Kembara Denaihati ke Venice, Italy

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, perjalanan Vienna, Austria menuju ke Venice, Italy paling mencabar berbanding perjalanan sebelum ini. Meninggalkan Vienna awal pagi setelah sarapan pagi dengan berbagai fikiran menuju ke sebuah bandar yang disebut-sebut oleh pelancong satu dunia. Perjalanan sejauh lebih 600 km melalui bukit bukau dan perpuluh-puluh terowong memang mengasyikkan tetapi hujan lebat sangat mencabar untuk memandu. Pemandangan indah Austria dan Italy memang sangat berbeza.

kembara musafir venice italy

Memasuki sempadan Italy kami dihidangkan dengan pemandangan gunung ganang dan lokasi gelunsur salji ketika musim sejuk. Keletihan menyebabkan kami berhenti beberapa kali dan berhenti juga untuk makan tengahari. Kali ini stering kereta Skoda bertukar tangan dua pemandu.

Kami sampai di homestay Villa Co”Doro yang terletak di pinggir Venice lebih kurang jam 4.00 pm. Setelah check in dan merehatkan badan sebentar kami dah tak sabar-sabar nak melihat Kota Romatik penuh dengan terusan. Pada awalnya kami sangkakan perlu menaiki feri untuk menyeberang ke Venice. Informasi yang kami perolehi dari Mak Cik Tom Tom GPS rupanya ada jambatan terus ke Venice. Pening juga kepala mula-mula sampai tak tahu mana nak parking kereta tapi akhirnya kami parking kereta di parkir bertingkat.

kembara musafir venice italy

Kali pertama melihat Kota Venice memang kagum. Kota berumur ratusan tahun yang mempunyai ratusan terusan dipenuhi ribuan pelancong dari berbagai negara. Ada tiga pilihan untuk meneroka Kota Romatis Venice iaitu dengan boat, keretapi dan berjalan kaki. Kami memilih berjalan kaki menyelusuri terusan dan bagunan-bagunan lama yang sudah beratus tahun usiannya. Tidak betul kalau ada pengunjung yang kata terusan di Venice ini kotor seperti yang dimaklumkan kepada kami sebelum ini.

kembara musafir venice italy

Dalam kesibukan kami berjalan menyelusuri Venice sambil menikmati keindahannya tiba-tiba kami terjumpa kedai pizza halal. Apa lagi terus je lah order nak merasa nkmat pizza dari negara asal Italy. Memang tidak sangka nak jumpa restauran halal di Venice bukan satu tapi dua pulak tu. Tapi janganlah mengharap hidangan nasi campur yang pasti pilihan pizza memang sedap sehingga menjilat jari. Jalan punya jalan akhirnya kami sudah berada jauh sehingga tak tahu jalan nak balik. Dua tiga kalilah bertanya tetapi masih tidak jumpa jalan balik. Muka masing-masing dah stress. Alhamdulillah akhirnya kami terjumpa juga platform untuk naik boat.

kembara musafir venice italy

Hari kedua di Venice selepas sarapan kami pergi ke Veneto Design Outlet kira-kira 40 km daripada homestay kami. Memang banyak pilihan dengan harga kilang yang sangat berpatutan dan ditambah sedikit diskaun. Kami pulang melalui jalan kampung untuk melihat keindahan pemandangan kampung dan ladang di Italy. Untuk ke Venice pelancong boleh sampai dengan menaiki kapal terbang menuju ke Airport Marco Polo. Pelancong juga boleh ke Venice dari Rome dan Milan dengan menaiki keretapi laju.

kembara musafir venice italy

Di sebelah petang hari kedua di Venice kami menyambung menikmati keindahan Kota Romatis. Hari kedua sudah mahir kami terus menuju San Marco menggunakan tiket boat 24 jam yang kami beli semalam. Selain shopping berang-barang cenderahati tujuan utama kami adalah ingin menaiki Gondola. Orang kata kalau melancong di Venice tak naik gondola kita tak sempurnalah lawatan tersebut. Kami diberi penerangan tentang sejarah Venice dan paling menarik kami ditunjukkan rumah asal Marco Polo. Kenal ke siapa itu Marco Polo?

kembara musafir venice italy

Memang tidak pernah terfikir akan menjejakkan kaki di Venice dan insyallah ini bukan kali terakhir. Teringin juga naik gondola bersama isteri barulah romantis.


Spread the love

272 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!