Kembara New Zealand impian jadi kenyataan

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, masih ingat lagi setahun yang lepas Denaihati bersama Rakan Kembara telah mengembara musafir di lima buah negara Europe selama tiga belas hari. Kepada yang belum baca kembara kami sila klik SINI. Tahun ini kami sekali lagi kami akan mengembara ke Selatan Dunia, New Zealand, negara yang menjadi idaman sekian lama. Denaihati, Mohd Yusri, Hj Khanafi dan rakan baru Hj Zainal bersama keluarga akan mengembara memandu selama sepuluh hari melihat dan menyaksikan keindahan dunia ciptaan ALLAH SWT dalam cuaca yang semakin sejuk.

kembara New Zealand dari klia

Insuran pengembaran musafir New Zealand kami di taja oleh CS Holidays Sdn Bhd sebuah syarikat pelancungan yang menyediakan berbagai perkhidmatan seperti tempahan umrah, pembelian tiket pesawat, tempahan hotel dan pelancungan muslim. Kami juga akan ditemani dengan gadget seperti Samsung Galaxy Camera hadiah dari Al Ansar Properties dan berbagai gadget kepunyaan sendiri seperti iPhone 5, Nikon Digital Camera D3200, Samsung Galaxy S4, Samsung Galaxy Note 2 dan iPad Mini. Juga tak lupa bekalan Minda Aktif dari mandaaktif.com dan Habbatus Sauda dari Saudacare.com. Kepada Travel Agen yang sudi nak menaja sila DM FB Denaihati.

kembara New Zealand bersama Yusri

Pengembaraan musafir kami bermula dari rumah seawal jam 4.30 am pada 24/5/2013 bergerak ke KLIA untuk check in dan akan terbang pada jam 8.45 am menaiki Malaysia Airlines (MAS). Semuga ALLAH SWT mempermudahkan perjalanan pergi dan balik kami dan semuga kembara ini menjadi asbab meningkatnya iman dan taqwa kami dalam menempuh kehidupan akhir zaman yang semakin mencabar. Insya Allah kami akan berkongsi pengalaman melalui entri blog, Facebook, Twitter dan Instagram jadi kepada yang belum follow jom follow.

20130524-231439.jpg

20130524-231525.jpg

Alhamdulillah setelah terbang lebih sembilan jam akhirnya pesawar MAS mendarat di Auckland International Airport tepat jam 10.25 pm waktu tempatan, empat jam lebih awal dari waktu Malaysia. Syukur bertahun-tahun menyimpan niat untuk mengembara di New Zealand akhirnya tercapai bukan sendiri tapi bersama keluarga. Sedih juga terpaksa meninggalkan anak ketiga abang Haziq di Madrasah An Nuur tetapi tuntutan pelajaran lebih penting.

Auckland International Airport

20130524-232218.jpg

20130524-232315.jpg

Melalui pemeriksaan bagasi yang sangat ketat almaklum New Zealand tak benarkan pelancung bawa masuk buah-buahan segar, daging, tenusu, madu dan kulit binatang. Alhamdulillah semua lancar setakat biskut dan mee segera bekalan kami tak ada masalah. Di luar Kami disambuat oleh abang Gulam dan tuan punya Mesra Homestay, abang Aziz.

20130525-000246.jpg

20130525-004904.jpg

Cuaca Auckland boleh tahan sejuk cecah 11 darjah celcious dan kabarnya akan cecah 2 darjah celcious di Selatan New Zealand. Kami bergerak ke Mesra Homestay kepunyaan Abang Aziz lebih kurang 20 minit dari Airport.

20130525-005725.jpg

20130525-012034.jpg

20130525-012147.jpg

Kepada Rakan Blogger yg nak mengembara di Auckland bolehlah contact Abang Aziz dan Isteri yang menguruskan Mesra Homestay. Nak tahu detail boleh lawat http://mesrahomestay.co.nz atau boleh email [email protected]. Kepada yang stay hotel tapi nak makanan halal Auckland boleh juga contact abang Aziz 0064-21-031-3698

20130525-022337.jpg

Masa untuk berehat kerana esok pagi-pagi nak pergi ambil van sewa untuk suatu perjalanan yang jauh memandu sendiri ke Rotorua antara lokasi pelancongan menarik di New Zealand dengan perkampungan Hobbit dan sebagainya.


Spread the love

45 Comments

  1. MasyaAllah… kenapalah tak terjumpa artickel ni terlebih dahulu. Saya baru jer balik dari New Zealand (Auckland dan Wellington). Sekiranya terjumpa artickel ini mungkin boleh membantu dari segi tempahan tempat tinggal. Sememangnya Negeri Kiwi ini mmg terlalu indah untuk dikenang.. InsyaAllah… ingin kesana lagi..

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!