Assalamualaikum dan salam 1Dunia, perjalanan kembara musafir europe diteruskan ke destinasi baru lebih 500km meninggalkan Kota Romantis Venice. Belum puas menikmati keindahan Venice tetapi perjalanan mesti diteruskan. Perjalan kali ini lebih mencabar melalui highway dicelah bukit bukau dengan laluan yang curam serta melalui berpuluh-puluh terowong.
Kami berhenti rehat di hentian untuk makan tengahari. Dalam perjalanan kami sempat juga singgah di Valdiciana Brand Outlet Village selepas terlepas pandang Design Outlet Village sebelumnya kerana tak ada signboard masuk. Itu bestnya kembara dengan memandu kereta kerana dapat singgah di branded outlet yang kebanyakan dibina di tepi highway.
Alhamdulillah setelah berada di dalam Skoda lebih 5 jam akhirnya kami sampai di Roma. Perkara pertama yang terlintas dalam minda patutlah syarikat kereta sewa Europcar tidak benarkan kami bawa MPV. Rome bandar yang sibuk dan susah nak cari parking jadi kebanyakan penduduk menggunakan kereta mini yang comel lote.
Kami menetap di homestay di sebuah kodominium yang terletak di depan stesen bus dan berhampiran dengan subway. Terdapat juga kedai pizza halal jadi mudahlah untuk kami makan. Jangan risau di Rome ada berpuluh-puluh restauran halal dan ada beberapa buat masjid. Semua informasi boleh diperolehi melalui aplikasi Zabihah.
Setelah berehat sebentar kami terus ke pusat bandar Rome menaiki metro. Gambaran pertama kami agak negatif Rome tidak sebersih Frunkfurt, Prague, Cesky Krumlov, Vienna dan Venice. Subway nampak uzur, dinding penuh dengan contengan dan ramai pendatang yang berkeliaran. Ramai menasihatkan kami berhati-hati terutama dalam subway.
Kami turun di hentian utama dan keluar dengan bingung tanpa peta. Sedang berjalan mundar mandir memikirkan mana nak pergi tiba-tiba aku tersepak peta yang entah datang dari mana. Setelah menunggu seketika tiada yang ambil maka aku pun ambil mungkin Allah beri untuk bantu kami. Dengan peta mudahlah kami menuju ke Colosseum. Tak sempurna lawatan ke Rome kalau melawat Colosseum dan tapak besar tamadun Europe. Kami sampai Colosseum agak lewat jadi tak berapa ramai pelancong yang ada cuma yang ramai mat bangla yang mengejar pelancong untuk menjual cenderahati, rasanya macam tidak sesuai je. Selepas melawat Colosseum sambil menikmati sunset kami membeli cenderahati di kedai berhampiran dan terus pulang menaiki metro untuk berehat.
Hari kedua kami mengelilingi tapak sejarah tamadun Rom dengan menaiki bas city tour. Ramai sungguh pelancong yang datang daripada berbagai negara memang meriah berbanding semalam. Melihat kesan-kesan sejarah dengan bagunan-bagunan yang besar dan unik dengan senibina yang indah membuktikan tamadun Rom sangat hebat. Segala kehebatan hancur musnah akibat kerakusan pemerintah yang lebih mementingkan kekuasan daripada rakyat.
Setelah penat kami menaiki metro menuju ke Indian Halal Restauran untuk menikmati makan tengahari. Kami terserempak dengan 4 wanita Malaysia yang mengembara dari Rome, Barcelona, Paris dan London. Minta kebenaran nak snap gambar mereka untuk masuk blog tapi salah seorang tidak benarkan jadi aku batalkan je lah niat. Memang ramai terserempak dengan pelancong Indonesia dan Malaysia di Rome tidak seperti di bandar-bandar lain yang telah kami jejaki sebelum ini.
Untuk pelancong yang kaki shopping Rome adalah salah satu tempatnya. Berbagai outlet dengan berbagai jenama yang terkenal dan jenama yang tidak pernah dengan pun ada. Kami pun tumpang cuci mata sambil shopping ole-ole untuk keluarga.
Setelah menyelusuri kota Rome kami pun bergegas balik menaiki metro sebab dah janji nak pick up kunci kereta sebelum jam 7.30 pm. Kami sibuk mengemas barang kerana awal pagi 3.30 am kami akan ke Ciampino Airport, airport tambang murah Ryanair untuk ke destinasi seterusnya. Ryanair ni lain macam sikit hanya benarkan 20kg untuk bagasi dan 10kg untuk onboard. Walaupun dah beli extra kg kami terpaksa mengubahsuai dua kali isi beg kerana rupanya extra kg mesti dalam beg berasingan. Sibuk angkat beg yang berat sehingga tersentaklah urat pinggang.
