Siapa nak beli domain dot Denaihati

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, aku terbaca Perbadanan Internet bagi Pengendalian Nama dan Angka (ICANN) yang baru selesai bermesyuarat di Singapore meluluskan cadangan penggunaan alamat laman web yang berakhir dengan nama korporat dan tidak lagi terhad kepada .com, .net atau .org. Bermakna selepas ini boleh sesiapa memiliki alamat laman web yang berakhir dengan .denaihati contohnya Kujie2.denaihati heee saja je bagi contoh.

Sumber dari Google

Tapi hakikatnya pasti ramai yang akan mengejar nama domain syarikat yang besar seperti .bmw, .apple, .acer, .amazon, .nokia dan sebagainya tak kan lah orang nak beli .denaihati. Tapi yang pasti .sex akan menjadi buruan paling panas dan mungkin paling mahal. Kalau mengikut harga domain sex.com adalah pemegang rekod harga domain termahal di dunia yang mencecah harga USD14juta.

Sebenarnyaa industri domain ini adalah industri asset yang besar dan membawa pulangan yang tinggi kerana itu ada dikalangan investor yang telah membeli nama domain yang unik untuk dijual kepada yang memerlukan. Kalau tak salah info proton dahulu pun terpaksa membeli domain dari orang ketiga dengan harga yang lebih mahal dari sepatutnya.

Jadi mulai hari ini janganlah pilih nama syarikat atau domain yang panjang-panjang manakan tahu esok lusa nama itu ada nilai dan menjadi rebutan. Kan mudah kalau kita nak beli domain nama yang pendek seperti ilhamku.zulkbo berbanding yang panjang seperti ilhamku.akuyangkaucintasehidupsemati.

Kepada blogger yang belum beli domain atau hosting terbaik klik je lah banner kat bawah ni memang bagus servis diaorang tak percaya taip je perkataan SERVERFREAK kat kotak carian tu akan banyaklah cerita diaorang akan keluar …

[ad#serverfreak]


Spread the love

95 Comments

  1. nama timang2an saye dah ade yg punya..so gunalah nama penuh. panjang pun panjanglah.. tapi lagi besh member punya bub.my…sile lah terjah ek..hehe 🙂

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!