Assalamualaikum dan salam 1Dunia, berdasar komen dalam entri “Beli Domain dan Hosting” masih ramai Rakan Blogger menolak membeli domain kerana mahal. Domain blog mahal betul ke atau hanya sangkaan kerana tidak pernah buat kajian. Blog Denaihati bermula dengan blog percuma denaihati.blogspot.com untuk setahun lebih kemudian berhijrah ke domain Denaihati.com dengan basic hosting Serverfreak dengan harga RM60 setahun. Selepas setahun trafik meningkat package hosting ditingkatkan mengikut keperluan dan beli domain Denaihati.net dan Denaihati.biz dengan harga RM40 setiap satu. April 2012 beli domain Denaihati.my dengan harga RM120 dan domain Denaihati.com.my dengan harga RM80.
Seperti perbincangan dalam Group Denaihati Network (dah join ke?) ramai Rakan Blogger tidak dapat membezakan Domain dengan Hosting. Sebenarnya kita boleh membeli Domain berasingan daripada hosting. Domain Denaihati.net, .biz, .my dan com.my dibeli daripada Serverfreak tanpa hosting dan buat masa ini semuanya di redirect ke Denaihati.com. Purata harga domain blog adalah antara RM40 – RM50 tetapi kalau rajin mencari seperti di GoDaddy.com dan NameCheap.com pasti boleh dapat murah kerana selalu sahaja ada diskaun. Kalau ada rezeki kekadang boleh dapat domain serendah USD2 sahaja.
Kisah Domain dan Hosting berbayar dan free ibarat kisah telur dengan ayam yang tidak pernah akan tamat. Ada yang kata telur dulu keluar dan ada yang kata ayam dulu. Dalam dunia blogging pulak ada Blogger kata blog belum terkenal macam mana nak beli domain dan hosting dan ada pulak kata belilah domain dan hosting barulah bertambah yakin dan pasti blog akan jadi terkenal.
Bagi aku semuanya bermula daripada kita sendiri. Setiap apa yang kita lakukan walaupun sekecil masa mesti ada matlamat bukan sekadar membuang masa. Bukan semua berblogging untuk mencari duit tetapi itu bukan bermakna kita tidak perlu domain dan hosting. Walaupun berblogging hanya hobi hanya post sekali seminggu tetapi pastikan blog kita berkualiti. Kualiti perlu ada harganya dengan hanya mengeluarkan RM80 untuk basic hosting dan 1 domain percuma untuk satu tahun bukanlah satu harga yang terlalu mahal. Selitkan iklan Nuffnang dalam blog insyallah dalam tempoh setahun boleh dapat semula RM80 tu.
Dengan domain dan hosting berbayar maka kita meletakan blog kita ada nilai. Nilai tersebut akan meningkat dengan peningkatan trafik, pengikut dan kualiti penulisan. Percayalah suatu hari akan ada syarikat besar yang akan melihat nilai blog kita dan tanpa diminta mereka akan sendiri datang tanpa dijemput dan bersedia membayar mahal untuk bekerjasama dengan blog kita.
Semuanya tidak datang sekelip mata tetapi mesti bermula dari langkah pertama … jangan bertangguh mulakan dari sekarang.
340 Comments
ada juga sahabat blogger… bila saya cadangkan mereka beli domain sendiri berkata mcm tu…
40 inggit tu kira murah la… satahun… bukannya sebulan…..
Curahan rasa Manan Qayyim @ ..Monyet Penunggang Motosikal Terhebat – Wordless Wednesday #5
insyaallah….akan tukar juga satu hr nanti…:)
Curahan rasa yas @ ..Wordless Wednesday – Badang?
Semoga nanti bisa sahabat
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..4 Herbal Penghilang Nyeri
blog dah cantik bro… tukar la cepat….
Curahan rasa Manan Qayyim @ ..Monyet Penunggang Motosikal Terhebat – Wordless Wednesday #5
Pengin mengubah hanya saja belum, mungkin suatu saat setelah ada kesempatan ingin tuk merubah domain
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..4 Herbal Penghilang Nyeri
Kalau nak mulakan domain dan hosting sendiri,mulakan sekarang..byk syarikat yg menawarkan dengan harga yang berpatutan.
