Kembara Denaihati ke Frankfurt German

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, setelah terbang selama 8 jam dari Doha, Qatar dengan Qatar Airways akhir buat pertama kali menjejaki kaki di bumi Frankfurt, German. Disambut dengan cuaca yang agak dingin tepat jam 7.00 am waktu tempatan.

Baru sampai Airport Frankfurt, German

Keluar je pesawat sudah ditanya dengan berbagai soalan oleh polis yang memeriksa pasport semua penumpang. Di imigresen sekali lagi dihujani dengan berbagai soalan tapi alhamdulillah dengan semua dokumen perjalanan, salinan booking hotel, sewa kereta dan tiket kapal terbang balik semua soalan dapat dijawab dengan baik. Pengajarannya kalau nak kembara ke europe untuk yang pertama kali pasti semua dokumen perjalanan disimpan dalam satu fail supaya nampak teratur dan mudah apabila ditanya.

Nak keluar selepas mengambil bagasi sekali lagi kami dihujani dengan berbagai soalan dari kastam sehingga terpaksa buka dompet tunjuk duit euro. Biasalah ni ujian kecil orang Islam kembara di negara bukan Islam.

Kami landing di terminal satu Fankfurt Airport jadi perlu naik bas ke terminal dua untuk mengambil kereta sewa yang telah ditempah secara online. Ada train untuk ke terminal dua tapi kami memilih naik bas sebab malas nak tolak beg.

Nak sewa kereta satu lagi hal. Semasa survey dari Malaysia dimaklumkan hanya pemandu utama perlukan lesen memandu antrabangsa dan yang lain hanya perlu lesen memandu Malaysia untuk jadi co-driver tapi sampai kat sini tak boleh pulak. Kami dah tunjukan syarat tersebut yang tertulis di agreement tapi kerani Europcar Rental tak nak terima jadi tak nak kecoh-kecoh terima je lah seadanya. Sampai di kereta kami dapati kereta sewa yang dibagi lebih kecil dari yang telah dibooking, member kata ni susah takut tak muat nak sumbat barang shopping. Naik semula ke kaunter nak tukar tapi tak boleh sebab kereta sewa yang besar tak boleh masuk Italy. Jadi kami kena terima dan adjust mana yang boleh.

iPad baru yang telah di install GPS Tom Tom menjadi sangat penting untuk membantu menunjuk arah kembara musafir kami. Arah pertama yang kami tuju adalah Homestay yang telah dibooking secara online di Hausener Weg (nak terkehil lidah menyebutnya). Setelah memandu lebih kurang 20minit dengan bantuan GPS iPad baru kami pun sampai tempat tujuan tapi malang tak boleh nak checkin sebab masih ada penyewa.

Sementara nak check in kami cari pasaraya untuk beli barang keperluan. Selepas beli barang keperluan dan sarapan pagi bekalan nasi impit dan rendang kami bergerak ke sebuah bandar kecil Offenbach. Tak sangka pulak ramai sungguh kominiti Islam disini sebab bukan sorang yang kami terserempak tapi berpuluh-puluh wanita bertudung yang kami jumpa.

Tepat jam 1.00pm kami check in di apartment, simple je tapi kemas dan teratur. Selepas solat Zuhur kami bergerak ke Frankfurt menaiki train. Poning juga kepala nak memahamkan bahasa German untuk beli tiket. Punyalah kelakar bila train sampai kami berdiri kat pintu tak terbuka pulak terpaksa lari kepintu lain. Bila dah masuk baru tahu nak buka pintu kena tekan button kalau tunggu sampai besok pun tak terbuka pintu train tu. Lagi satu punyalah bersusah payah beli tiket tapi tak ada orang check pun. Hebatlah kepercayaan dan tanggungjawab orang German ni kalau kat Malaysia ramai yang naik tak beli tiket tu.

Frankfurt memang bandar yang menarik, tidak terlalu sibuk, ramai yang pemboceng basikal dan syurga kepada pengejar barangan berjenama seperi LV, Hermes, Gucci dan lain-lain. Ada juga produk yang diminati tapi tunggu nak survey kat bandar lain dulu, lagi pun perjalanan masih jauh lagi.

Perut dah lapar tapi cari restauran halal di Frankfurt tak jumpa jadi kami ambil keputusan balik ke apartment dan masak. Semua dah ada tugas disediakan, ada yang memandu, tukang samak peralatan memasak, tukang masak dan tukang basuh pinggan mangkuk. Selepas makan lauk sambal telur dan sayur goreng semua lena kepenatan. Maaf tak ada gambar sambal telur sebab dah kelaparan sampai terlupa nak snap gambar. Banyak lagi gambar tapi lain kali akan update entri ini.


Spread the love

151 Comments

  1. kembara di bumi Allah swt, pastinya dapat meningkatkan keimanan kita kepada yang Maha Esa…yang memberi ilham kepada manusia mencipta pelbagai teknologi agar kisah dan citra menarik dapat dikongsi di seluruh alam maya hanya dengan satu ‘click’. Allahuakbar.
    Curahan rasa jun cupcakekasih @ ..Amboi…..MeriahnyaMy Profile

    1. saya tak bayangkan kepenatan tetapi bayangkan kepuasan dan keseronokkan yg mereka dapat. Kepenatan pasti akan hilang kerana mereka tentu bgitu truja dengan kindahan kota Jerman…
      Curahan rasa Nana @ ..Keong RacunMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!