Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, sudah berdekad lamanya terniat untuk menjejaki kaki kebumi Aceh terutama selepas bencana besar tsunami. Namun walaupun niat hati sangat kuat tetapi belum digerak ALLAH untuk melihat bumi yang subur dengan perjuangan Islam. Alhamdulillah dengan izin ALLAH akhirnya dapat juga menjejaki kaki ke Banda Aceh membawa misi bisnis persahabatan untuk membantu sahabat bisnis dan beberapa Madrasah Tahfiz.
Setiba di Bandara Sultan Iskandar Muda dengan pernerbangan pertama Airasia aku disambut oleh Abi Ilham ustaz Madrasah Tahfiz Sulaimaniyyah (MTS) Aceh. Itulah indahnya persahabatan kemana sahaja aku jejaki sudah ada yang menunggu walaupun sebenarnya itu kali pertama aku bertemu Abi Ilham. Abi Ilham dari Turki sudah lebih empat tahun mengajar di Aceh dan sangat fasih berbahasa Indonesia. Aku terus dibawa ke Hotel Nanggroe bertemu dengan lebih tiga puluh ikhwan MTS Aceh untuk program review bisnis bersama Tn Hj Masrukhin dan Bro Eizil.
Dalam perjalanan daripada lapangan terbang ke hotel lebih kurang 30 minit mata aku tercari-cari kesan tsunami Aceh dan gempa bumi besar 2012 yang pernah menggegar dunia. Tidak jauh daripada bandara terdapat sebuah monumen tsunami yang katanya disitu lebih 40 ribu mayat ditemui sehingga terpaksa menggunakan jentolak untuk menguruskan jenazah. Walaupun sudah lebih 10 tahun bencana tsunami berlalu pembangunan semula Banda Aceh masih belum sempurna. Semua sukarelawan daripada berbagai negara yang membantu membangunkan Aceh sudah membubarkan program mereka.
Setelah selesai majlis review bisnis persahabtan untuk membantu ikhwan MTS Aceh menjana pendapatan kedua untuk membantu aktiviti MTS, sebelah petangnya aku dibawa oleh Pak Yusri pusing-pusing Banda Aceh melihat kesan Tsunami. Antara lokasi yang kami jejaki adalah Makam Syiah Kuala yang terletak di pinggir laut tetapi tidak tersentuh oleh ombak tsunami. Aku juga dibawa ke Masjid Raya Baiturrahman dan beberapa masjid lain yang telah menyelamatkan banyak nyawa yang berlindung di dalamnya ketika tsunami mengganas.
Aku juga dibawa tapak boat yang tersangkut di rumah seorang penduduk setelah dihanyutkan ombak tsunami jauh 5 km ke daratan. Selain daripada itu aku juga melihat kapal laut sepanjang 100 meter yang dihanyutkan ombak tsunami dan kini dijadikan muzium tanda peringatan kepada yang masih hidup. Namun begitu setelah sepuluh tahun peristiwa pahit tsunami berlalu, manusia semakin lupa sehingga masjid-masjid semakin kosong terutama waktu suboh. Kami menginap di Hotel Oasis yang dari luar kelihatan biasa-biasa tetapi di dalamnya sangat cantik dekorasi dan landskapnya. Di sebelah malam setelah menjamu selera di restoran makanan laut kami menerima kunjungan sahabat-sahabat untuk berbincang projek bisnis persahabatan lebih lanjut.
Walaupun lawatan ke Aceh hanya sehari semalam ianya sangat terkesan. Insyaa Allah akan ada lawatan kali kedua, ketiga dan seterusnya untuk membantu sahabat Aceh membina ekonomi persahabatn baru bersama Jemaah Bisnis Denaihati. Tangan yang menghulur mesti dibantu bersungguh-sungguh kerana misi Jemaah Bisnis Denaihati adalah melahirkan seramai mungkin usahawan yang berjaya di Nusantara. Semuga ALLAH permudahkan perjuangan ini ketika ekonomi dunia sangat tidak menentu.
