Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, ketika aku menulis ini ada rasa sebak dan marah pada diri sendiri kerana selalu mencari alasan untuk menyalahkan orang lain. Aku sibuk marah apabila kena GST dan bayar lebih untuk tol sehingga sumpah seranah walaupun bajet 2016 banyak sangat yang aku dapat dari memberi kepada negara. Aku sibuk buat status yang tidak berfaedah sedangkan aku tidak sanggup berubah untuk mengubah ekonomi keluarga yang semakin sempit. Aku manusia yang tidak pernah bersyukur dengan pemberian ALLAH melalui tangan-tangan lain tetapi sentiasa merungut setiap saat.
Melihat sahabat ku yang entah bila aku kenali blogger Kembara Rayyan Haries sahaja sudah aku tidak terlawan. Rayyan Haries penulis jemputan di blog Kembara Denai.my seorang bukan sahaja berbadan besar tetapi berjiwa besar membantu manusia seluruh dunia. Bermula membantu mangsa ribut di Filipina bukan dua tiga hari tetapi berbulan-bulan buatkan aku tabik hormat kepada beliau. Beliau sempat beberapa bulan di India membantu sekolah serta merasai gegaran gempa bumi lebih 8.0 magnitude di Nepal ketika mambantu mangsa gempa. Kemudian ke Jepun buat kerja amal dengan NGO di sana lebih dua bulan.
Hari ini, di waktu ini Rayyan Haries sedang berada di Greece membantu pendatang Syria yang cuba masuk ke Eropah lari dari kezaliman manusia di tahan air sendiri. Sering kali air mata ku tumpah apabila membaca status sahabat ku yang hebat ini Rayyan Haries. Sesekali kami berbual menggunakan FB msg bertanya kabar. Ini antara tulisan beliau :
Looking back at my journey now, I still can’t believe that I’m living in #Greece now and volunteering for the #refugeecrisis. Thank you Malaysia Airlines for being a part of this life-changing journey; knowing that I have a part of#Malaysia supporting what I do with #TheVolunteerCookGreece powered me to go on, every single day. Terima Kasih #MAB! #RayyanInGreece
UPDATED: Everyone from that boat is safe! Allah…. Just saw a boat sinking and people jumping into the water to swim to shore. I can’t do anything and it’s heartbreaking! People are there to help them… Hopefully they all make it out safely!
Dear everyone, For the past three days, the weather has been terrible; cold-freezing-rain pouring, storm and rough seas. Us, #TheVolunteerCook team had to shut down operation because we have an outdoor kitchen without any roof. We are in dire need of big camping gazebo/ or big tent so that we can continue serving hot tea and warm soup to all the refugees arriving at Skala Skamnias shore. If you know people on Lesvos that has one to donate to us, or people outside of Lesvos want to purchase it for us, I will be extremely grateful. Your help will help us serve better. Food for everybody!
I somehow managed to injured myself yesterday without realizing it until 3am this morning when I got viciously woken up to excruciating pain. The pain was coming from both my feet and I couldn’t even stand on it. One of it is clearly swollen, with almost blue-black bruise on it. Like how is this possible? I was completely alright before I went to bed! I do need to get the soup and tea going though…. Can somehow do a quick healing for me?
Aku hanya membaca berita pelarian Syria di dada-dada akhbar, di status FB serta twitter dan menonton siaran berita CNN dan Astroawani. Rayyan Haries merasai sendiri jerih perih pelarian tersebut yang lalu lalang depan mata setiap hari. Kan aku dan Rayyan berbeza.
Kepada yang tidak kenal siapa Rayyan Haries boleh baca sedikit biodata Rayyan Haries seorang anak muda yang boleh mengubah cara fikir kita kepada kehidupan. Aku usahkan nak membantu pelarian Syria, mangsa taufan di Filipina dan magsa gempa besar di Nepal, nak mengubah diri untuk diri sendiri dan keluarga pun pengecut. Semuga ALLAH beri kekuatan kepada diri aku untuk berubah dan berhijrah daripada manusia lemah yang sentiasa mengharap bantuan kepada manusia yang suka memberi bukan sahaja wang ringgit tetapi masa dan tenaga untuk manafaat seluruh alam seperti blogger Rayyan Haries.
Kepada yang nak menghulur bantuan membantu memberi makan pelarian Syria sila bank in duit anda ke akaun MBB Denaihati Resources 562834616817 dan email ke [email protected] dengan tag “bantuan Syria”. Rayyan Haries adalah top blogger Malaysia yang sebenar tidak mengejar kepopularan tetapi berusaha mencapai setiap cita-cita tinggi membantu manusia sejagat. Ini adalah tulisan kedua cerita Rayyan Haries dan sebelum ini entri bertajuk “Adakah orang Malaysia pengecut“. Bro I will always support u.
170 Comments
Sungguh bisa dijadikan contoh apa yang dilakukan rayyan haries ini ..semoga kita bisa seprti dia ..
Curahan rasa Oyong Ilham @ ..Cara Mengatasi Hati Yang Galau Secara Islami –
Bagus brader Rayyan ni. Usaha macam ni harus dicontohi. Memang murni sungguh hatinya.
Curahan rasa Pembekal Kain Cotton @ ..Kain Cotton Matching (275)
memang susah nak cari orang macam beliau kan? Mungkin satu dalam seribu atau sepuluh ribu, baru kita boleh jumpa orang macam ni…
Curahan rasa Anuar @ ..HASIL selepas TIRU Strategi Pemasaran Air Asia.. (Terbukti Berkesan!!)
ramai nak jadi macam rayyan ni tapi tak ramai yang berjiwa kental seperti rayyan ni..
