Assalamualaikum dan salam 1Dunia, berdasar komen dalam entri “Beli Domain dan Hosting” masih ramai Rakan Blogger menolak membeli domain kerana mahal. Domain blog mahal betul ke atau hanya sangkaan kerana tidak pernah buat kajian. Blog Denaihati bermula dengan blog percuma denaihati.blogspot.com untuk setahun lebih kemudian berhijrah ke domain Denaihati.com dengan basic hosting Serverfreak dengan harga RM60 setahun. Selepas setahun trafik meningkat package hosting ditingkatkan mengikut keperluan dan beli domain Denaihati.net dan Denaihati.biz dengan harga RM40 setiap satu. April 2012 beli domain Denaihati.my dengan harga RM120 dan domain Denaihati.com.my dengan harga RM80.
Seperti perbincangan dalam Group Denaihati Network (dah join ke?) ramai Rakan Blogger tidak dapat membezakan Domain dengan Hosting. Sebenarnya kita boleh membeli Domain berasingan daripada hosting. Domain Denaihati.net, .biz, .my dan com.my dibeli daripada Serverfreak tanpa hosting dan buat masa ini semuanya di redirect ke Denaihati.com. Purata harga domain blog adalah antara RM40 – RM50 tetapi kalau rajin mencari seperti di GoDaddy.com dan NameCheap.com pasti boleh dapat murah kerana selalu sahaja ada diskaun. Kalau ada rezeki kekadang boleh dapat domain serendah USD2 sahaja.
Kisah Domain dan Hosting berbayar dan free ibarat kisah telur dengan ayam yang tidak pernah akan tamat. Ada yang kata telur dulu keluar dan ada yang kata ayam dulu. Dalam dunia blogging pulak ada Blogger kata blog belum terkenal macam mana nak beli domain dan hosting dan ada pulak kata belilah domain dan hosting barulah bertambah yakin dan pasti blog akan jadi terkenal.
Bagi aku semuanya bermula daripada kita sendiri. Setiap apa yang kita lakukan walaupun sekecil masa mesti ada matlamat bukan sekadar membuang masa. Bukan semua berblogging untuk mencari duit tetapi itu bukan bermakna kita tidak perlu domain dan hosting. Walaupun berblogging hanya hobi hanya post sekali seminggu tetapi pastikan blog kita berkualiti. Kualiti perlu ada harganya dengan hanya mengeluarkan RM80 untuk basic hosting dan 1 domain percuma untuk satu tahun bukanlah satu harga yang terlalu mahal. Selitkan iklan Nuffnang dalam blog insyallah dalam tempoh setahun boleh dapat semula RM80 tu.
Dengan domain dan hosting berbayar maka kita meletakan blog kita ada nilai. Nilai tersebut akan meningkat dengan peningkatan trafik, pengikut dan kualiti penulisan. Percayalah suatu hari akan ada syarikat besar yang akan melihat nilai blog kita dan tanpa diminta mereka akan sendiri datang tanpa dijemput dan bersedia membayar mahal untuk bekerjasama dengan blog kita.
Semuanya tidak datang sekelip mata tetapi mesti bermula dari langkah pertama … jangan bertangguh mulakan dari sekarang.
340 Comments
domain .my dan .com.my.. tu mahal la. yang lain..murah aje..
Curahan rasa titan @ ..Mencintai Ain Maisarah – Part 7
memang mahal ek titan?..baru tahu..huhu
Curahan rasa dzuandiey @ ..Eyriqazz vs Denaihati : Cabaran Berani Mati
Domain mahal? Bagi saya biasa sahaja, maklumlah makin lama makin naik juga harganya. Tapi kalau serius dalam blogging, rasanya tidak menjadi masalah tentang harga domain.
Curahan rasa Mohd Isa @ ..Jadual Suku Akhir Euro 2012
kena tunggu harga promosi..baru sesuai nak membeli..