149 Comments
menarik. teringin nak ke aceh suatu hari nanti untuk tengok sendiri kesan tinggalan ombak tsunami
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Kelebihan dan Kekurangan Kamera Aksi GoPro Hero 4 Silver
Bagus team DHN ke sana untuk jalinan bisnes perniagaan. buat JV dengan rakan dan saudara di sana memang bagus.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Pengalaman Berjaya 2015
Jalinan bisnes yang bagus merentasi sempadan negara. Satu peluang yang perlu diterokai untuk kebaikan bersama-sama.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Pengalaman Berjaya 2015
Acheh yang kena badai tsunami teruk pon merangkak2 juga nak bangun semula…ini badai kalo hentam malaysia tanah tumpahnya darahku taktau aa nak cakap…
Yang kena tempias suam2 kat darul naim pon belum settle2 lagi…siap beraya dalam khemah jek…
Jom sama-sama kita amalkan doa ini utk bermohon kepadanya…. :
“Ya Allah, saya memohon kepada-Mu ampunan dan keselamatan di dunia dan akhirat. Ya Allah, saya memohon kepada-Mu ampunan dan keselamatan dalam urusan dunia dan akhiratku, untuk keluargaku dan hartaku.
Ya Allah, tutupilah aib-aibku, berilah rasa aman kepada lubuk hatiku, jagalah saya dari arah depan saya, arah belakang saya, arah kanan saya, arah kiri saya dan arah atas saya, dan saya berlindung kepada-Mu dari dibunuh dari arah bawah saya.”
Curahan rasa si bongkok @ ..Aksi Menarik Final Piala Malaysia 2015 Kedah vs Selangor Dari Lensa HQ
Betul tu… Secara jujurnya saya sangat mengkagumi orang Jepun… Mereka dah beberapa kali terkena Bencana Alam…Tapi mereka mempunyai semangat yang cukup tinggi untuk bangkit semula….
Curahan rasa Anuar @ ..Perbezaan Passive Income Vs Active Income melalui Blog : Persediaan menghadapi Cabaran Ekonomi 2016
Doa yang bagus unutk di amalkan. Kena selalu berdoa unutk kebaikan kita dan umat ini juga.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Pengalaman Berjaya 2015
Banyak rupanya peninggalan Tsunami di Aceh…. Pastinya kejadian tersebut akan diingati oleh rakyat Tsunami sehingga ke akhir hayat…
Curahan rasa Anuar @ ..HASIL selepas TIRU Strategi Pemasaran Air Asia.. (Terbukti Berkesan!!)
Banyak kenanag buat mereka semua. Apa pun ada hikmah yang perlu kita fikirkan bersama di sebaik kejadian ini.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Pengalaman Berjaya 2015
Minggu pagi, 26 Desember 2004, menjadi catatan sejarah kelam musibah di Indonesia. Namun saat ini, Masyarakat Aceh sudah bangkit dari keterpurukan.
Curahan rasa Koperasi Simpan Pinjam @ ..Syarat, Ketentuan dan Cara Daftar BPJS Online
Semoga mereka dapat bangkit dengan jayanya. Kena jaga pentah Allah SWT juga agar Allah jaga bumi aceh dan penduduk disana.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Pengalaman Berjaya 2015
nampak brader eizil dok2 urut urut, team DH jual minyak ke? hoho
Curahan rasa nikkhazami @ ..Bil Bercetak TM Dicaj RM5 Mulai 2016
haahlah… baru perasan.. Cekap betul mata nikkhazami… Nak kena tunggu tuan Denaihati jawab ni…
Curahan rasa Anuar @ ..HASIL selepas TIRU Strategi Pemasaran Air Asia.. (Terbukti Berkesan!!)
Yang ni sampingan aje. Rehatkan badan bila penat berjalan-jalan di sana tengok kesan tsunami.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Pengalaman Berjaya 2015
sapa sangka tempat yg dulu di timpa musibah sekarang jadi tempat cari rezeki
Curahan rasa nikkhazami @ ..Bil Bercetak TM Dicaj RM5 Mulai 2016
Ya… Setiap musibah yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya… Hanya Allah yang maha mengetahui …
Curahan rasa Anuar @ ..HASIL selepas TIRU Strategi Pemasaran Air Asia.. (Terbukti Berkesan!!)
Peluang ada di mana-mana sahaja bagi yang rajin berusaha. Usaha tangga kejayaan dan akan dapat hasilnya.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Pengalaman Berjaya 2015
Banda Aceh yang dulunya lumpuh akibat tsunami kini bangkit membangun membina jati diri semula
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Pengambilan Vitamin E, Zink dan Multivitamin diambil Serentak?
