Kembara Denaihati ke Doha Qatar

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, tempat persinggahan pertama Kembara Musafir kami adalah Doha ibu negara Qatar negara kecil yang mempunyai lebih kurang 1.6 juta populasi penduduk. Qatar bakal menjadi tuah rumah Piala Dunia FIFA 2022 mempunyai kemudahan sukan yang lengkap dan menganjurkan banyak pertandingan yang bertahap dunia.

Jalan-jalan di Cultural village Doha

Dalam cuaca yang agak panas mencecah 39 darjah celcius kami telah dibawa melawat berbagai tempat sekitar Doha. Kampung budaya yang terletak bersebelahan Pusat Konvensyen Doha menjadi pusat kesenian dengan berbagai aktiviti kesenian. Antara yang menarik adalah Coliseum dimana banyak aktiviti kesenian dijalankan seperti persembahan nyayian dan teater.

Antara binaan yang menarik di Cultural Village Doha

Antara binaan yang unik di Kampung Budaya Doha adalah menara burung merpati dimana beribu-ribu burung merpati membuat sarang di dalam menara yang disediakan lubang. Kalau di Malaysia lebih kurang rumah burung walit.

Jalan-jalan di Souq Qatar

Jika nak membeli belah cenderahati dengan harga berpatutan tempat paaling sesuai adalah Souq Qatar yang terletak di bandar lama. Berbagai barang dijual di sini dan sekiranya kepenatan bolehlah singgah minum di berbagai cafe yang terdapat di sini.

Pusat Equestrian Qatar

Kami sempat juga dibawa ke Pusat Equestrian Qatar dimana beribu kuda dilatih sehingga menjadi juara dunia dalam berbagai pertandingan kuda. Pertama kali dapat menyentuh kuda dan berbagai rahsia kuda dapat kami pelajari tapi kesian semua kuda jantan telah dikasi.

Financial Center Doha

Melihat pusat kewangan Doha teringat kepada kota Dubai. Kerajaan Qatar merancang untuk membina 300 bagunan pencakar langit dan 100 buah sudah siap. Pembangunan berjalan dengan pesat dengan berbagai bentuk bagunan mengikut konsep modern yang unik.

Porto Arabia Doha

Kami dibawa berjalan-jalan di Porto Arabia tempat persinggahan kapal-kapal mewah dengan berbagai saiz. Kalaulah ada satu mesti best pergi memancing bersama-sama Rakan Denaihati yang kaki pancing.

The Pearl Doha

Disebelah Porto Arabia tersergam indah The Pearl iatu gabungan pasaraya barang-barang yang berjenama dan tempat kediaman yang satu-satunya properti yang boleh dimiliki oleh warga asing.

Banyak lagi tempat-tempat menarik di Doha yang tidak sempat kami lawati. Kami terpaksa bergegas balik untuk persiapan menyambung perjalanan Kembara Musafir terbang ke destinasi baru. Insyallah kami akan sekali lagi transit di Doha dalam perjalanan pulang setelah selesai Kembara Musafir. Semuga banyak ilmu baru dapat diperlajari sepanjang Kembara Musafir ini.


Spread the love

147 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!