Curahan rasa dzuandiey @ ..Eyriqazz vs Denaihati : Cabaran Berani Mati
alhamdulillah….ada juga kan promosi di DH
Curahan rasa Dadan @ ..Laga Perempat Final Euro 2012 : Spanyol vs Perancis
x mahal sebenar atau ada jugak yg menawar beli hosting percuma 3 domain, pilihan ditangan kita 🙂
Curahan rasa auc dot com @ ..Pahang vs USM Staf | Liga Premier Malaysia 2012 | Keputusan Terkini
ya..betul…banyak pilihan yang boleh kita buat..huhu
Curahan rasa dzuandiey @ ..Eyriqazz vs Denaihati : Cabaran Berani Mati
Kemungkinan bagi mereka ada yang rasa harga itu mahal kerana dibayar setiap tahun.. Ikut kemampuan masing2. Mungkin ada yang masih berfikir panjang untuk membahagikan
duit kepada yang lebih penting utk keluarga…
Curahan rasa nurmisnan @ ..Promosi dahsyat – Lima bakal pengantin bertuah
Mana ada mahal.. Saya beli kat godaddy baru usd 1.49. Time ada promo sambar la.
Kalau rajin explore memang boleh dapat murah kekadang boleh guna voucher diskaun yg kawan2 dapat
ya..beul tu…murah jer domain..hosting kot yang mahal..hehe
Curahan rasa dzuandiey @ ..Eyriqazz vs Denaihati : Cabaran Berani Mati
ramai lagi yang takut-takut nak beli domain/hosting. padahal, kalau rajin menimba ilmu berblogging tanpa sempadan ni, sekejap je modal tu boleh dapat balik 😉
Curahan rasa Lizz @ ..Kerana Seekor Anjing Perasan Miss Universe
betul…tak salah nak timba ilmu blogging ni..kena pandai cari peluang..hehe
Curahan rasa dzuandiey @ ..Eyriqazz vs Denaihati : Cabaran Berani Mati
memang berbaloi sebenarnya berdomain dan hosting sendiri. Sya mula rasa nak berdomain sendiri sebab time tu office block blogspot. dalam erti kata lain, majikan time tu tak kasi pekerjanya berblog time kerja. Nak buka dashboard blogger pun tak leh. Tapi Sya buka blog kejap je, 15 minit time lunch. Huhu.. company dulu mmg pantau laman2 web yang pekerja dia surf. Pastu dia block lah site yang kita selalu masuk. 🙁
Curahan rasa Sya Isya @ ..DEJAVU DI KINABALU SLOT AKASIA TV3
adoi..strict betul majikan macam tu..huhu..
Curahan rasa dzuandiey @ ..Eyriqazz vs Denaihati : Cabaran Berani Mati
alamak masih bertangguh dan masih berkira-kira sbnrnya sya ni.. hehehe sbb sedng cuba mendalami apa itu hosting dan domain… kang main redah je sush juga kan.. sbb tak fhm apa2,.. niat nk tukar tu mmg ada sbb tu cuba mencari informasi berkaitan dan terima kasih untuk entri yg berguna ni.. 🙂
Curahan rasa Queen Teratai @ ..Khamis Spontan #23
Terlalu banyak informasi ada di google tu
cari jer otai bloger yang dah biasa guna…senang ckit nak ajar kan..hehe..macam cikgu, pakai redah jer…hihi
Curahan rasa dzuandiey @ ..Eyriqazz vs Denaihati : Cabaran Berani Mati
Bagus juga jika kita buat pelaburan yang tak seberapa untuk domain ni,Jika kurang pengetahuan tentang domain serta pemilihan nama domain,boleh tanya kepada rakan-rakan blogger yang lebih arif,mereka semua sudi membantu
Curahan rasa wazy @ ..Slot Akasia Deejavu Di Kinabalu TV3
Betul sekali sahabat, bila memang kurang mengerti menanyakan kepada yang lebih mengerti tentunya akan sangat membantu dalam proses pemilihan domain ini
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..4 Herbal Penghilang Nyeri
Apalagi unuk pemilihan domain dan juga hosting akan berlaku seterusnya bila kita aktif dalam dunia perbloggeran
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..4 Herbal Penghilang Nyeri
setuju..ramai blogger yang hebat kat luar sana..boleh belajar..hehe
Curahan rasa dzuandiey @ ..Eyriqazz vs Denaihati : Cabaran Berani Mati
Saya buat demi kepuasan sendiri 🙂
Curahan rasa shraqs @ ..Introducing Windows Phone 8
Ternyata sudah membuat pula sahabat
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..4 Herbal Penghilang Nyeri
itu yang paling best kan..hehe…
Curahan rasa dzuandiey @ ..Eyriqazz vs Denaihati : Cabaran Berani Mati
domain juga boleh jadi satu bisnes (hartanah maya) yang mendatangkan untung yang lumayan.. satu domain yang dibeli dengan harga RM40 – RM50 ada kemungkinannya boleh dijual balik dengan harga yang berlipat kali ganda.. sebagai contoh domain S*X.com, P*RN.com (censored), FUND.com, BUSINESS.com, DIAMONDS.com dan lain2 semuanya terjual dengan harga yang lebih tinggi daripada harga standard untuk domain.. mungkin domain yang kita beli tu ada nilai yang tinggi dari segi niche, keyword atau sebagainya mampu menarik perhatian org lain atau sesebuah syarikat untuk beli.. kita letak la harga berapa kita nak jual.. kan boleh buat duit tu.. modal RM40 – RM50 je.. ramai dah kot yang jadi kaya dengan hanya beli dan jual domain.. bagus kan? saje berkongsi.. hehe.. 😀
Curahan rasa Anarm @ ..Sikit-Sikit, Lama-Lama Jadi Gunung
ha ha ha nak ilmu tak payah sensor ya. ni harga domain sex.com @ http://ilmucipta.blogspot.com/2010/02/sexcom-for-sale-again.html
Curahan rasa denaihati @ ..Euro 2012 Juara pilihan Lelaki Kacak
saje sensor takut ada budak2 bukak web tu.. hehe..
