Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, sudah berdekad lamanya terniat untuk menjejaki kaki kebumi Aceh terutama selepas bencana besar tsunami. Namun walaupun niat hati sangat kuat tetapi belum digerak ALLAH untuk melihat bumi yang subur dengan perjuangan Islam. Alhamdulillah dengan izin ALLAH akhirnya dapat juga menjejaki kaki ke Banda Aceh membawa misi bisnis persahabatan untuk membantu sahabat bisnis dan beberapa Madrasah Tahfiz.
Setiba di Bandara Sultan Iskandar Muda dengan pernerbangan pertama Airasia aku disambut oleh Abi Ilham ustaz Madrasah Tahfiz Sulaimaniyyah (MTS) Aceh. Itulah indahnya persahabatan kemana sahaja aku jejaki sudah ada yang menunggu walaupun sebenarnya itu kali pertama aku bertemu Abi Ilham. Abi Ilham dari Turki sudah lebih empat tahun mengajar di Aceh dan sangat fasih berbahasa Indonesia. Aku terus dibawa ke Hotel Nanggroe bertemu dengan lebih tiga puluh ikhwan MTS Aceh untuk program review bisnis bersama Tn Hj Masrukhin dan Bro Eizil.
Dalam perjalanan daripada lapangan terbang ke hotel lebih kurang 30 minit mata aku tercari-cari kesan tsunami Aceh dan gempa bumi besar 2012 yang pernah menggegar dunia. Tidak jauh daripada bandara terdapat sebuah monumen tsunami yang katanya disitu lebih 40 ribu mayat ditemui sehingga terpaksa menggunakan jentolak untuk menguruskan jenazah. Walaupun sudah lebih 10 tahun bencana tsunami berlalu pembangunan semula Banda Aceh masih belum sempurna. Semua sukarelawan daripada berbagai negara yang membantu membangunkan Aceh sudah membubarkan program mereka.
Setelah selesai majlis review bisnis persahabtan untuk membantu ikhwan MTS Aceh menjana pendapatan kedua untuk membantu aktiviti MTS, sebelah petangnya aku dibawa oleh Pak Yusri pusing-pusing Banda Aceh melihat kesan Tsunami. Antara lokasi yang kami jejaki adalah Makam Syiah Kuala yang terletak di pinggir laut tetapi tidak tersentuh oleh ombak tsunami. Aku juga dibawa ke Masjid Raya Baiturrahman dan beberapa masjid lain yang telah menyelamatkan banyak nyawa yang berlindung di dalamnya ketika tsunami mengganas.
Aku juga dibawa tapak boat yang tersangkut di rumah seorang penduduk setelah dihanyutkan ombak tsunami jauh 5 km ke daratan. Selain daripada itu aku juga melihat kapal laut sepanjang 100 meter yang dihanyutkan ombak tsunami dan kini dijadikan muzium tanda peringatan kepada yang masih hidup. Namun begitu setelah sepuluh tahun peristiwa pahit tsunami berlalu, manusia semakin lupa sehingga masjid-masjid semakin kosong terutama waktu suboh. Kami menginap di Hotel Oasis yang dari luar kelihatan biasa-biasa tetapi di dalamnya sangat cantik dekorasi dan landskapnya. Di sebelah malam setelah menjamu selera di restoran makanan laut kami menerima kunjungan sahabat-sahabat untuk berbincang projek bisnis persahabatan lebih lanjut.
Walaupun lawatan ke Aceh hanya sehari semalam ianya sangat terkesan. Insyaa Allah akan ada lawatan kali kedua, ketiga dan seterusnya untuk membantu sahabat Aceh membina ekonomi persahabatn baru bersama Jemaah Bisnis Denaihati. Tangan yang menghulur mesti dibantu bersungguh-sungguh kerana misi Jemaah Bisnis Denaihati adalah melahirkan seramai mungkin usahawan yang berjaya di Nusantara. Semuga ALLAH permudahkan perjuangan ini ketika ekonomi dunia sangat tidak menentu.
149 Comments
semakin banyak pembangunan yang dilakukan. semoga rakyat aceh dpt menerusjan kerja seharian dgn baik
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fakta Menarik Filem James Bond – Spectre
Nikkhazami: Nampaknya banyak usaha yang perlu dilakukan, disebabkan banya kemudahan dan fasiliti yang musnah. Hasil masyul juga turut terjejas. Ambil masa juga tu untuk membina semula.
Curahan rasa Sani @ ..10 Sebab Anda Kena Dapatkan Kedai Online Amazon Dengan Nichify!
Mudah-mudahan begitu. Namun kenangan dilanda tsunami pasti terpahat di jiwa mereka sampai bila-bila.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Kisah Oste – Vitamin Kalsium Yang Paling Mudah Diserap Oleh Badan
Saya pun harap semuanya berjalan lancar dan banyak kemudahan dan fasiliti dapat dibangunkan kembali.
