Biodata

Selamat datang ke Denaihati.com

Blog Denaihati lahir pada 13 Julai 2008 untuk mencurahkan rasa hati dan meneruskan hobi suka menulis semasa di bangku sekolah. Entri pertama bertajuk “Politik yang bingung” menjadi langkah pertama sehingga kini sudah beribu tajuk dikongsikan dalam berbagai katogeri.

Minat yang menghasilkan duit

Selain minat menulis Founder juga suka mengembara ke negara orang menjelajah melihat kesusahan orang untuk mensyukuri nikmat yang ada yang dikongsikan di blog. Sudah menjejaki kaki di banyak negara antaranya Indonesia, Singapore, Brunei, Thailand, Kemboja, Filipina, Vietnam, Hong Kong, Macau, Taiwan, Jepun, Korea Selatan, China, Arab Saudi, Qatar, UAE, Jordan, Palestine, Mesir, Isr4el, German, Austria, Republik Czech, Italy, England, Perancis, Belanda, Belgium, Afrika Selatan, Turki dan New Zealand  dan sedang merancang untuk mengembara ke Amerika Selatan, Balkan, Kanada, Rusia dan USA. Cerita kembara ini Founder jadikan kisah di bahagian travelog Denaihati yang mempunyai ramai peminat sehingga menjana pendapatan yang lumayan.

Perjalanan sebagai seorang Blogger

Menulis sejak 2008 sebagai hobi memang tidak sangka dengan pencapaian yang ada sekarang. Blog Denaihati pernah menjadi antara top 10 blog Malaysia mengikut Alexa Ranking dengan jumlah trafik yang meningkat setiap bulan. Blog Denaihati telah mendapat berbagai anugerah dan penghargaan. Kejayaan ini tidak datang sekelip mata dan tidak juga berlaku begitu sahaja. Bantuan berterusan dari Rakan Blogger Kujie2.com, Ariffshah.com, Azmanishak.com, Apesal.comSweetKurma.com dan Team Denaihati yang lama dan baru antaranya Anarm.netShahrilEizil.com, Abangensem.com dan Shakiddo.com memang tidak dapat dilupakan. Sokongan keluarga tersayang Emak, Abah, Ainon, Fahim, Sahira, Haziq, Irfan, Awin dan sahabat-sahabat sangat dihargai. Siapalah Denaihati tanpa mereka ini. Tidak ketinggalan terima kasih tidak terhingga kepada semua Rakan Blogger dan Pembaca yang terus bersama Blog Denaihati berkongsi rasa berkongsi pendapat. Jutaan terima kasih juga kepada pengiklan dan penaja yang terus memberi kepercayaan kepada blog Denaihati untuk terus bernyawa memberi berbagai ilmu untuk bacaan semua.

Pencapaian Blog Denaihati

Syukur blog Denaihati telah mendapat pengiktirafan daripada berbagai pihak antaranya adalah :

  1. MSMW Best blog of the year 2012,
  2. MSMW Most Creative blog 2013,
  3. MyNic Best Personal blog 2013
  4. MSMW Best micro blog 2014.

Blog Denaihati juga telah dinominasi pusingan akhir untuk anugerah DiGi Best personal blog 2013 dan MITBCA Best personal blog 2013. Terima kasih kepada semua yang telah memandang blog Denaihati.

Semuga kehadiran blog denaihati di dunia blog Nusantara dapat memberi berbagai informasi, motivasi dan ilmu untuk menambah ceria dunia ini.

Sosial Media Denaihati

Terima kasih kepada semua yang sudi singgah blog Denaihati. Terima kasih juga yang sudi follow semua sosial media Denaihati. Kepada yang belum follow boleh follow di sosial media berikut :

  1. Facebook Page Denaihati (480K likes)
  2. Facebook Group Denaihati (14.67K follower)
  3. Instagram Denaihati Network (54K follower) (MSMW Best Micro Blog 2014)
  4. Twitter Denaihati (4K follower)
  5. Twitter Santapan Minda (1.6 M follower)
  6. Denaihati TV (82K follower)

Buku Denaihati

Untuk membaca review Buku Denaihati edisi 2014 sila baca di SINI dan untuk membeli secara online sila beli di SINI.

Kedai Online

Alhamdulillah mulai 2017 kedai online Denaisell.com telah dilancarkan bukan sahaja tempat kami memasarkan produk juga memberi peluang kepada usahawan online baru bertapak untuk memasarkan produk mereka dengan yuran penyertaan yang minima.

Buat duit dengan blog

Blog DENAIHATI telah menghasilkan pulangan sangat lumayan yang menjadi impian ramai blogger. Banyak syarikat besar dan badan Kerajaan yang ingin bekerjasama untuk mempromosi bisnis mereka secara online. Terima kasih semua yang mempercayai kami. Kepada rakan yang nak belajar memulakan sebuah blog, menulis blog yang berkualiti,  menjadi blogger sebagai kerjaya dan  buat duit dengan blog sila daftarkan email anda di bawah.

Hubungi Denaihati

Teman-teman boleh hubungi Abang melalui email admin [at] denaihati [dot] com atau TwitterFacebook dan Instagram untuk seberang pertanyaan.

Abang bangga menjadi Blogger Malaysia. Hidupkan Untuk Memberi. Jangan lupa singgah juga ke blog travel Denai.my.

Salam sukses.

Terima kasih.
Amir Hassan

405 Comments

  1. I am Sharmini from Waves PR and I am servicing Himalaya.

    Himalaya is organising a campaign for Ayurslim that we would like you to participate in as well.
    Would you be interested?

    Please let me know soonest possible as we are limiting the list to the top ten bloggers.

    I may not be in the office after lunch but you can just drop me an SMS at 016-305 8165.
    Thank you.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!