Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, setahun cepat sangat berlalu dan kita bakal meninggalkan 2014 yang penuh dengan kejadian yang tidak terduga. Terlalu banyak yang telah berlaku sepanjang 2014 dan berikut sedikit perkongsian sebagai diary yang terindah dalam kenangan sepanjang 2014.
1. Kembara Palestine
Kenangan menjejaki kaki di makam-makam Rasul dan Majis Al Aqsa ke bumi Palestine bagaikan mimpi menjadi kenyataan yang belum tentu dapat diulang lagi kerana suasana politik Palestine sudah sangat banyak berubah. Insyaa Allah kisah Kembara Palestine akan dibukukan suatu hari nanti.
2. MSMW best micro blog
Alhamdulilah rezeki apabila Majlis Sosial Media Malaysia telah memilih Instagram Denaihati pemenang anugerah Best Micro Blog 2014. Alhamdulillah ini anugerah ke empat yang diterima oleh Denaihati.
3. Sepetang Bersama Blogger 2014
Alhamdulilah SBB2014 kali ini lebih besar dan lebih meriah dengan kehadiran blogger dan penaja yang pelbagai. Lokasi baru di Saloma Bistro juga menjadi majlis kali ini melekat di hati. Ada koleksi video SBB2014 untuk tatapan semua.
4. Kehilangan MH370 tak siapa yang tahu
Serentak di hari majlis SBB2014 dunia dikejutkan dengan kehilangan pesawat MH370 yang sehingga sekarang masih belum ditemukan.
[box type=”shadow”]Sponsor Ads
Nak buat duit dengan blog? Nak tahu asas cara? Klik Sini
Jana Duit Tanpa Modal. Hanya perlukan kemahiran untuk dapatkan duit. Klik Sini
Panduan Lengkap buat duit dengan Facebook. Klik Sini[/box]
5. Buku Denaihati
Alhamdulillah dengan izin Allah tercapai juga cita-cita mencetak buku Denaihati yang mengumpulkan tulisan-tulisan menarik blog Denaihati sepanjang berblog. Kepada yang nak membeli buku Denaihati bolehlah singgah di Kedai Denaihati.
6. Fatin Liyana top blogger Denaihati
Blogger Fatin Liyana terus menjadi keywords carian blogger paling popular di blog Denaihati. Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja carian keywords Fatin Liyana yang singgah. Selain keywords Fatin Liyana banyak lagi keywords lain yang sering singgah di blog Denaihati nak tahu jom terjah entri “carian paling popular 2014“.
7. Kembara Turki
Kembara yang tidak dirancang tetapi telah membuka berbagai ruang kerjasama. Kembara Turki diusahakan oleh Hj Masruken partner eQurban membawa menjelajah berbelas Madrasah Tahfiz Sulaimaniyyah di Turki membuka mata hati. Jiwa orang Turki memang besar kerana mereka pernah menguasai 1/3 dunia.
8. Arsenal juara FA Cup 2014
Pasukan kesayangan Arsenal berjaya menjulang Piala FA 2014 setelah dikutuk teruk bertahun-tahun tidak menjulang sebarang piala walaupun selama 17 musim berturut-turut setiasa berada pada kedudukan top 4 BPL.
9. Jerman juara World Cup 2014
Pasukan pilihan Jerman menepati jangkaan menjadi juara Piala Dunia 2014 apabila dapat menewaskan Argentina 1 – 0 hasil jaringan Mario Gotze. Ramai juga kawan-kawan blogger yang menang hadiah hebat untuk contest Piala Dunia 2014.
10. Trafik blog Denaihati paling tinggi
Entri Gadis Peugeot CDM46 telah memecah rekod trafik blog Denaihati paling tinggi dalam sehari apabila mececah lebih 170k. Trafik boleh jadi lebih tinggi sebenarnya kalau tidak disebabkan pakej hosting tidak dapat menampung trafik yang begitu tinggi sehingga blog tergendala beberapa jam. Selain itu dalam entri “10 paling popular di blog Denaihati” ada senarai entri yang paling tinggi trafik sepanjang 2014.
11. Tragedi pesawat MH17 ditembak di Ukraine
Belum terubat luka dengan kehilangan pesawat MH370, dunia dikejutkan dengan tragedi pesawat MH17 yang ditembak jatuh oleh pesawat perjuang Ukraine di ruang udara Ukraine. Lebih tragis lagi kerana salah seorang mangsa yang terkorban adalah anak saudara. Alhamdulillah arwah antara jenazah pertama yang dibawa pulang dan selamat disemadikan di perkuburan Batu Anam, Segamat.
12. IFTAR bersama blogger
Alhamdulillah dapat bersama lebih 300 jemputan berbuka puasa bersama blogger dan bersolat terawih di Saloma Bistro.
13. Denaihati di media massa perdana
Alhamdulillah sepanjang tahun 2014 Denaihati telah mendapat perhatian media massa perdana iaitu Astro Awani, Harian Metro dan Sinar Harian yang berkongsi kisah kejayaan blog Denaihati.
14. Cabaran iPhone 5s
Sepanjang 2014 berbagai cabaran dan contest telah dianjurkan oleh blog Denaihati dan contest terbesar “Cabaran iPhone 5s” yang insyaa Allah kuputusan akan diumumkan pada awala 2015 sebagai permulaan yang baik untuk tahun baru.
15. Kelas buat blog Akademi Denaihati
Alhamdulillah syukur sepanjang 2014 Akademi Denaihati telah mendidik ramai blogger baru dan blogger lama untuk menjadi blogger yang lebih profesional. Semuga usaha Akademi Denaihati yang diketuai oleh Eizil dapat mengubah minda untuk menjadikan blogger sebagai kerjaya.