Curahan rasa Sani @ ..10 Sebab Anda Kena Dapatkan Kedai Online Amazon Dengan Nichify!
Saya tabik hormat buat team Denaihati dapat melakukan bisnes di sana, sudah pasti E-Qurban adalah salah satu bisnes yang boleh dilakukan di sana.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Bina Kedai Online Amazon Dapat Income USD
Selain daripada itu mungkin ada bisnes berjemaah yang lain yang mungkin boleh dikembangkan kesan…
Curahan rasa Sani @ ..10 Sebab Anda Kena Dapatkan Kedai Online Amazon Dengan Nichify!
Bines merentasi sempadan. Inilah yang kita harap harapkan. Good Luck denaihati.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Kisah Oste – Vitamin Kalsium Yang Paling Mudah Diserap Oleh Badan
Banyak sungguh idea bro DH nih kan, murni sungguh semuanya, saling bantu membantu.
Curahan rasa SuperNifz @ ..Risiko Kolesterol Tinggi
Denaihati pasti nampak peluang bisnes yang boleh mereka lakukan, satu penghormatan kepada team denaihati dapat menterokai peluang bisnes di sana.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Bina Kedai Online Amazon Dapat Income USD
Betul tu, harapnya ramai lagi yang dapat berbuat demikian untuk membantu saudara kita disana sambil kembangkan bisnes untuk manafaat bersama.
Curahan rasa Sani @ ..10 Sebab Anda Kena Dapatkan Kedai Online Amazon Dengan Nichify!
DH memang pandai mencari peluang yang ada, tak tunggu lama.. terus di kaupnya tuh…
Curahan rasa SuperNifz @ ..Risiko Kolesterol Tinggi
Saya doakan agar peluang bisnes yang ada boleh diterokai oleh team Denaihati dan juga rakyat Malaysia yang lain.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Bina Kedai Online Amazon Dapat Income USD
Harap ramai lagi rakyat Malaysia melihata pasaran yang boleh diterokai di sana dan sama sama mendapat manafaatnya.
Curahan rasa Sani @ ..10 Sebab Anda Kena Dapatkan Kedai Online Amazon Dengan Nichify!
Memang nak kena g sana & tengok apa yang boleh di bisnesskan kat sana nih,.
Curahan rasa SuperNifz @ ..Risiko Kolesterol Tinggi
Tahniah dan terbaik la denaihati kerana berjaya melebarkan sayap bisnes ke Acheh…selepas ini semakin berkembang maju nampaknya..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Amora.my Bagi Peluang Jadi Affiliater
Saya pun ingin mengucapkan tahniah kepada team Denaihati dapat meluaskan empayar di luar negara, lebih lagi di bandar Acheh yang kita tahu ditimpa tsunami.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Bina Kedai Online Amazon Dapat Income USD
Pastinya ada banyak peluang bisnes di sana. Sama sama kita terokai. Rakyat di sana juga khabarnya menerima baik rakyat Malaysia.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Kisah Oste – Vitamin Kalsium Yang Paling Mudah Diserap Oleh Badan
Moga team Denaihati terus maju dalam membantu saudara seislam dalam jihad ekonomi yang seharusnya membantu muslimin ammnya.
Curahan rasa Sani @ ..10 Sebab Anda Kena Dapatkan Kedai Online Amazon Dengan Nichify!
Melalui DH nih lah sayang banyak mendapat info-info yang terkini. memang bagus sungguh DH nih…
Curahan rasa SuperNifz @ ..Risiko Kolesterol Tinggi
bisnes DH semakin berkembang ke indonesia. bisnes iklas utk bantu ummah pasti akan berjaya
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Kau Aku Kita di Tv3
semoga team DH mampu melebarkan sayap di indonesia. nampaknya bisnes semakin berkembang.!
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Kau Aku Kita di Tv3
Peluang untuk team Denaihati meluaskan peluang bisnes semakin cerah, bukan setakat di Acheh, mungkin juga ke negara lain pula.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Bina Kedai Online Amazon Dapat Income USD
Betul tu banyak lagi tempat tempat lain di Indonesia yang boleh diterokai dan dikembangkan lagi bisnes di sana.
