Assalamualaikum dan salam 1Dunia, contest Gadget Impian peringkat akhir semakin sengit. Blog pertama Cikgu Naman, blog kedua Zie Fauzi, blog ketiga Faizal Fredley, blog ke empat Hans sudah tamat dan blog ke lima UpProfits akan tamat pada 11.59pm, 20/2/12 dan blog ke sebelas yang terpilih adalah blog Aku Mahu Hidup Bebas akan meneruskan perjuangan. MacBook Pro menjadi impian dan harapan semuga menjadi kenyataan. Kepada yang lupa bagaimana pusingan akhir berjalan sila baca kembali entri “Gadget Impian Jadi Kenyataan“. Joom baca rasa hati kenapa MacBook Pro menjadi impian beliau kalau suka berilah sokong sebaik mungkin.
Terima kasih kepada Denaihati kerana memilih gadget impian saya layak masuk ke peringkat seterusnya. Untuk pengetahuan Denaihati, entri saya sebelum ini di blog Aku Mahu Hidup Bebas telah mendapat LIKE sebanyak 5395, TWEET sebanyak 2030, +1 sebanyak 321 Plus One dan komen sebanyak 57. Saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada semua yang telah membantu saya untuk mendapatkan semua undian tersebut dan memberikan sinar harapan untuk saya memenangi gadget impian saya iaitu MacBook Pro.
Saya berharap agar pihak Denaihati boleh memilih saya sebagai pemenang kerana saya memang sudah terlalu lama mengimpikan MacBook Pro. Sekiranya MacBook Pro tersebut tidak mendapat pertimbangan dari pihak tuan untuk layak masuk ke dalam contest, MacBook Air sebagai gantinya juga saya terima dengan perasaan gembira tidak terhingga.
Saya teringin untuk memiliki MacBook Pro atau MacBook Air kerana notebook yang saya miliki sekarang telah uzur dan menghidap pelbagai ‘penyakit’. Sekiranya mendapat MacBook Pro atau MacBook Air, bolehlah saya menjual notebook saya yang lama dan mendapat pulangan kerana sebelum ini notebook saya selalu masuk bengkel untuk dibaiki.
Bukanlah ingin meminta simpati dari pihak Denaihati, tetapi sebagai seorang pelajar universiti, saya masih memerlukan banyak wang untuk menampung kos kehidupan di universiti. Menyertai contest gadget impian ini bukan sahaja memberi saya peluang mendapat gadget impian saya, tetapi juga meringankan beban keluarga saya. Ini kerana, saya tidak perlu meminta bantuan kewangan dari mereka untuk mendapatkan notebook yang baru.
Selain itu, Macbook Pro atau Macbook Air juga boleh membantu saya dalam pelbagai aspek dengan fungsi yang lebih canggih dari notebook yang biasa terdapat di pasaran. Tambahan lagi saya merupakan peminat setia barangan Apple.
Walaupun tidak mampu untuk membeli semua barangan keluaran Apple, tetapi saya masih setia mengikuti setiap perkembangan produk mereka. Saya sangat berharap agar saya boleh mendapatkan Macbook Pro atau Macbook Air. Syukur dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Denaihati sekiranya memberi saya peluang untuk memenangi gadget ini.
Sekiranya pihak Denaihati memberi saya peluang untuk menang, pihak tuan tidak akan rugi kerana saya juga ingin melahirkan win-win situation walaupun tidak banyak yang dapat saya sumbangkan. Saya akan membantu menyebarkan mengenai blog Denaihati.com yang memiliki entri yang begitu menarik untuk dikongsikan bersama.
Terima kasih yang tidak terhingga sekali lagi saya ucapkan kepada pihak Denaihati.com, Hidupkan Untuk Memberi.
Nota :
- Blog Aku Mahu Hidup Bebas diberi masa sehingga 11.59pm, 26/2/2012 untuk mempromosi entri ini dan mengumpul seberapa banyak point yang mampu. Selamat maju jaya.