16. Seminar Buat Duit dengan Affiliate
Penutup 2014 diakhiri dengan majlis ilmu khas untuk blogger. Paling manis apabila Dato Hussamuddin, CEO Karangkraf sudi menerima komuniti blogger berkampung sehari di Kompleks Karangkraf. Seminar Buat Duit dengan Affiliate merupaka majlis ilmu pembuka minda di kalangan peserta untuk lebih kreatif buat duit secara online.
17. Denaihati di final Pencetus Ummah
Siapa sangka entri blog Denaihati yang ditulis pada 13 Julai 2011 bertajuk “28.7% sahaja ramaja Islam solat lima waktu penuh” menjadi bahan tontonan jutaan penonton yang menyaksikan final Pencetus Ummah 2014 apabila dijadikan rujukan oleh PU Azman yang juga merupakan Juara Pencetus Ummah 2014. Bijak pandai ada berkata kalau berbudi dengan tanah pasti ada hasilnya begitu juga apabila berkongsi ilmu yang baik di blog pasti akan mejadi rujukan ramai.
18. Banjir Besar dan Tragedi AirAsia QZ8501
Siapa sangka penutup 2014 diakhiri dengan tragedi banjir besar Kelantan yang maha dahsyat dan tragedi nahas pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang mengorbankan 155 penumpang. Semua itu ketentuan ALLAH yang pasti ada pengajaran yang perlu difikirkan oleh umat manusia.
Terima kasih ALLAH kerana memberi kesempatan kepada kita semua untuk menikmati 2014. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara lansung dan tidak lansung wewarnakan keindahan 2014 dan jutaan kemaafan di atas segala silap salah, harap tidak disimpan dalam hati.
Mari kita melangkah ke tahun 2015 dengan kayakinan yang tinggi dan berazam untuk menjadi lebih baik daripada tahun 2014.
77 Comments
Banyak kenangan pahit dan manis yang dilalui tuan denaihati..semoga terus maju ye
Curahan rasa nadia johari @ ..MEWANGI BY AKIM & THE MAJISTRET
indah bagi mereka yang dah selesai buat azam 2014 yg lepas kan – kedaionlinemy.com
Curahan rasa KEDAI ONLINE MURAH kedaionlinemy @ ..Biodata Zizan Razak Dan Emma Maembong
Banyak suka duka sepanjang 2014. Moga team denaihati terus cemerlang tahun 2015.
Curahan rasa rika @ ..Pesanan Penting Kepada Pasangan Baru Berkahwin
tahun 2014 ini juga saya baru terjumpa dengan denaihati, kagum dengan usaha denaihati yang menghimpunkan ramai sahabat blogger 🙂
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Pos Yang Menyebabkan Blog Saya Sesak 2014
Huhuhu… setakat ini belum pernah lagi merasa dapat lebih 100k view untuk satu entry… teringin juga nak merasa trafik tinggi macam tu satu hari nanti. ..
Curahan rasa anuar @ ..Selamat Tahun Baru 2015 : Cabaran dan Motivasi untuk mencapai Azam baru
terlalu banyak tragedi berlaku di tahun 2014. tapi semua ini sudah ditakdir kan.
DT pon terlalu banyak dugaan dan ujian pada tahun.
tapi pasti ada hikmah di setiap apa yang berlaku.
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Misi Membersihkan Blog
Selamat Tahun Baru 2015. Semoga tahun ini akan lebih baik daripada tahun sebelumnya ye.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Selamat Tahun Baru 2015
Semoga team Denaihati terus maju dalam dunia blogging di tahun 2015 ini ye. Selamat maju jaya!
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Selamat Tahun Baru 2015
Masuk pencetus ummah tu yang susah nak dapat. Promosi besar besaran tu. Hoho..
Curahan rasa titan @ ..2014 pergi tak kembali, 2015 datang dengan harapan dan impian.
selamat tahun baru 2015. smga di tahun ini apa yang kita cita citakan selama ini dpt terkabul
Popular betul blog ni ya, traffic yg tinggi padat dengan informasi dan isu yg ramai org nk.tahu. Tahniah atas kejayaan yg dicapai
Curahan rasa Safiya @ ..Apa Yang Isteri Bekerja Selalu Persoalkan: Unconditional Respect
Selamat tahun baru. Mudah mudahan semua yang terjadi pada 2014 dapat kita jadikan iktibar untuk menempuh tahun 2015 yang mendatang. Insya Allah
Curahan rasa qtiechan @ ..Idola dalam bisnes
selamat tahun baru bro…tahun 2014 yang penuh warna warni telah kita tinggal..tinggal tahun 2015 pula apa yang bakal berlaku
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Jom Aktifkan Mykad
Selamat tahun baru. masih jauh perjalanan kita dan mudahna 2015 lebih berjaya untuk dunia dan akhirat.
Curahan rasa Denaihati @ ..AirAsia Surabaya ke Singapura Hilang
Semoga kenangan buruk saya di tahun 2014 tidak terulang di tahun 2015 ini … Aamiin …
Curahan rasa Info Menarik @ ..Berikut Daftar Kebudayaan Sehari-hari Korea Selatan
Sebagai seorang blogger masih bnyak lagi yg belum sy capai tahun lalu. Harap tahun baru ni dpt penuhi bbrapa impian.
Curahan rasa nikkhazami @ ..ULASAN FILEM – Gone Girl
Samalah kita. Banyak impian di tahun baru ini. Dan salah satunya nak lebih maju dalam dunia blogging ini. ;D
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Selamat Tahun Baru 2015
Tahun 2014 mmg tahun yg baik buat denaihati. Semoga dh terus maju dan sentiasa memberi peluang dan ruang buat blogger baru dan lama.
Curahan rasa nikkhazami @ ..ULASAN FILEM – Gone Girl
Comments are closed.