Curahan rasa Sani @ ..Bekas Chef Restoran Ternama Tinggalkan Kerja 5 Bintang dengan Buat Benda Ini!
walaupun dah banyak perubahan dilakukan namun rkyat aceh pasti sukar utk melupakan detik hitam itu
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Kau Aku Kita di Tv3
Memang betul….walaupun banda Aceh dah semakin pesat membangun tetapi kesan Tsunami pasti tidak dapat dilupakan oleh rakyat mereka.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Bina Kedai Online Amazon Dapat Income USD
siapa yg boleh lupa akan bencana dasyat ni. malaysia turut terjejas. namun aceh paling teruk
Curahan rasa nikkhazami @ ..Cara Mendapatkan Diskaun Ketika Shopping Online
Bukan setakat rakyat Aceh saja, malahan seluruh dunia dapat mengetahui bertapa dahsyatnya tragedi Tsunami yang terjadi pada tahun 2012 lalu.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Bina Kedai Online Amazon Dapat Income USD
Untuk sesetangah orang mungkin ia menjadi trauma kepada mereka untuk seumur hidup, contohnya anak yang kehilangan ibu bapanya.
Curahan rasa Sani @ ..10 Sebab Anda Kena Dapatkan Kedai Online Amazon Dengan Nichify!
dah banyak perubahan yang dilakukan selepas ache dilanda tsunami bertahun lalu
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Kau Aku Kita di Tv3
Memang nampak perubahannya tu. Cuma masih lagi ditinggalkan beberapa kesan tsunami untuk jadi tugu peringatan..
Curahan rasa Sani @ ..10 Sebab Anda Kena Dapatkan Kedai Online Amazon Dengan Nichify!
Semoga Bandar Acheh terus pesat membangun. Diharap tiada lagi tsunami yang berlaku.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Bina Kedai Online Amazon Dapat Income USD
Dengan adanya ushaawan yang membantu masyarakat aceh , Insyallah ia akan membangun dengan pesatnya..
Curahan rasa Sani @ ..10 Sebab Anda Kena Dapatkan Kedai Online Amazon Dengan Nichify!
40,000 orang yang terkorban semasa tsunami, satu jumlah yang ramai. Kita doakan agar roh mereka dicucuri rahmat.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Bina Kedai Online Amazon Dapat Income USD
setiap kali membaca artikel tentang tsunami atau kesan tsunami mesti meremang bulu roma.. entah kenapa macam terbayang suasana masa tu. teringat kanak kanak & orang tua.. Sesungguhnya insaf jugak. Semoga Aceh akan terus membangun & maju
Curahan rasa lekatlekit @ ..AWAS! HANYA UNTUK BACAAN ORANG YANG MASIH BUJANG
Nak berbisnes kena cari peluang di merata-rata tempat, bukan hanya tertumpu di Malaysia saje.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Bina Kedai Online Amazon Dapat Income USD
Suria lekat lekit, lepas kejadian tu ramai yang insaf dan ambil iktibar. Tapi mengikut catatan diatas, makin kurang pula jemaah masjid diwaktu subuhnya. Moga Allah swt pelihara kita.
Curahan rasa Sani @ ..10 Sebab Anda Kena Dapatkan Kedai Online Amazon Dengan Nichify!
Semoga team Denaihati sukses di sana. Banyak peluang bisnes boleh diterokai di sana.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Bina Kedai Online Amazon Dapat Income USD
Saya doakan juga kejayaan team Denaihati supaya terus maju dan berjaya dalam bisnes mereka.
Curahan rasa Sani @ ..10 Sebab Anda Kena Dapatkan Kedai Online Amazon Dengan Nichify!
Dengan tragedi tsunami di Acheh rasa hati sedih dan sayu. Kini Aceh dah berubah wajah.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Bina Kedai Online Amazon Dapat Income USD
Ramai masih lagi terasa kesan dari Tsunami tersebut. Ramai yang kehilangan, dengan korban lebih dari 40,000 tu. Moga Allah swt berikan mereka hati yang tabah untuk meneruskan kehidupan.
Curahan rasa Sani @ ..10 Sebab Anda Kena Dapatkan Kedai Online Amazon Dengan Nichify!
Masih boleh dilihat lagi kesan tsunami yang lalu untuk menjadi peringatan kepada yang masih hidup.
Curahan rasa Sani @ ..10 Sebab Anda Kena Dapatkan Kedai Online Amazon Dengan Nichify!
Yalah kesan peristiwa tsunami pasti dapat dilihat sana-sini. Ramai rakyat Acheh yang mengenangkan akan trajedi yang sedih ini.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Bina Kedai Online Amazon Dapat Income USD
Tsunami juga menunjuk akan kekuasaan Allah Taala dan menguji manusia bahawa sentiasa tidak lupa akan NYA.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Bina Kedai Online Amazon Dapat Income USD
Atau pun ia suatu peringatan untuk kita semua, sama seperti kaum yang Allah swt musnahkan disebabkan keingkaran mereka. Moga Allah swt jauhkan kita dari musibaj itu.
Curahan rasa Sani @ ..10 Sebab Anda Kena Dapatkan Kedai Online Amazon Dengan Nichify!
Comments are closed.