Selamat datang ke Denaihati.com
Blog Denaihati lahir pada 13 Julai 2008 untuk mencurahkan rasa hati dan meneruskan hobi suka menulis semasa di bangku sekolah. Entri pertama bertajuk “Politik yang bingung” menjadi langkah pertama sehingga kini sudah beribu tajuk dikongsikan dalam berbagai katogeri.
Minat yang menghasilkan duit
Selain minat menulis Abang juga suka mengembara ke negara orang menjelajah melihat kesusahan orang untuk mensyukuri nikmat yang ada yang dikongsikan di blog. Sudah menjejaki kaki di Indonesia, Singapore, Brunei, Thailand, Kemboja, Vietnam, Hong Kong, Macau, Taiwan, Jepun, Korea Selatan, China, Arab Saudi, Qatar, UAE, Jordan, Palestine, Mesir, Isr4el, German, Austria, Republik Czech, Italy, England, Perancis, Belanda, Belgium, Afrika Selatan, Turki dan New Zealand dan sedang merancang untuk mengembara ke Amerika Selatan, Balkan, Kanada, Rusia dan USA. Cerita kembara ini Abang jadikan kisah di bahagian travelog Denaihati yang mempunyai ramai peminat sehingga menjana pendapatan yang lumayan.
Perjalanan sebagai seorang Blogger
Menulis sejak 2008 sebagai hobi memang tidak sangka dengan pencapaian yang ada sekarang. Blog Denaihati pernah menjadi antara top 10 blog Malaysia mengikut Alexa Ranking dengan jumlah trafik yang meningkat setiap bulan. Blog Denaihati telah mendapat berbagai anugerah dan penghargaan. Kejayaan ini tidak datang sekelip mata dan tidak juga berlaku begitu sahaja. Bantuan berterusan dari Rakan Blogger Kujie2.com, Ariffshah.com, Azmanishak.com, Apesal.com, SweetKurma.com dan Team Denaihati yang lama dan baru antaranya Anarm.net, Shahril, Eizil.com, Abangensem.com dan Shakiddo.com memang tidak dapat dilupakan. Sokongan keluarga tersayang Emak, Abah, Ainon, Fahim, Sahira, Haziq, Irfan, Awin dan sahabat-sahabat sangat dihargai. Siapalah Denaihati tanpa mereka ini. Tidak ketinggalan terima kasih tidak terhingga kepada semua Rakan Blogger dan Pembaca yang terus bersama Blog Denaihati berkongsi rasa berkongsi pendapat. Jutaan terima kasih juga kepada pengiklan dan penaja yang terus memberi kepercayaan kepada blog Denaihati untuk terus bernyawa memberi berbagai ilmu untuk bacaan semua.
Aplikasi Blog Denaihati
Dah lama Abang bercita-cita untuk membangunkan plugin yang boleh memberi manafaat kepada semua. Alhamdulillah akhirnya team Denaihati berjaya membangunkan Plugin Waktu Solat untuk diberikan kepada Rakan Blogger. Kepada yang berminat untuk meletakan plugin waktu solat di blog anda sila klik Projek Waktu Solat. Alhamdulillah blog Denaihati juga telah mempunyai aplikasi versi Android dan iOS yang boleh di download di Google Play dan Apple Store untuk memudahkan membaca dimana saja dan bila-bila masa sahaja. Semua ini diberi percuma kepada rakan blogger dan pembaca setia blog Denaihati.
Pencapaian Blog Denaihati
Syukur blog Denaihati telah mendapat pengiktirafan daripada berbagai pihak antaranya adalah :
- MSMW Best blog of the year 2012,
- MSMW Most Creative blog 2013,
- MyNic Best Personal blog 2013
- MSMW Best micro blog 2014.
Blog Denaihati juga telah dinominasi pusingan akhir untuk anugerah DiGi Best personal blog 2013 dan MITBCA Best personal blog 2013. Terima kasih kepada semua yang telah memandang blog Denaihati.
Semuga kehadiran blog denaihati di dunia blog Nusantara dapat memberi berbagai informasi, motivasi dan ilmu untuk menambah ceria dunia ini.
Sosial Media Denaihati
Terima kasih kepada semua yang sudi singgah blog Denaihati. Terima kasih juga yang sudi follow semua sosial media Denaihati. Kepada yang belum follow boleh follow di sosial media berikut :
- Facebook Page Denaihati (480K likes)
- Facebook Group Denaihati (13.6K follower)
- Instagram Denaihati Network (49K follower) (MSMW Best Micro Blog 2014)
- Twitter Denaihati (16K follower)
- Twitter Santapan Minda (1.4M follower)
- Denaihati TV (27K follower)
- Google Page (2.5K follower)
Buku Denaihati
Untuk membaca review Buku Denaihati edisi 2014 sila baca di SINI dan untuk membeli secara online sila beli di SINI.