- Ingat komen kurang dari 7 perkataan akan di delete.
233 Comments
terus semangat gan semoga menjadi kenyataan.
Curahan rasa kulit manggis yang kaya manfaat @ ..Kulit Manggis yang kaya manfaat
Terima kasih kulit manggis yang kaya manfaat di atas sokongan…admin di sini sgt2 mnghargai..:)
Curahan rasa Admin @ ..Harapan terakhir aku
kalo dilihat pisiknya sangat elegan sekali..
jadi kepingin juga nih
Curahan rasa DikMa @ ..Membuat Kotak Fans Page Facebook di Blog
yea..sememangnya macbook pro sgt elegant dan mempunyai fungsi yang amat baik sekali…mmg inilah gadget impian sy dri dahulu..:)
Curahan rasa Admin @ ..Harapan terakhir aku
Semoga berjaya semua.. 🙂
Terima kasih nurul..doakan agar blog aku mahu hidup bebas berjaya ya,,:)
Curahan rasa Admin @ ..Harapan terakhir aku
terimakasih ya atas infonya
sama2 obat alami asam urat..sgt berbesar hati dapat berkongsi semua info ini..:)
Curahan rasa Admin @ ..Harapan terakhir aku
Antara Mac Book pro dgn Mac book air, mesti la saya pun pilih macbook pro.. 🙂
Curahan rasa CMRatu @ ..Gambar Nikah Affan Dan Syafa
Betul tu CMRatu..tp Macbook Air pun tiada kurang hebatnya…
Curahan rasa Admin @ ..Harapan terakhir aku
Tak lupa mampir disini juga untuk memberi dukungan buat sahabat.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..KEUMALA
Semoga macbook-pro sebagai gadget impian jadi kenyataan
Curahan rasa Bang Iwan @ ..KEUMALA
Terima kasih Bang Iwan..teruskan beri sokongan untuk semua peserta ya..:)
Curahan rasa Admin @ ..Harapan terakhir aku
wow..besnyer lau dpt..hihi
yup..kalau dapat macbook ni mmg hadiah terbaik dlm hidup lah..teruskan menyokong yea haniff
Curahan rasa Admin @ ..Harapan terakhir aku
Hebat sekali rasanya tak ada habisnya gadget itu
Curahan rasa Wawan @ ..Mengenal PHP lebih lanjut Struktur Script PHP
Macbook sememang antara gadget yang terbaik..teruskan menyokong admin yea Wawan…:)
Curahan rasa Admin @ ..Harapan terakhir aku
hmmm, mau donk. mantapz abizzz nih…..
Curahan rasa reachschools.org @ ..Assist The Customers Needs By Providing Product Information
yea..sememangnya gadget ini mantap dong..doakan admin dan peserta yang lain ya..:)
Curahan rasa Admin @ ..Harapan terakhir aku
Wah! Like dh masuk 1K..Hope Aku Mahu Hidup Bebas berjaya mendapat gadget impian anda..
Curahan rasa Dughss @ ..UpdATe
Wah! Like dh masuk 1K..Hope Aku Mahu Hidup Bebas berjaya mendapat gadget impian anda..^^
Curahan rasa Dughss @ ..UpdATe
ada peluang cerah nak dpt ni.. semoga berjaya..
Curahan rasa Apadehal Crew @ ..(Info) Senarai Terkini 10 Terkaya Di Malaysia
Semoga berjaya yer
wow! LIKE hampir mencapai 1K, goodluck!!
semoga jhajat miliki gadget impian MBP ni tercapai..
Curahan rasa syahrilhafiz @ ..Tutorial Penggunaan Sygic GPS Navigator Di Android ANDA (Peta Malaysia)
will do insyaAllah.. gd luck
Curahan rasa nurmisnan @ ..Sekadar renungan bersama
Comments are closed.