Assalamualaikum dan salam 1Dunia, contest Gadget Impian peringkat akhir semakin sengit. Blog pertama Cikgu Naman, blog kedua Zie Fauzi, blog ketiga Faizal Fredley, blog ke empat Hans sudah tamat dan blog ke lima UpProfits akan tamat pada 11.59pm, 20/2/12 dan blog ke sebelas yang terpilih adalah blog Aku Mahu Hidup Bebas akan meneruskan perjuangan. MacBook Pro menjadi impian dan harapan semuga menjadi kenyataan. Kepada yang lupa bagaimana pusingan akhir berjalan sila baca kembali entri “Gadget Impian Jadi Kenyataan“. Joom baca rasa hati kenapa MacBook Pro menjadi impian beliau kalau suka berilah sokong sebaik mungkin.
Terima kasih kepada Denaihati kerana memilih gadget impian saya layak masuk ke peringkat seterusnya. Untuk pengetahuan Denaihati, entri saya sebelum ini di blog Aku Mahu Hidup Bebas telah mendapat LIKE sebanyak 5395, TWEET sebanyak 2030, +1 sebanyak 321 Plus One dan komen sebanyak 57. Saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada semua yang telah membantu saya untuk mendapatkan semua undian tersebut dan memberikan sinar harapan untuk saya memenangi gadget impian saya iaitu MacBook Pro.
Saya berharap agar pihak Denaihati boleh memilih saya sebagai pemenang kerana saya memang sudah terlalu lama mengimpikan MacBook Pro. Sekiranya MacBook Pro tersebut tidak mendapat pertimbangan dari pihak tuan untuk layak masuk ke dalam contest, MacBook Air sebagai gantinya juga saya terima dengan perasaan gembira tidak terhingga.
Saya teringin untuk memiliki MacBook Pro atau MacBook Air kerana notebook yang saya miliki sekarang telah uzur dan menghidap pelbagai ‘penyakit’. Sekiranya mendapat MacBook Pro atau MacBook Air, bolehlah saya menjual notebook saya yang lama dan mendapat pulangan kerana sebelum ini notebook saya selalu masuk bengkel untuk dibaiki.
Bukanlah ingin meminta simpati dari pihak Denaihati, tetapi sebagai seorang pelajar universiti, saya masih memerlukan banyak wang untuk menampung kos kehidupan di universiti. Menyertai contest gadget impian ini bukan sahaja memberi saya peluang mendapat gadget impian saya, tetapi juga meringankan beban keluarga saya. Ini kerana, saya tidak perlu meminta bantuan kewangan dari mereka untuk mendapatkan notebook yang baru.
Selain itu, Macbook Pro atau Macbook Air juga boleh membantu saya dalam pelbagai aspek dengan fungsi yang lebih canggih dari notebook yang biasa terdapat di pasaran. Tambahan lagi saya merupakan peminat setia barangan Apple.
Walaupun tidak mampu untuk membeli semua barangan keluaran Apple, tetapi saya masih setia mengikuti setiap perkembangan produk mereka. Saya sangat berharap agar saya boleh mendapatkan Macbook Pro atau Macbook Air. Syukur dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Denaihati sekiranya memberi saya peluang untuk memenangi gadget ini.
Sekiranya pihak Denaihati memberi saya peluang untuk menang, pihak tuan tidak akan rugi kerana saya juga ingin melahirkan win-win situation walaupun tidak banyak yang dapat saya sumbangkan. Saya akan membantu menyebarkan mengenai blog Denaihati.com yang memiliki entri yang begitu menarik untuk dikongsikan bersama.
Terima kasih yang tidak terhingga sekali lagi saya ucapkan kepada pihak Denaihati.com, Hidupkan Untuk Memberi.
Nota :
- Blog Aku Mahu Hidup Bebas diberi masa sehingga 11.59pm, 26/2/2012 untuk mempromosi entri ini dan mengumpul seberapa banyak point yang mampu. Selamat maju jaya.
- Ingat komen kurang dari 7 perkataan akan di delete.
233 Comments
Aku mahu hidup bebas,
Macbook pro dapat diimpi pasti berbalas.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..“PRU KE 13 RAMALAN MUNGKIN MENJADI KENYATAAN”
Aku mahu hidup bebas,
Selagi jasad dan nyawa di kandung badan,
Aku mahu hidup bebas,
Selagi masa yang ada masih berjalan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..“PRU KE 13 RAMALAN MUNGKIN MENJADI KENYATAAN”
Aku mahu hidup bebas,
Yang berjaya pasti merasa puas.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..“PRU KE 13 RAMALAN MUNGKIN MENJADI KENYATAAN”
ya semoga berjaya aku mahu hidup bebas. berusaha lah
Curahan rasa incik @ ..Petua kesihatan Imam Syafie
Aku mahu hidup bebas,
Melakar sejarah andai impian menjadi jelas.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..“PRU KE 13 RAMALAN MUNGKIN MENJADI KENYATAAN”
wahhh semoga impian macbook dapat dicapai dengan contest ini..
Curahan rasa incik @ ..Glass Igloos Resort
Aku mahu hidup bebas,
Ku ulang kata ini kerana kau adalah “Aku mahu hidup bebas”
Curahan rasa sensasi2020 @ ..“PRU KE 13 RAMALAN MUNGKIN MENJADI KENYATAAN”
yeahh ! sensasi2020 memberi kata kata semangat nampak nya.
Curahan rasa incik @ ..Glass Igloos Resort
Aku mahu hidup bebas,
Walaupun tahu hasrat impian tidak jelas.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..“PRU KE 13 RAMALAN MUNGKIN MENJADI KENYATAAN”
Aku mahu hidup bebas,
Mau mengundi di saat ini mesti cergas.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..“PRU KE 13 RAMALAN MUNGKIN MENJADI KENYATAAN”
Aku mahu hidup bebas,
Fikiran dan hati harus waras.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..“PRU KE 13 RAMALAN MUNGKIN MENJADI KENYATAAN”
kewarasan dan kebersihan jiwa membawa kepada kejayaan insan
Curahan rasa incik @ ..[Study] – Anger Management (Pengurusan Marah)
Aku mahu hidup bebas,
Pilihan terbaik waktu yang ada kena rampas.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..“PRU KE 13 RAMALAN MUNGKIN MENJADI KENYATAAN”
Aku mahu hidup bebas,
Reputasi untuk berjaya semakin jelas.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..“PRU KE 13 RAMALAN MUNGKIN MENJADI KENYATAAN”
komen yang penuh inspirasi daripada aku mahu hidup bebas..
Curahan rasa incik @ ..18 petua badan langsing cara Neelofa
Aku mahu hidup bebas,
Cepatlah undi masa itu emas.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..“PRU KE 13 RAMALAN MUNGKIN MENJADI KENYATAAN”
Aku mahu hidup bebas,
Masa yang ada semakin cemas.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..“PRU KE 13 RAMALAN MUNGKIN MENJADI KENYATAAN”
Aku mahu hidup bebas,
Melekat di ruang ini selagi masa masih ada utk mengulas.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..“PRU KE 13 RAMALAN MUNGKIN MENJADI KENYATAAN”
Aku mahu hidup bebas,
Belum tentu aku hidup bebas.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..“PRU KE 13 RAMALAN MUNGKIN MENJADI KENYATAAN”
Aku mahu hidup bebas,
Terpekik terlolong harap dapat dan berbalas.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..“PRU KE 13 RAMALAN MUNGKIN MENJADI KENYATAAN”
Comments are closed.