Aceh jejak tsunami dan bisnis persahabatan

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, sudah berdekad lamanya terniat untuk menjejaki kaki kebumi Aceh terutama selepas bencana besar tsunami. Namun walaupun niat hati sangat kuat tetapi belum digerak ALLAH untuk melihat bumi yang subur dengan perjuangan Islam. Alhamdulillah dengan izin ALLAH akhirnya dapat juga menjejaki kaki ke Banda Aceh membawa misi bisnis persahabatan untuk membantu sahabat bisnis dan beberapa Madrasah Tahfiz.

Bandara Internasional Sultan Iskandar Muda

Setiba di Bandara Sultan Iskandar Muda dengan pernerbangan pertama Airasia aku disambut oleh Abi Ilham ustaz Madrasah Tahfiz Sulaimaniyyah (MTS) Aceh. Itulah indahnya persahabatan kemana sahaja aku jejaki sudah ada yang menunggu walaupun sebenarnya itu kali pertama aku bertemu Abi Ilham. Abi Ilham dari Turki sudah lebih empat tahun mengajar di Aceh dan sangat fasih berbahasa Indonesia. Aku terus dibawa ke Hotel Nanggroe bertemu dengan lebih tiga puluh ikhwan MTS Aceh untuk program review bisnis bersama Tn Hj Masrukhin dan Bro Eizil.

ikhwan MTS Aceh

Dalam perjalanan daripada lapangan terbang ke hotel lebih kurang 30 minit mata aku tercari-cari kesan tsunami Aceh dan gempa bumi besar 2012 yang pernah menggegar dunia. Tidak jauh daripada bandara terdapat sebuah monumen tsunami yang katanya disitu lebih 40 ribu mayat ditemui sehingga terpaksa menggunakan jentolak untuk menguruskan jenazah. Walaupun sudah lebih 10 tahun bencana tsunami berlalu pembangunan semula Banda Aceh masih belum sempurna. Semua sukarelawan daripada berbagai negara yang membantu membangunkan Aceh sudah membubarkan program mereka.

perahu kesan tsunami aceh

Setelah selesai majlis review bisnis persahabtan untuk membantu ikhwan MTS Aceh menjana pendapatan kedua untuk membantu aktiviti MTS, sebelah petangnya aku dibawa oleh Pak Yusri pusing-pusing Banda Aceh melihat kesan Tsunami. Antara lokasi yang kami jejaki adalah Makam Syiah Kuala yang terletak di pinggir laut tetapi tidak tersentuh oleh ombak tsunami. Aku juga dibawa ke Masjid Raya Baiturrahman dan beberapa masjid lain yang telah menyelamatkan banyak nyawa yang berlindung di dalamnya ketika tsunami mengganas.

kesan tsunami aceh

Aku juga dibawa tapak boat yang tersangkut di rumah seorang penduduk setelah dihanyutkan ombak tsunami jauh 5 km ke daratan. Selain daripada itu aku juga melihat kapal laut sepanjang 100 meter yang dihanyutkan ombak tsunami dan kini dijadikan muzium tanda peringatan kepada yang masih hidup. Namun begitu setelah sepuluh tahun peristiwa pahit tsunami berlalu, manusia semakin lupa sehingga masjid-masjid semakin kosong terutama waktu suboh. Kami menginap di Hotel Oasis yang dari luar kelihatan biasa-biasa tetapi di dalamnya sangat cantik dekorasi dan landskapnya. Di sebelah malam setelah menjamu selera di restoran makanan laut kami menerima kunjungan sahabat-sahabat untuk berbincang projek bisnis persahabatan lebih lanjut.

Jemaah Bisnis Denaihati Aceh

Walaupun lawatan ke Aceh hanya sehari semalam ianya sangat terkesan. Insyaa Allah akan ada lawatan kali kedua, ketiga dan seterusnya untuk membantu sahabat Aceh membina ekonomi persahabatn baru bersama Jemaah Bisnis Denaihati. Tangan yang menghulur mesti dibantu bersungguh-sungguh kerana misi Jemaah Bisnis Denaihati adalah melahirkan seramai mungkin usahawan yang berjaya di Nusantara. Semuga ALLAH permudahkan perjuangan ini ketika ekonomi dunia sangat tidak menentu.

Nota : Baca juga artikel menarik di bawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.


Spread the love

149 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!