Assalamualaikum dan salam 1Dunia, berdasar komen dalam entri “Beli Domain dan Hosting” masih ramai Rakan Blogger menolak membeli domain kerana mahal. Domain blog mahal betul ke atau hanya sangkaan kerana tidak pernah buat kajian. Blog Denaihati bermula dengan blog percuma denaihati.blogspot.com untuk setahun lebih kemudian berhijrah ke domain Denaihati.com dengan basic hosting Serverfreak dengan harga RM60 setahun. Selepas setahun trafik meningkat package hosting ditingkatkan mengikut keperluan dan beli domain Denaihati.net dan Denaihati.biz dengan harga RM40 setiap satu. April 2012 beli domain Denaihati.my dengan harga RM120 dan domain Denaihati.com.my dengan harga RM80.
Seperti perbincangan dalam Group Denaihati Network (dah join ke?) ramai Rakan Blogger tidak dapat membezakan Domain dengan Hosting. Sebenarnya kita boleh membeli Domain berasingan daripada hosting. Domain Denaihati.net, .biz, .my dan com.my dibeli daripada Serverfreak tanpa hosting dan buat masa ini semuanya di redirect ke Denaihati.com. Purata harga domain blog adalah antara RM40 – RM50 tetapi kalau rajin mencari seperti di GoDaddy.com dan NameCheap.com pasti boleh dapat murah kerana selalu sahaja ada diskaun. Kalau ada rezeki kekadang boleh dapat domain serendah USD2 sahaja.
Kisah Domain dan Hosting berbayar dan free ibarat kisah telur dengan ayam yang tidak pernah akan tamat. Ada yang kata telur dulu keluar dan ada yang kata ayam dulu. Dalam dunia blogging pulak ada Blogger kata blog belum terkenal macam mana nak beli domain dan hosting dan ada pulak kata belilah domain dan hosting barulah bertambah yakin dan pasti blog akan jadi terkenal.
Bagi aku semuanya bermula daripada kita sendiri. Setiap apa yang kita lakukan walaupun sekecil masa mesti ada matlamat bukan sekadar membuang masa. Bukan semua berblogging untuk mencari duit tetapi itu bukan bermakna kita tidak perlu domain dan hosting. Walaupun berblogging hanya hobi hanya post sekali seminggu tetapi pastikan blog kita berkualiti. Kualiti perlu ada harganya dengan hanya mengeluarkan RM80 untuk basic hosting dan 1 domain percuma untuk satu tahun bukanlah satu harga yang terlalu mahal. Selitkan iklan Nuffnang dalam blog insyallah dalam tempoh setahun boleh dapat semula RM80 tu.
Dengan domain dan hosting berbayar maka kita meletakan blog kita ada nilai. Nilai tersebut akan meningkat dengan peningkatan trafik, pengikut dan kualiti penulisan. Percayalah suatu hari akan ada syarikat besar yang akan melihat nilai blog kita dan tanpa diminta mereka akan sendiri datang tanpa dijemput dan bersedia membayar mahal untuk bekerjasama dengan blog kita.
Semuanya tidak datang sekelip mata tetapi mesti bermula dari langkah pertama … jangan bertangguh mulakan dari sekarang.
340 Comments
Siapa yg berhajat nak tukar,
Teruskan aje tak rugi malah lebih baik lagi.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Apa Yang Laku Di Ketika Ini?
Dalam soal mahal atau murah tak diambil peduli,
Tapi belum serius dlm berblog ni.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Apa Yang Laku Di Ketika Ini?
Mungkin suatu hari nanti, nak juga bertukar arah.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Apa Yang Laku Di Ketika Ini?
Sememangnya harga tu tak mahal,
Tapi masih belum yakin dgn diri sendiri.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Apa Yang Laku Di Ketika Ini?
Insya Allah….sekarang saya dah yakin, dan dalam waktu dekat mungkin akan bermula…
Curahan rasa Dadan @ ..Laga Perempat Final Euro 2012 : Spanyol vs Perancis
Banyak yang menawarkan domain dan hosting murah, tapi belum tahu apakah dapat dipercaya atau tidak?
Curahan rasa Dadan @ ..Laga Perempat Final Euro 2012 : Spanyol vs Perancis
namun yang promosi yang ditawarkan DH saya percaya 100%
Curahan rasa Dadan @ ..Laga Perempat Final Euro 2012 : Spanyol vs Perancis
Insya Allah saya akan bermula dari langkah pertama
Curahan rasa Dadan @ ..Laga Perempat Final Euro 2012 : Spanyol vs Perancis
Baru tahu bahwa denaihati bermula dari denaihati.blogspot.com
Curahan rasa Dadan @ ..Laga Perempat Final Euro 2012 : Spanyol vs Perancis
kalau begitu sama dengan blog saya, semoga nasibnya sama juga…hehehhe 🙂
Curahan rasa Dadan @ ..Laga Perempat Final Euro 2012 : Spanyol vs Perancis
Biasanya begitulah para blogger, pasti bermula dgn blogspot,
sebab org baru tak tahu apa-apa lagi.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Apa Yang Laku Di Ketika Ini?
tak mahal pun. bukan bayar bulan2. tahunan kot..
bayar streamyx boleh pula kan? hehe.
Curahan rasa Hanif @ ..5 tips blogging yang boleh menarik perhatian pembaca
Masih berkira2 untuk berhijrah. Nak buat sendiri tak reti nak cari org yang pandai tolong buatkan bukan apa takut buat salah hilang semua entri lama semasa transfer.
Curahan rasa Jun @ ..Management Corporation Meeting Flat Phase 1B Taman kajang Utama
Beli domain n hosting minta je syarikat hosting buatkan jadi tak perlu nak pindahkan sendiri.
Dah beli domain dgn hosting walaupun bkn blogger tegar.. Tp tak pindah2 lg sebab x konfiden takut ade bende salah buat, sume file hilang..hehehe…
Curahan rasa Nadot @ ..Aku join TM Fan Run 2012. Biar betul?!?
nak beli semua gak cam denaihati buat tp x mampu la..:) net, com, org, ok lagi.. tp masuk .my nak maintain 120 setahun, kena 2 dah abis duit dapat dr blogging.. heheheh
Curahan rasa sop @ ..Mesej akaun Twitter diserang SPAMMING
domain mahal terasa tidak mahal jika apa yang kita inginkan tercapai….
Untuk pemesanan Seragam Batik cukup di BatikMarkets.com
mudah2 investasi kita dalam bentuk domain dan website aku juga membuahkan hasil.
salam dari Toko Obat Perkasa
masih lagi menggunakan domain blogspot percuma sebab kurang aktif hehe..
Curahan rasa ozzy @ ..CADANGAN AKU BAGI MENGELAKKAN TRAGEDI ROMPAKAN DI PLAZA TOL BERULANG
di mana ada kemahuan di situ ada jalan..hehe..
Curahan rasa dzuandiey @ ..Eyriqazz vs Denaihati : Cabaran Berani Mati
Betul tu…hehe..bagi saya,ayam telur dulu keluar kot..haha
Curahan rasa Hafizul @ ..Dilema – Kerja Lama Vs Kerja Baru Last Part
Comments are closed.