Jalan-jalan ke Hong Kong dan Macau

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, awal Disember 2012 aku dan keluarga jalan-jalan ke Kota Hong Kong. Ini bukanlah lawatan kali pertama untuk aku tetapi kali pertama untuk isteri dan anak-anak. Tujuan utama bukanlah untuk melancong tapi untuk urusan bisnis tetapi seperti pepatah orang tua “sambil menyelam minum air”.

Soalan pertama kawan-kawan bila tahu kami akan ke Hong Kong … pergi Disney World ke? pergi Ocean Park ke?

Oleh kerana ini kali pertama famili menjejaki kaki di Hong Kong jadi aku tidak merancang untuk membawa mereka ke Disney World dan Ocean Park. Kebetulan cuaca di Hong Kong agak sejuk memang sesuai untuk aku membawa famili berjalan-jalan menyelurusi kesibukan Kota Raya yang memang berbeza dengan Kuala Lumpur.

Hong Kong dari Hotel Peninsula
Suasana Pagi di Hong Kong dari Hotel Peninsula

Aku memilih untuk menyewa Hotel Peninsula yang terletak di Tsim Sha Tsui, Kowloon. Sebab paling utama aku pilih hotel ini kerana jaraknya tak sampai 1 kilometer dengan Masjid Kowloon yang terletak di Nathan Road. Di Hong Kong bukan mudah untuk mendapat makanan halal tetapi banyak terdapat di sekeliling Masjid Kowloon. Mengikut aplikasi Zabihah terdapat lebih kurang 75 restoran makanan halal di sekitar Masjid Kowloon. Teringat kali pertama datang Hong Kong menetap di Hotel Four Season tiga hari makan buah dan biskut sampai naik kembung perut kerana tak jumpa makanan halal.

Masjid Kowloon, Hong Kong
Masjid Kowloon, Hong Kong

Sepanjang di Hong Kong kami telah menjamu selera di beberapa restoran Halal antaranya Restoran Mughal Club, Restoran Al-Maidah dan Istanbul Kebab. Hampir semua restoran ini agak tersorok dan kecil saiznya. Paling mudah nak pergi ke restoran-restoran ini pergi je di hadapan Masjid Kowloon pasti ramai agen-agen restoran yang akan membawa kita ke restoran mereka.

Restoran Halal Hong Kong Mughal Club
Restoran Mughal Club Hong Kong
Restoran Al-Maidah Hong Kong
Restoran Al-Maidah Hong Kong
Restoran Istanbul Kebab Hong Kong
Restoran Istanbul Kebab Hong Kong

Kami menghabiskan masa berjalan dicelah-celah bagunan dan shopping mall yang besar di Kowloon dan Pulau Hong Kong dengan berjalan kaki, menaiki teksi dan keretapi bawah tanah (MTR). Orang kata jauh berjalan luas pandangan, Hong Kong memang berbeza dengan Kota Raya yang pernah aku jejaki. Sengaja aku membawa famili menyelusuri Kota Hong Kong untuk merasai sendiri perbezaan kehidupan dan kemudahan yang disediakan.

Kowloon Hong Kong
Kowloon Hong Kong
Kowloon Hong Kong
Kowloon Hong Kong

Dah terlanjur sampai Hong Kong rugi pulak tak singgah Macau. Kami sekeluarga pergi ke Macau menaiki Ferry TurboJet. Perjalanan lebih kurang satu jam setengah melalui pulau-pulau kecil yang cantik. Di Macau kami singgah di beberapa pusat membeli belah antaranya Galaxy, Venetian dan Dream City. Kami makan malam di Spice Garden di Galaxy sebelum menonton pertunjukkan terkenal di Macau, Dancing Water. Setelah selesai pertunjukkan kami kembali semula ke Hong Kong.

Macau
Kota Sejarah Macau
Venetian Macau
Venetian Macau

Anak-anak gembira walaupun tidak singgah di Disney World dan Ocean Park kerana setiap hari penuh dengan aktiviti sehingga semua keletihan. Pengalaman Kembara Musafir Europe digunakan untuk membawa famili berjalan-jalan di negara orang.

101 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!