Beli Domain dan Hosting

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, antara perkara penting yang Beautifulnara kongsikan ketika latihan sosial media anjuran Finas adalah pemilihan domain blog. Katanya salah satu sebab blog Beautifulnara menjadi blog no 1 Malaysia adalah kerana domain yang catchy mudah diingati oleh pengunjung walaupun ramai yang selalu tersalah eja. Memang ada segelintir Top Blogger yang tidak kisah nak beli domain dan hosting kerana bagi mereka dengan domain dan hosting percuma pun mereka dah super terkenal. Bagi aku pendapat mereka tidak salah.

Majoriti Top Blogger mempunyai pandangan yang berbeza untuk lebih berjaya terbaik mempunyai domain dan hosting sendiri. Aku juga berpandangan yang sama dan daripada pengalaman setelah membeli domain Denaihati kesungguhan itu lebih dan ada rasa ownership. Nak beli domain dan hosting bukan semestinya sebab nak jadi Top Blogger, Blogger sambilan pun bagus beli domain lagi pun sekarang harga domain dan hosting bukanlah terlalu mahal contohnya promosi domain & hosting Serverfreak – Denaihati hanya RM80 setahun.

Domain penting untuk penjenamaan. Domain mesti simple, beberapa perkataan dan catchy supaya mudah diingati oleh pengunjung seperti YAHOO, GOOGLE, FACEBOOK dan ALIBABA. Nama DENAIHATI itu sendiri terhasil setelah difikir beberapa minggu sebab sekali sudah menggunakan domain agak sukar nak bertukar ke domain yang lain kerana akan menyebab banyak kesan kepada penjenamaan dan SEO blog tersebut.

Apa domain pilihan hati

Majoriti Blogger akan membeli domain .COM untuk blog mereka. Tapi ingat apabila trafik blog semakin meningkat jangan lupa untuk beli domain .NET, .BIZ, .ORG, .COM.MY dan .MY. Bayangkanlah apabila blog anda terkenal tiba-tiba ada orang lain mengambi kesempatan membeli domain .NET, .BIZ, .ORG, .COM.MY dan .MY anda dan digunakan untuk blog mereka. Sudah pasti ini akan mengelirukan pencarian di Google dan akhirnya trafik yang sepatutnya ke blog anda akan pergi ke blog satu lagi yang menggunakan nama sama.

Kes ini sudah banyak sangat berlaku sehingga ada yang terpaksa menggeluarkan duit yang banyak untuk membeli semula domain tersebut. Terdapat juga sekumpulan manusia yang menjadikan jual beli domain sebagai bisnis.

Bayangkan kalau kita biasa singgah blog http://shakiddo.com/ tiba-tiba bila klik http://shakiddo.net/ keluar blog lain. Belum berlaku tapi tidak mustahil. Ini sekadar ingatan kepada Blogger yang terlupa atau terlepas pandang.

Jom kita test link domain Denaihati.net, Denaihati.biz, Denaihati.my, Denaihati.com.my dan denaihati.tumblr.com. Ada perbezaan ke?

242 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!