Curahan rasa Anarm @ ..Sikit-Sikit, Lama-Lama Jadi Gunung
hehehe..alamak..tak boleh baca ni..hihi..
Curahan rasa dzuandiey @ ..Eyriqazz vs Denaihati : Cabaran Berani Mati
saya juga ada keinginan membeli, cuma masih bingung tentang cara pembayarannya
Curahan rasa Dadan @ ..Laga Perempat Final Euro 2012 : Spanyol vs Perancis
sudah ada rencana mau beli hosting package istimewa + 1 domain di Serverfreak, cuma masih bingung tentang cara pembayarannya…
Curahan rasa Dadan @ ..Laga Perempat Final Euro 2012 : Spanyol vs Perancis
apa harus lewat akun pay pal atau transfer bank ?
Curahan rasa Dadan @ ..Laga Perempat Final Euro 2012 : Spanyol vs Perancis
dadan, boleh lihat di halaman ini bagaimana untuk buat pembayaran hosting Serverfreak.. paypal juga boleh.. http://www.web-hosting.net.my/billing-information.html
Curahan rasa Anarm @ ..Sikit-Sikit, Lama-Lama Jadi Gunung
oh begitu ya, terima kasih atas informasi, saya langsung lihat dulu
Curahan rasa Dadan @ ..Laga Perempat Final Euro 2012 : Spanyol vs Perancis
Boleh juga ditolak dari hadiah denaihati utk bayar domain n hosting
hehehe..DH sentiaa membantu..kannn
Curahan rasa dzuandiey @ ..Eyriqazz vs Denaihati : Cabaran Berani Mati
Kalau begitu, saya mau beli hosting package istimewa + 1 domain di Serverfreak
Curahan rasa Dadan @ ..Laga Perempat Final Euro 2012 : Spanyol vs Perancis
dan barusan saya dah kirim email ke DH
Curahan rasa Dadan @ ..Laga Perempat Final Euro 2012 : Spanyol vs Perancis
saya sendiri selepas 3 tahun berblogging baru tergerak hati untuk ada domain sendiri 😉 dengan bayaran sekadar rm40 setahun, rasanya tidak terlalu mahal. maybe ada yang beranggapan bayaran domain adalah sebulan skali. dan maybe ada yang beranggapan bila beli domain kena beli hosting. btw, bila dah ada domain sendiri, memang terasa amat puas hati. amat berbaloi dengan bayaran rm40 setahun untuk domain .com 😉
Curahan rasa d0d0l @ ..[HHH] 3 dalam 1 : Jilbab + Niqab + Telekung
Nurul pun masih lagi belajar ngan Bro pasal domain ni… Dia yg byk tolong Nurul.. Biasalah budak baru belajar.. hehehe 😉
Curahan rasa Nurul @ ..Review Filem: Mael Lambong Terbaik dari Zizan Razak
Saya juga baru banyak belajar sahabat mengenai dunia perbloggeran dan segala seluk beluknya
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..4 Herbal Penghilang Nyeri
Alhamdulillah dapat ilmu kembali mengenai Domain Blog dan juga hostingnya di sini
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..4 Herbal Penghilang Nyeri
Comments are closed.