Curahan rasa azman @ ..Hari Bapa – Ada Yang Tiada
Betul juga sahabat…sepertinya menarik juga kalau mempunyai doamin sendiri
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..4 Herbal Penghilang Nyeri
Salam..
sesuai sangat pada yang tengah
menjadi domain dengan harga yang
berpatutan
Curahan rasa Bro Zulkbo @ ..EURO2012 : Jadual Suku Akhir Kalah Mati Siaran Langsung
hehehe…berarti selama ini saya keliru tentang domain dan hosting
Curahan rasa Dadan @ ..Laga Perempat Final Euro 2012 : Spanyol vs Perancis
Saya juga baru memahami akan domain saja, kalaui hosting belum begitu memahami
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..4 Herbal Penghilang Nyeri
saya mengira domain itu sama saja dengan hosting
Curahan rasa Dadan @ ..Laga Perempat Final Euro 2012 : Spanyol vs Perancis
rupanya keduanya itu berbeda ya…hehehe
Curahan rasa Dadan @ ..Laga Perempat Final Euro 2012 : Spanyol vs Perancis
kena la pandai cari harga yang murah, kalau tak cari memang mahal la jadinya..
Curahan rasa zhazmi @ ..Cara Untuk Padam Email(Yahoo! Mail)
hemm..macam mana nak cakap eh ? memang domain jadi pilihan skrg ..haha
domain sekarang makin mahal, jika nak dibandingkan dengan dulu laa… tapi ada je promosi gempak2 daripada syarikat2 tertentu
Curahan rasa azriMy @ ..Gaji Terkini Nazmi Faiz Mansur
kena pandai cari… tunggu promosi bru bli … hahah
Curahan rasa Manan Qayyim @ ..Monyet Penunggang Motosikal Terhebat – Wordless Wednesday #5
domain dah jadi satu industri dah skang..:D
p/s:Mahal lah domain……kalau beli 50 ketul…:P
Curahan rasa reezluv @ ..Jom Melawat Perak 2012
Pehhh 50 ketul memang lah mahal heeee
Curahan rasa denaihati @ ..Rahsia video kucing terbongkar ada hadiah ribu-ribu rupanya
Salam DH, sebenarnya saya tengah nak berpindah kepada domain berbayar….tapi kurang ilmu….pls advice…tqvm
Curahan rasa dinar @ ..Emas akan melonjak ke USD$8,500/oz???
Boleh cuba package istimewa RM80 setahun. nak setting semua syarikat hosting akan bantu sehingga sukses. detail @ https://denaihati.com/promosi-web-hosting-denaihati-network-serverfreak
Curahan rasa denaihati @ ..Beli Domain dan Hosting
owh… masih ada yg keliru rupanya tapi mmg masih ramai yg keliru. Mungkin masa guna yg free, semuanya dah siap, x perasan bezanya. Takpe… boleh belajar slowly, nanti dah faham, senang sahaja nak uruskan segala hal berkaitan domain dan hosting utk apa sahaja urusan berkaitan spt website, blog, shopping cart dan seumpamanya 😉
memang cadang nak beli banyak macam tu, tapi difikirkan kalau setiap domain tu ada niche dia, better sambar satu bukan,
Curahan rasa syahrilhafiz @ ..Wordless Wednesday #15 : Tarikh Bulan Puasa Ramadhan 2012
nanti saya nak tanya serverfreak lah untuk domain yang lain tuh.. tapi redirect tu buat macam mana yea?
Curahan rasa KiD @ ..Makan bersama Redmummy dan Beautifulnara
Bro minta Serverfreak buat je. Diaorang sangat membantu.
Curahan rasa denaihati @ ..Beli Domain dan Hosting
saya masih belum claim Pakej Web Hosting Deluxe cabutan bertuah event Denaihati haritu. Due date bln 9. Byk masa lagi.
Curahan rasa kakchik @ ..Darling Dah Balik Dari Bercuti
bagi ak, kalau ada domain sendiri ni baru la melambangkan identiti seuatu blog tu. takde kacau dengan orang lain. mcm blogspot pon boleh tukar dari abc.blogspot.com ke abc.com tapi still guna blogger.com punya platform. 🙂
betul.. dulu saya [un keliru antara domain dan hosting,.,.
Curahan rasa KiD @ ..Makan bersama Redmummy dan Beautifulnara
la keliru lagi, pi blog cek, ada terangkan.. kot hehe
entri lama 😀
Curahan rasa syahrilhafiz @ ..EURO 2012: Jadual Perlawanan EURO 2012 Waktu Malaysia
saya juga baru sebatas itu mengerti serta memahami akan domain
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..4 Herbal Penghilang Nyeri
Sebuah identitas yang biasanya identik dengan tema suatu wabsite atau pun blog
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..4 Herbal Penghilang Nyeri
Comments are closed.