Domain Blog mahal betul ke?

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, berdasar komen dalam entri “Beli Domain dan Hosting” masih ramai Rakan Blogger menolak membeli domain kerana mahal. Domain blog mahal betul ke atau hanya sangkaan kerana tidak pernah buat kajian. Blog Denaihati bermula dengan blog percuma denaihati.blogspot.com untuk setahun lebih kemudian berhijrah ke domain Denaihati.com dengan basic hosting Serverfreak dengan harga RM60 setahun. Selepas setahun trafik meningkat package hosting ditingkatkan mengikut keperluan dan beli domain Denaihati.net dan Denaihati.biz dengan harga RM40 setiap satu. April 2012 beli domain Denaihati.my dengan harga RM120 dan domain Denaihati.com.my dengan harga RM80.

Seperti perbincangan dalam Group Denaihati Network (dah join ke?) ramai Rakan Blogger tidak dapat membezakan Domain dengan Hosting. Sebenarnya kita boleh membeli Domain berasingan daripada hosting. Domain Denaihati.net, .biz, .my dan com.my dibeli daripada Serverfreak tanpa hosting dan buat masa ini semuanya di redirect ke Denaihati.com. Purata harga domain blog adalah antara RM40 – RM50 tetapi kalau rajin mencari seperti di GoDaddy.com dan NameCheap.com pasti boleh dapat murah kerana selalu sahaja ada diskaun. Kalau ada rezeki kekadang boleh dapat domain serendah USD2 sahaja.

Apa domain pilihan hati

Kisah Domain dan Hosting berbayar dan free ibarat kisah telur dengan ayam yang tidak pernah akan tamat. Ada yang kata telur dulu keluar dan ada yang kata ayam dulu. Dalam dunia blogging pulak ada Blogger kata blog belum terkenal macam mana nak beli domain dan hosting dan ada pulak kata belilah domain dan hosting barulah bertambah yakin dan pasti blog akan jadi terkenal.

Bagi aku semuanya bermula daripada kita sendiri. Setiap apa yang kita lakukan walaupun sekecil masa mesti ada matlamat bukan sekadar membuang masa. Bukan semua berblogging untuk mencari duit tetapi itu bukan bermakna kita tidak perlu domain dan hosting. Walaupun berblogging hanya hobi hanya post sekali seminggu tetapi pastikan blog kita berkualiti. Kualiti perlu ada harganya dengan hanya mengeluarkan RM80 untuk basic hosting dan 1 domain percuma untuk satu tahun bukanlah satu harga yang terlalu mahal. Selitkan iklan Nuffnang dalam blog insyallah dalam tempoh setahun boleh dapat semula RM80 tu.

Dengan domain dan hosting berbayar maka kita meletakan blog kita ada nilai. Nilai tersebut akan meningkat dengan peningkatan trafik, pengikut dan kualiti penulisan. Percayalah suatu hari akan ada syarikat besar yang akan melihat nilai blog kita dan tanpa diminta mereka akan sendiri datang tanpa dijemput dan bersedia membayar mahal untuk bekerjasama dengan blog kita.

Semuanya tidak datang sekelip mata tetapi mesti bermula dari langkah pertama … jangan bertangguh mulakan dari sekarang.


Spread the love

340 Comments

      1. Ada macam2 cara :
        1. Pilih domain yg ada kaitan dengan niche blog mudah nak monetize kat search engine tapi kalau cite gadget susah pulak nak cite hal2 peribadi atau umum.

        2. Pilih domain umum seperti nama peribadi atau nama unik yg lain. Cara begini mudah nak blog tajuk macam2 tapi kena sabar utk bina jenama dan monetize di search engine.

        Kesimpulan mana2 pun boleh janji kita happy dgn pilihan kita.

        1. Tapi bukan semua blogger nak dengan nasihat pun sebab masing2 ada cara sendiri. Aku memang patut dgn nasihat sifu sebab itu salah satu cara nak berjaya.

  1. Beli Domain dengan Hosting memang berbaloi bagi yang serius untuk menjadi seorang blogger.. Setakat ini saya dah ada dua domain dan satu hosting berbayar..

    Kita akan rasa lebih confident apabila memiliki domain sendiri..

    Dan saya percaya semua blogger mampu membeli domain sendiri disebabkan harganya yang berpatutan.. Dapat sekali cek daripada nuffnang jer dah boleh bayar harga domain.. Betul tak kawan2?

    Jadi sahutlah seruan Tuan Denaihati untuk membeli pakej domain dan hosting pada harga RM80 setahun.. 😉
    Curahan rasa Anuar @ ..Cabaran SEO Eyriqazz vs DenaihatiMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!