Bila baca kisah dan gambar-gambar tentang Aceh yang diceritakan di blog ini… rasa teruja pula saya dibuatnya… rasa teringin nak pergi ke sana..
Curahan rasa Anuar @ ..HASIL selepas TIRU Strategi Pemasaran Air Asia.. (Terbukti Berkesan!!)
Harapnya macam tu. Kembali bangkit dengan sinar Islam seperti dahulu. Bumi tempat agama boleh tersebar.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Pengalaman Berjaya 2015
Orang Indonesia ni memang peramah juga seperti kita kan…
itu lah serumpun
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Pengambilan Vitamin E, Zink dan Multivitamin diambil Serentak?
Ya… Kita memang serumpun… Ramai orang Malaysia yang atuk dan nenek mereka berasal dari Jawa dan Indonesia…. Termasuk juga saya..
Curahan rasa Anuar @ ..HASIL selepas TIRU Strategi Pemasaran Air Asia.. (Terbukti Berkesan!!)
Mereka peramah dan senang nak berbicara sebab bahasa lebih kurang sama. Jadi tak ada masalah sangat.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Pengalaman Berjaya 2015
Setiapa apa yang berlaku.. pasti ada sebabnya… Dia tak menurunkan sesuatu ujian itu mengikut kemampuan seseorang….
Curahan rasa supernifzvitamin @ ..#ProjekBegSekolah
Allah sangat menyanyangi hambaNya sehingga diuji dengan ujian yang berat begitu
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Pengambilan Vitamin E, Zink dan Multivitamin diambil Serentak?
Betul tu.Allah bagi ujian sebab Allah tahu orang sana mampu hadapi ujian ini.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Pengalaman Berjaya 2015
Betapa dahsyat kesan tsunami tu sehingga sekarang pun masih ada sisanya kan..namun rakyat Aceh sangat cepat ‘bangun’ dari musibah tu
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Manfaat Halia yang Menakjubkan untuk Kesihatan
Semoga mereka-mereka ini tak mudah patah semangat dengan musibah yang melanda…
Curahan rasa supernifzvitamin @ ..#ProjekBegSekolah
Berada di tempat yang hebat dan sidampingi insan2 yang hebat, pasti akan menghasilkan sesuatu yg mengujakan…
Curahan rasa supernifzvitamin @ ..#ProjekBegSekolah
Betul, kerana itulah kita perlu sentiasa bersahabat dengan mereka yang boleh membawa kita kepada kebaikan.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Kenali Perubahan Kulit Ibu Ketika Hamil~
Bersahabat dengan mereka yang pernah ditimpa kesusahan macam ni memang banyak iktibar dan teladannya…
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Manfaat Halia yang Menakjubkan untuk Kesihatan
Sebabnya bila kita di timpa sesuatu masalah… baru lah kita boleh tersedar dari di buai mimpi yg indah…
Curahan rasa supernifzvitamin @ ..#ProjekBegSekolah
Tak sangka cepat sungguh Aceh membangun selepas ditimpa ujian besar tsunami kan…
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Manfaat Halia yang Menakjubkan untuk Kesihatan
Itu semua berkat kesepakatam sesama mereka… semoga mereka terus membangun….
Curahan rasa supernifzvitamin @ ..#ProjekBegSekolah
Malaysia dan indonesia satu rumpun. Kunjungan ke aceh mempererat persaudaraan .Allah swt punya rencana buat kita dengan memberikan bencana sunami .
Curahan rasa anoref @ ..Pelabuhan pengganti cilamaya
Berbisnes sambil menajalinkan persahabatan dua dalam satu. Semoga bertambah jaya buat team DH.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Benda Macam Ni Pun Kena GST
Memang pandai bro DH n menjalinkan ukhwah, sudah pastinya apa yg dia inpikan akan tercapai.
Curahan rasa supernifzvitamin @ ..#ProjekBegSekolah
Team DH ni rajin sungguh meneroka pasaran luar, sambil berbisnes sambil memanjangkan silaturrahim
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Manfaat Halia yang Menakjubkan untuk Kesihatan
Comments are closed.