Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kembara Denaihati ke Mauritius pada Januari 2019, 3 orang bujang 3.
Alhamdulillah dah landing Mauritius selepas duduk beku hampir 8 jam di dalam pesawat. Apabila sampai, banyak soalan di imigresen sebab tiga-tiga menggunakan pasport baru.
Walaupun semua dokumen booking hotel, sewa kereta dan tiket flight dah tunjuk. Pegawai imigresen tu macam tak percaya sahaja kami mampu bercuti di Mauritius atau mungkin dia risau kekacakan kami boleh memukau gadis-gadis Mauritius.
Jadi tipsnya di sini jangan lupa bila hendak travel, mesti cetak semua dokumen, jikalau gagap-gagap jawap soalan memang susah. Silap-silap haribulan kena hantar balik, melepaslah semuanya.
Jangan lupa selain doa naik kenderaan dan doa musafir amalkan juga solat musafir dua rakaat, baca dua ayat akhir surah At taubah insyallah semuanya akan lancar.
Kereta sewa pun sudah ambil, jadi masa nak ke hotel untuk berehat. Pemandu terkejut bila isi minyak kereta seliter RM5.95.
Masjid pun banyak juga di Mauritius ini, cuma masjid buka waktu solat sahaja. Ada masjid Jummah, Al Aqsa mosque, Aisha Masjid, Al Waadi Masjid dan beberapa lagi.
Banyak juga outlet makanan halal di Mauritius ni. Jadi jangan risau kepada yang muslim untuk menikmati makanan halal. Komuniti Islam pun ramai buat bisnis di sini sama macam kat South Africa.
Waktu pagi, nikmati sarapan lontong seafood by master chef Mohd Yusri Surip. Perancangan untuk membawa makanan daripada Malaysia pun mesti ada. Pilih yang mudah di bawa dan dimasak ke tempat kita travel tu nanti.
Sebelah petang semalam cuaca tak berapa bagus hujan kejap turun kejap berhenti. Pusing-pusing di bandar Port Louis dan lepak kat Le Caudan Waterfront lepas tu pergi Bagatelle Mall (mall terbesar di Mauritius).
Waktu petang pula walaupun hujan, gagah juga pergi pantai Flic En Flac Beach. Memang cantik pemandangan di sini. Waktu malam agak sunyi, kita boleh makan malam pula di Zub Express – Mauritius
Hujan tak berhenti beberapa ketika. Kami mulakan kembara menuju ke Seven Coloured Earths, Charamel, Mauritius lebih kurang 36 km dari apartment. The seven coloured earth adalah fenomena semula jadi dan tarikan pelancong yang terkenal. Warna berubah melalui penukaran lava basalt kepada mineral tanah liat.
Ia adalah kawasan pasir yang terdiri daripada pasir tujuh warna yang berbeza ( anggaran warna merah, coklat, ungu, hijau, biru, ungu dan kuning).
Kemudian kami singgah ke Charamel Waterfall, Black River, Mauritius
Hujan masih tak berhenti lagi. Tapi waktu singkat yang ada perlu dimanfaatkan seberapa baik bila kembara ke tempat yang jarang pergi ini.
Jom lihat video-video yang sempat rakam di beberapa tempat di Mauritius.
Setelah berehat semalaman, dari Seven coloured earth kami bergerak menuju ke Utara Mauritius lebih kurang 100 km. Katanya banyak pantai yang cantik-cantik.
Kami singgah kat Pantai Mon Choisy lepas tu pergi Blue Safari dan Grand Baie. Semua sunyi sebab ada warning dari kementerian, maka semua aktiviti pantai kena stop sebab angin kuat dan hujan.
Akhirnya dapat juga naik Cruise tengok sunset kat Grand Baie
Video Sunset menaiki Cruise di Grand Baie, Mauritius
Alhamdulillah, dapat juga pusing-pusing di sekitar Mauritius sebelum meneruskan perjalanan ke Airport Johannesburg, Afrika Selatan. Musim cuti, ada yang nak pergi bercuti dan dapatkan harga murah diskaun lebih 60% pun ada, boleh ke hotel.denai.my
Denaihati.com
Travel Blogger
Kembara tajaan Abuain Cookies
5 Comments
terima Kasih sudah di share. artikel nya sangat lah menarik salam dari grosir gamis murah bekasi indonesia.
Sementara masih sihat dan bertenaga, bolehlah berjalan menengok alam ciptaan tuhan. Lagi pula hasil dari bisnes, buat apa simpan-simpan. Gunakan sebaik-baik.
Curahan rasa ayba @ ..Bisnes Di Ebay Belum 2 Tahun Tapi Sudah Kumpul RM145,291!
bestnya travel ber3. bila travel bujang macam2 boleh explore kan. dan juga boleh me time untuk rilekskan diri daripada rutin harian.
Curahan rasa sharmien @ ..Skater Malaysia yang Pertama Sertai Pure Performance Team Shaklee
Mauritus terkenal dengan alam semulajadinya. Memang perlancongan adalah antara sumber utama ekonomi negara. Tokoh-tokoh dengan nama besar pun banyak bercuti ke sini.
Curahan rasa ahmadyani @ ..23 Perkara Yang Dilakukan Oleh CEO D’Apple Semasa Bisnesnya Jatuh Teruk!
Comments are closed.