Curahan rasa JMR @ ..Anda rasa pakej fotografi mahal?
betul tu… Terutamanya bila yang dah berkeluarga…. Rasa sayang nak tinggalkan keluarga…
Curahan rasa Anuar @ ..HASIL selepas TIRU Strategi Pemasaran Air Asia.. (Terbukti Berkesan!!)
Sememangnya patut di beri tabik hormat buat insan yang sangat berjiwa besar ini…
Curahan rasa supernifzvitamin @ ..#ProjekBegSekolah
semoga makin anak muda kita berjiwa kental dan semangat tinggi macam Rayyan ni kan
Curahan rasa JMR @ ..Anda rasa pakej fotografi mahal?
Sekarang pun dah mula banjir di pantai timur. Moga tiada lagi banjir besar seperti tahun lepas.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Kisah Pak Cik Teksi : Bila Kita Renungi Kesusahan Orang Lain ~
Harap2nya tak lah seteruk yg baru2 ini. Kesian yang menanggunya. Rasenya sampai sekarang masih terasa lagi…
Curahan rasa supernifzvitamin @ ..#ProjekBegSekolah
Sungguh suatu abdi yang sangat mengagumkan, semoga dapat berlanjut membantu dalam misi kemanusiaan. Salam sukses
Curahan rasa hengki @ ..10 Contoh Pertanyaan Interview Kerja dan Jawabannya
Wajah beliau pun penuh dengan keceriaan.Bukan senang nak buat macam ni.
Curahan rasa ugffusion @ ..Isu Lowyat : “Made in China”
Aaah penuh ceria, penuh kegembiraan bila dapat membantu orang lain yang dalam kesusahan.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Kisah Pak Cik Teksi : Bila Kita Renungi Kesusahan Orang Lain ~
Bila kita dpt buat apa yg hati kita nak buat, ia akan tergambar di wajah kita.
Curahan rasa supernifzvitamin @ ..#ProjekBegSekolah
Banyak boleh belajar dengan blogger rayyan ini. Bukan senang nak buat macam ni.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..2 Tips Mudah Buat Duit Dengan Jobdirumah
Tak ramai yang sanggup ke luar negara untuk membantu mereka yang memerlukan. Sukarelawan di dalam negara ramai ~
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Kisah Pak Cik Teksi : Bila Kita Renungi Kesusahan Orang Lain ~
Salah satu sebabnya rasenya kurang duit poket kot. Bukan murah nak kesana.. nak kena ada perbelanjaan yg kukuh barulah boleh ke sana.
Curahan rasa supernifzvitamin @ ..#ProjekBegSekolah
Betul tuh.. kita boleh terus mengikuti perkembangan saudara rayyan ini… semoga ia dapat menjadikan pembakar semangat…
Curahan rasa supernifzvitamin @ ..#ProjekBegSekolah
kesian dekat pelarian syria sana merempat di negeri orang lain semata mata berperang dengan syiah lahanat
Betul tu. Semoga dijadikan pengajaran buat diri kita dan umat Islam di tempat kita juga.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..2 Tips Mudah Buat Duit Dengan Jobdirumah
Harap jauhkan perkara sebegini terjadi di Malaysia. Takut sangat dengan perkara sebegini.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Kisah Pak Cik Teksi : Bila Kita Renungi Kesusahan Orang Lain ~
Betul tuh… harap2 sesgt negara kita tak macam nih… tak sanggup rasanya n…
Curahan rasa supernifzvitamin @ ..#ProjekBegSekolah
semoga usaha beliau diberkati oleh Allah taala bukan sng nak g sana berjihad
Curahan rasa azli @ ..Membekal Mesin Fotostat & Alatganti
Amin. Betul tu. Bukan senang nak jadi seperti blogger rayyan ni. Pergi sana rasai sendiri suasananya.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..2 Tips Mudah Buat Duit Dengan Jobdirumah
Harap2 ramai lagi lah yang berhati mulia seperti saudara Rayyan n ini…
Curahan rasa supernifzvitamin @ ..#ProjekBegSekolah
Ada terbaca kisah rayyan haries ni dalam laman berita terkenal, Mashable pagi tadi. Bangga jap. mashable.com/2015/11/07/refugee-volunteering-greece-food/
Curahan rasa nikkhazami @ ..Cara Terbaik Tingkatkan Trafik Blog
Bagusnya beliau kan.sangat berhati mulia dan berjiwa kental untuk membantu insan lain tanpa melihat pada rupa, bangsa dan agama
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Kebaikan dan Manfaat Minum Air Lemon Setiap Pagi Untuk Kesihatan
Keikhlasan beliau dalam menjalankan tanggungjawab membantu insan2 yang memerlukan sangat2lah membanggakan…
Curahan rasa supernifzvitamin @ ..#ProjekBegSekolah
harap lepas ni ramai lagi belia yg sanggup buat kerja amal mcm rayyan haries
Curahan rasa nikkhazami @ ..Cara Terbaik Tingkatkan Trafik Blog
Itu la kan, tak semua yang saggup tinggalkan kehidupan sekarang untuk membantu mangsa macam ni
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Kebaikan dan Manfaat Minum Air Lemon Setiap Pagi Untuk Kesihatan
Comments are closed.