Kembara Denaihati ke Wellington New Zealand

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, kami bergerak dari Rotorua ke Wellington setelah makan malam di Nando’s. Memang mencabar memandu lebih 600 km dalam suasa malam melalui state highway one. Paling rugi tak dapat melihat keindahan Tasik Toupo yang katanya keluasan sebesar Singapore.

Dalam sinar bulan penuh yang sangat cantik kami melalui kawasan padang pasir yang terpacak gunung Ruapehu sebuah gunung berapi yang tidak aktif. Kalau siang memang nampak saji meliputi puncak gunung Ruapehu.

Jam satu pagi selepas memandu lebih enam jam kami sampai di Boulcott Suites apartment tempat kami menginap dua malam di Wellington. Uniknya New Zealand selepas jam sembilan malam kaunter service sudah tutup dan kunci ditinggalkan di dalam peti surat. Kami bergotong royong membawa bagasi yang banyak ke apartment tiga tingkat yang telah disewa secara online.

20130528-095822.jpg

20130529-225005.jpg

20130529-225158.jpg

Selepas lebih dua jam di Dress Smart kami bergerak ke pelabuhan untuk beli tiket ferry ke Picton. Kemudian kami bergerak menuju lokasi nostalgia kepada sahabat kami Mohd Yusri iaitu Victoria Universiti. Beliau pernah belajar di sini pada tahun 1988 – 1991. Ini kali pertama beliau datang kembali sejak menamatkan pelajaran pada tahun 1991. Bagus juga idea melawat Universiti yang menjadi pendedahan kepada anak aku yang akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini. Berjalan dalam universiti merasai suasana sebenar membuatkan aku teringat pengalamaan belajar di UKM. Sempat bertemu beberapa orang pelajar Malaysia yang sedang menuntut antaranya Halim pelajar TESL tahun dua.

20130529-230034.jpg

20130529-230130.jpg

Di sebelah petang selepas makan tengah hari dan solat di bilik kami berjalan kaki di tengah bandar Wellington. Wellington tidaklah sesibuk Kuala Lumpur tetapi bersih dan teratur. Kami menaiki Cable Car ke puncak Botanic Garden untuk melihat pemandangan bandar Wellington yang sangat cantik.

20130529-230748.jpg

20130529-231038.jpg

20130529-231125.jpg

20130529-231329.jpg

20130529-231525.jpg

20130529-231631.jpg

20130529-231802.jpg

20130529-231929.jpg

Kami turun setelah lebih satu jam berposing di Wellington Botanic Garden. Walaupun jam baru menunjukkan 5 pm suasana Wellington dah semakin gelap, waktu maghrib masuk pada jam 5.05 pm dan isyak pada jam 6.40 pm. Kedai di Wellington dan hampir semua di New Zealand ditutup pada jam 6 pm tapi Yusri beritahu dulu masa beliau belajar lagi teruk jam 5 pm semua dah tutup.

Kami meneruskan berjalan kaki ke restoran Cinta Malaysia Kitchen yang terletak di tengah bandar Wellington antara beberapa restoran halal Wellington. David dan keluarga sahabat baik Yusri telah menunggu kami di restoran. Berada di dalam restoran Cinta Malaysia Kitchen terasa berada di Malaysia bukan sahaja kerana dekorasi tetapi majoriti pelanggan adalah dari Malaysia. Sempatlah kami berbual pendek dengan beberapa pelajar Malaysia yang juga makan di situ.

20130529-235143.jpg

20130529-235316.jpg

20130529-235401.jpg

20130529-235503.jpg

Berjalan seharian di Wellington benar-benar mengimbau nostalgia lama untuk Yusri yang pernah susah senang di sini selama empat tahun. Dapat menziarahi kembali universiti bersama keluarga dan makan di restoran yang biasa dijejaki semasa pelajar memang menyentuh hati.

Selesai makan kami pulang ke Bolcoutt Suite untuk berkemas dan berehat kerana esok perlu sampai awal di pelabuhan dan akan memandu jauh menuju Christchurch.


Spread the love

22 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!