Melawat kompleks Piramid Giza di Kaherah Mesir

Apabila ternampak sahaja kelibat puncak Piramid Giza terus teringat ayat 9 surah Ar-Rum yang maksudnya :

Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, serta memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu lebih kuat daripada mereka sendiri dan orang-orang itu telah meneroka bumi serta memakmurkannya lebih daripada kemakmuran yang dilakukan oleh mereka dan orang-orang itu juga telah didatangi oleh Rasul-Rasulnya dengan membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (lalu mereka mendustakannya dan kesudahannya mereka dibinasakan). Dengan yang demikian, maka Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.

kompleks-piramid-giza-mesir

Memang belum ada perancangan untuk mengembara ke Mesir dalam masa terdekat untuk melawat tapak kesan peninggalan Firaun, manusia yang menentang ALLAH dan Nabi Musa a.s. Namun apabila anak dihantar ke Cairo Mesir untuk belajar bahasa arab dan ambil sanad Al Quran perancangan itu berubah.

Kini kami sudah berada di hadapan kompleks Piramid Giza. Memang sangat besar dan tinggi bukan satu tapi ada tiga piramid iaitu Piramid Khufu, Piramid Khafre dan Piramid Menkaure serta Great Sphinx of Giza.

piramid-giza-cairo

Bermain difikiran bagaimanalah manusia dulu membawa bongkah-bongkah batu besar disusun menjadi piramid sebegini besar dan tinggi.

Adakah firaun memaksa rakyatnya mengangkat satu persatu bongkah batu membina piramid atau mungkin ketika itu mereka mempunyai teknologi yang lebih maju dari teknologi zaman sekarang atau mungkinkah makluk asing yang datang membantu mereka membina piramid?

Ustaz Muhammad Naim Bin Sadoon uruskan tiket untuk kami masuk ke kompleks piramid giza. Harga untuk pelawat dewasa dan pelajar berbeza.

Kami meneroka kompleks piramid giza dari berbagai sudut. Berdiri di kaki piramid sudah terasa sangat tinggit piramid tersebut tidak terbayang bagaimana tingginya Tower Of Babel yang di bina oleh Firaun yang katanya ketinggian 2500 meter untuk melihat ALLAH yang didakwahkan oleh Nabi Musa a.s seperti Maksud surah Al-Qasas ayat 38:

piramid-firaun-mesir

“Dan Firaun pula berkata “wahai orang-orangku,aku tidak mengetahui ada bagi kamu sebarang tuhan yang lain daripadaku, oleh itu wahai Haman bakarkanlah bagiku batu-bata,serta binalah untukku bangunan yang tinggi supaya aku naik melihat Tuhan Musa (yang dikatakannya itu) dan sesungguhnya aku percaya adalah Musa dari orang-orang yang berdusta”.

Kalau ikut gambaran pelukis design tower of babel ini ada sikit macam design tower di tengah-tengah Bandar Malaysia yang bakal di bina. Mungkin kebetulan sahaja.

gtreat-sphinx-of-giza

Kepada kalian yang belum pernah sampai di Piramid Giza pasti tidak boleh membayangkan setinggi mana piramid itu walaupun sudah menonton filem Transformers 2 ketika optimus berlawan di puncak piramid. Jom saksikan video kami naik unta meneroka komples piramid dan lihat betapa tingginya piramid mencapai aras lebih 138 meter.

Sebelum meninggalkan kompleks piramid kami singgah di Great Sphinx of Giza. Semasa nak bergambar ada seorang lelaki tempatan offer tolong snapkan. Oleh kerana masa sangat suntuk maka kami terus beraksi sambil difotografikan oleh lelaki tersebut. Boleh tahan cantik juga hasil gambarnya. Abang hulur $50 sebagai upah tapi dia minta $100.

Ini video penuh kami meneroka piramid giza bukan untuk dikagumi tetapi mengutip pelajaran dari manusia yang mengaku tuhan melawan ALLAH akhirnya dibinasakan.

Amir Hassan
Blogger @ #kembaraDH

2 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!