Selamat datang ke rumah baru Denaihati
Selamat datang kepada semua teman-teman ke rumah baru DENAIHATI dengan platform dan domain yang baru. Bukan mudah untuk membuat keputusan untuk bermula segalanya daripada zero. Setelah berfikir beberapa minggu akhirnya pertengahan Disember aku mengambil keputusan BERANI kerana jika tidak sekarang pasti suatu hari kelak kena juga buat.

Untuk bawa semangat blog DENAIHATI maka aku pindahkan semua entriĀ ke rumah baru tetapi komen masih ditinggalkan di blog lama. Ini cabaran baru untuk aku kerana aku memang tidak mahir dengan WordPress tetapi setelah menyelusuri selama 2 minggu rupa ada banyak kelebihan dalam WordPress ni. Semuga teman-teman yang dah mahir dengan sepak terajang wordpress sudilah membantu aku ya!!
Sekali lagi terima kasih kepada Kak Jie dan Mr Josh Gan yang sabar melayan kerenah aku membina blog baru dengan templates baru.
Tahun baru 2010 dengan domain baru, platform baru, blog baru dan NIAT baru. Semuga HIJRAH iniĀ Allah swt memudahkan segalanya dan merestui perjuangan HIDUP UNTUK MEMBERI walaupun hanya secebis ILMU. Saranan dan komen teman-teman sangat dialu-alukan.
@Kepada semua peserta contest Hidup Berani Untuk Gagal tunggukan pengumuman penting dalam 2-3 hari lagi.
@Jangan lupa subscribe ya @ http://feeds.feedburner.com/denaihati/NMIW .
