yang terlibat.

Jika anda masih tercari-cari bagaimana menjana pendapatan tambahan melalui Ekonomi Digital ini, jemput untuk turut serta dalam program eRezeki yang telah disediakan oleh pihak MDEC.

41 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!