Akhir kami berpisah dengan Skoda yang telah memberi khidmat penuh cemerlang mengembara dari Frankfurt, Prague, Cesky Krumlov, Vienna, Venice dan Rome. Alhamdulillah dengan izin Allah tiada kerosakan dan tiada kemalangan sepanjang kembara musafir bersama skoda melebihi 2000 km. Selamat tinggal Europe kami terbang ke Frankfurt transit sehari dan ke Doha transit 2 jam sebelum landing di KLIA. Syukur Allah permudahkan semua dan semuga lancar baki perjalanan kami.
225 Comments
Alhamdulillah. Jauh perjalanan kali ni. Next adventure tu helo-helo lah ye…
tak pernah lagi merasa pergi Europe…mudah-mudahan satu hari nanti impian akan terlaksana… Amiinnn…
Yang pertama semestinyalah Negara Dua Tanah Haram…
InsyaALLAH…
Curahan rasa Pendekar @ ..Tutorial Blog : Cara Nak Buat AutoResize Gambar Pada Entri Atau Widgets
Selalu baca tentang sejarah EUROPE, dari zaman gelap, renaissance sehinggalah revolusi oleh Napoleon Bonaparte, kejatuhan rom, kejatuhan constantinople, dan macam-macam lagi sejarah peradaban bangsa eropah…
Curahan rasa Pendekar @ ..Tutorial Blog : Cara Nak Buat AutoResize Gambar Pada Entri Atau Widgets
Itulah padahnya apabila membaca dijadikan sebagai satu hobi yang sukar untuk dikikis dari diri sendiri…
Curahan rasa Pendekar @ ..Tutorial Blog : Cara Nak Buat AutoResize Gambar Pada Entri Atau Widgets
kebaikannya, kita mampu memperolehi ilmu pengetahuan yang tak pernah kita sangka…
Curahan rasa Pendekar @ ..Tutorial Blog : Cara Nak Buat AutoResize Gambar Pada Entri Atau Widgets
sehinggakan kadang kala kita merasakan bahawa ilmu yang kita perolehi ini sedikit cuma…
dan sudah pasti segala ilmu itu walaupun tidak ternai namun tidak dapat mengatasi pengalaman yang berharga yang dinikmati oleh bro DH dan rakan-rakan di Eropah….
Curahan rasa Pendekar @ ..Tutorial Blog : Cara Nak Buat AutoResize Gambar Pada Entri Atau Widgets
wow, memang best la dapat pergi tempatx2 nie..ade sikit envy pulak skrang :p
Curahan rasa Warren @ ..Panda Bears Symbolise Close Malaysia-China Ties, Cute!
Pastilah senang rasanya jika menjadi salah satu bagian dari kembara ini.
Curahan rasa Mas Gie @ ..Pengumuman Pemenang Kontes Betwin188.com Agen Bola Terbaik Dukung Anti Rasisme EURO 2012
Akan banyak pengalaman menarik di negeri orang yang indah.
Curahan rasa Mas Gie @ ..Pengumuman Pemenang Kontes Betwin188.com Agen Bola Terbaik Dukung Anti Rasisme EURO 2012
Semoga saja suatu hari nanti saya bisa menjelajah jauh ke negeri orang di luar sana, amin…
Curahan rasa Mas Gie @ ..Pengumuman Pemenang Kontes Betwin188.com Agen Bola Terbaik Dukung Anti Rasisme EURO 2012
Lihat gambarnya dan juga fotonya bagus-bagus Italy yah
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Askep Malaria
Dari gambarnya aja udah bagus apalagi kalo aslinya bro..pingin aj nech
Curahan rasa Mas Gie @ ..Pengumuman Pemenang Kontes Betwin188.com Agen Bola Terbaik Dukung Anti Rasisme EURO 2012
Senangnya bisa bepergian ke Italy…
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Pemeriksaan Kesehatan Jantung
Kapan kira2 bisa berangkat kesana bro,
Curahan rasa Mas Gie @ ..Pengumuman Pemenang Kontes Betwin188.com Agen Bola Terbaik Dukung Anti Rasisme EURO 2012
tak bosan dengan gambar2 yang dishare bro DH
Curahan rasa Dadan @ ..Dapat Ilmu Backlink dari Denaihati
kembara yang benar-benar dahsat !
Curahan rasa Dadan @ ..Dapat Ilmu Backlink dari Denaihati
…salam dan khabar baik DenaiHati. pertama kali pendapat dlm blog denaihati. syukur alhamdullilah dan sangat teruja, kembara Denaihati keluar negara. saya terus setia bersama blog denaihati, bagi menambah pengetahuan saya. terima kaseh banyak banyak Muhamad Ilham
denaihati .. seronoknya , pasang impian melalui blog jadi lah ..
Curahan rasa puanbee @ ..Aku Menagis
foto-fotonya keren banget..
Curahan rasa arkhananta weblog @ ..Album Terbaru Maher Zain Forgive Me
semoga denai hati sentiasa bersemanagt k!
Curahan rasa semudah itu @ ..12 RAHSIA DATO’ SITI NURHALIZA
subhanallah….semoga dibuku kebaikan malaikat tertulis stumpuk amaliah nya !
Curahan rasa tricajus @ ..Obat Tradisional Asam Urat
Comments are closed.