Kedai Online
Alhamdulillah mulai 2017 kedai online Denaisell.com telah dilancarkan bukan sahaja tempat kami memasarkan produk juga memberi peluang kepada usahawan online baru bertapak untuk memasarkan produk mereka dengan yuran penyertaan yang minima.
Buat duit dengan blog
Blog DENAIHATI telah menghasilkan pulangan sangat lumayan yang menjadi impian ramai blogger. Banyak syarikat besar dan badan Kerajaan yang ingin bekerjasama untuk mempromosi bisnis mereka secara online. Terima kasih semua yang mempercayai kami. Kepada rakan yang nak belajar memulakan sebuah blog, menulis blog yang berkualiti, menjadi blogger sebagai kerjaya dan buat duit dengan blog sila daftarkan email anda di bawah.
Hubungi Denaihati
Teman-teman boleh hubungi Abang melalui email admin [at] denaihati [dot] com atau Twitter, Facebook dan Instagram untuk seberang pertanyaan.
Abang bangga menjadi Blogger Malaysia. Hidupkan Untuk Memberi. Jangan lupa singgah juga ke blog travel Denai.my.
Salam sukses.
Terima kasih.
Amir Hassan
405 Comments
Tahniah. Saya tertarik dengan laman ini. Semoga terus berjaya pada masa akan datang.
Curahan rasa Reka Laman Web @ ..Tempah Web, Minisite, Landing Page atau Shopping Cart? – Harga Jimat, Lebih Berpatutan…
Senang rasanya bisa berkunjung ke top five blog ini. Semoga menambah banyak manfaat kepada banyak orang dalam setiap post-postnya. Salam kami.
As salam..Good luck in the future Denaihati.. 🙂 May Allah bless u..amin
Biodata yg menarik…
Walaupun baru 3 tahun tetapi sudah begitu maju. Syabas DH n team 🙂
@Denaihati,
Pengalaman Tn. sangat mengujakan & memotivasikan..
AJ sedang bermula dari awal dalam dunia blogging ini.
Harap dapat memberi tunjuk ajar. 🙂
Terima kasih.
Ikhlas,
Amin Johar (AJ)
Curahan rasa aminjohar @ ..Berperang dengan 404 Error, Demi SEO
alhamdulilah, semoga berkat pluginya menjadi berkah. Amien
Curahan rasa orderdesain.com @ ..Logo software
Semoga laman denaihati.com sentiasa terunggul di dalam Malaysia.
Curahan rasa KiddoZoom @ ..Bengkel Pengendalian Kamera dan Fotografi Kanak-Kanak
Emm 3 tahun dah jadi blogger..memang betul tu..tak salah kalau sy katakan yang denaihati adalah sumber kewangan rakan blogger sekalian..hehe..semoga impian denaihati dalam arena blogging akan tercapai..aminnn
Curahan rasa Hafizul @ ..Menang Giveaway Dari Blog Popular
Kemas dan bermaklumat. Tahniah Tuan.
Curahan rasa abangensem @ ..Ariff Shah Dah Tak Nangis Lagi
nak kena masukan nama bro tu
Kemasan tambah elegan dan bagus sahabat DH…jadi ingin membuat biodata juga.
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Mendidik Anak Dalam Kandungan
Laman BIODATA Denaihati dah disusunatur rupaya, lebih bagus dan rapi
Curahan rasa Dawaihati @ ..Laos vs Malaysia Piala Suzuki AFF 2012
pingn banget ke malaysia. udah lama nih
Mohon di pautkan blog saya.. Tq
Curahan rasa Taiping @ .."AKU SEORANG LESBIAN".. Kenyataan Gadis Yang Suka Di Ranjang..
Mohon bantuannya dalam dunia internet 😀
Curahan rasa School-boy @ ..Hikayat Indera Bangsawan yang diceritakan kembali menggunakan bahasa sendiri
ingin menjadi rekan denaihati. bagaimana caranya….
Curahan rasa blog pendidikan @ ..iPhone 5 Gadget Impian
dari biodata, nampaknya denaihati nie bukan sorang yer….
Curahan rasa bujang3 @ ..Sesekali ke pasar borong!!!!