Jaringan Mario Gotze menjulang German

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, Piala Dunia 2014 yang bermula pada 13/6/2014 melabuhkan tirai dengan jaringan cantik Mario Gotze menjulang German sebagai Juara Piala Dunia baru. Perlawana akhir German vs Argentina memang sengit dan mendebarkan dengan banyak peluang untuk menjaringkan gol daripada kedua pasukan. Minit 112 telah membezakan kedua pasukan apabila bola hantaran Andre Schurrle disambar cantik Mario Gotze mengegar stadium Maracana.

gambar mario gotze

Jangan silap gambar di bawah ini bukan gambar Mario Gotze tetapi gambar seorang peminat bola sepak yang kejap suka team Belanda kejap suka Perancis yang diminati oleh Hanis Zalikha yang tiba-tiba menyokong German. (Maaf ayat ini terpaksa diperbetulkan atas permintaan jejaka ensem tersebut)

gambar abang ensem

Kali terakhir pasukan kesayangan aku, German menang piala dunia adalah pada tahun 1990 yang juga menewaskan Argentina. Pada tahun 2002 German layak juga ke final tetapi tewas kepada Brazil 0 – 2. Bagi aku Piala Dunia 2014 sangat meriah cuma dicacatkan apabila Brazil selaku tuan rumah tewas 1 – 7 kepada German. Selain German menjadi juara tidak kurang hebatnya apabial penyerang senior Miroslav Klose berjaya memecah rekod menjadi penjaring terbanyak Piala Dunia sepanjang zaman dengan jumlah keseluruhan 16 gol.

Anugerah FIFA 2014

  1. Golden Gloves 2014 : Manuel Nuer (German)
  2. Golden Ball 2014 : Lionel Messi (Argentina)
  3. Penjaring Terbanyak 2014 : James Rodriguez (Colombia)
  4. Young Player 2014 : Paul Pogba
  5. Fair Play 2014 : Colombia
  6. Juara : German
  7. Naib Juara : Argentina
  8. Tempat ke tiga : Belanda
  9. Tempat ke empat : Brazil

Video Jaringan cantik Mario Gotze

Video German menjulang Piala Dunia 2014

273 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!