Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, terkejut apabila dapat notis kat iPhone dari aplikasi astroawani “MAS aircraft crash in Ukraine”. Cepat-cepat cari informasi dari berbagai sumber dan mengikut Asamboi.my mengikut sumber reuters pesawat MAS MH17 ditembah jatuh di Timur Ukraine kitak berada pada ketinggian 10 km.
Luka hati kehilangan MH370 masih belum terubat lagi tak kan pula berlaku lagi satu lagi kemalangan pesawat MAS. Pesawat 9M-MRD dari model Boeing 777-200 MH17 dalam penerbangan dari Amesterdam ke Kuala Lumpur membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal.
Boeing 777 MH17 terhempas berdekatan sempadan Ukraine dan Russia yang dipercayai ditembak jatuh dengan senjata BUK-M2 di zon konflik kedua-dua negara tersebut. Penasihat kepada Kementerian Dalam Negeri Ukraine melaporkan pesawat itu ditembak oleh peluru berpandu darat-ke udara. Tweet rasmi daripada Malaysia Airlines berkenaan kemalangan MH17 di Ukraine.
(KLIK GAMBAR DI BAWAH UNTUK MELIHAT BERPULUH GAMBAR TERBARU TRAGEDI MH17)
Video menunjukan kepulan asap dari lokasi MH17 terhempas. Dari berita terkini kotak hitam MH17 belum ditemui untuk penyiasatan sebab berlaku kemalangan yang menyedihkan ini. Presiden Russia sudah mengirim ucap takziah kepada DS PM Najib Razak.
Sementara itu, laporan agensi berita antarabangsa menyenaraikan warganegara yang berada dalam penerbangan malang tersebut, memetik kenyataan pejabat MAS Eropah:
- 23 warga Malaysian
- 154 warga Belanda
- 27 warga Australia
- 11 warga Indonesia
- 6 warga British
- 4 warga Jerman
- 4 warga Belgium
- 3 warga Filipina
- 1 warga Kanada
MAS MH17 emergency hotline is +31 70 3487770
Semuga ALLAH permudahkan semuanya dan kepada keluarga yang terlibat diharap bersabar. Sama-sama kita tunggu berita rasmi daripada Kementerian Pengangkutan Malaysia. Untuk berita terkini dari CNN sila klik “Berita Terkini MH17”
Berita Terkini MH17 dari Twitter seluruh dunia
567 Comments
pernah lihat video kapal terbang ini ditembak dengan peluru berpandu, dari awal sampai akhir.
Curahan rasa ikhwan @ ..Kemahiran Utama Yang Diperlukan Dalam Resume
Allah telah menuliskan Takdir MAnusia 50000 tahun sebelum penciptaan langit dan bumi
Curahan rasa Abdullah @ ..Mengamalkan Tauhid Dengan Semurni-Murninya, Pasti Masuk Surga Tanpa Hisab
SEmua adalah dugaan dari Nya dan berita gembira kepada Yang bersabar dan Ridha kepada takdir Nya
Curahan rasa Abdullah @ ..Mengamalkan Tauhid Dengan Semurni-Murninya, Pasti Masuk Surga Tanpa Hisab
Ini adalah kejadian kedua yang menimpa MAS..semoga ia tidak membantutkan perjalanan operasi MAS
Curahan rasa cikgu naman @ ..Jadi Cikgu Ni Mudah-Episod Jurugambar
Tahun ni kita diuji dengan dua kejadian yang aga tidak masuk akal..tetapi ia sudah menjadi ketentuanNya
Curahan rasa cikgu naman @ ..WW- Uncle Gedek Style
sekara ni dah ada bukti jenayah itu dilakukan oleh pihak yang sengaja mahu memusnahkan pesawat
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
tapi Barat berulang kali menyatakan bahawa pesawat itu ditembak jatuh oleh pemberontak pro-Moscow
Curahan rasa nikkhazami @ ..Google Doodle Mokhtar Dahari
Russia hari ini mengeluarkan bukti imej satelit bahawa pesawat Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh oleh pesawat pejuang Ukraine
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
just remember one thing , Allah know the best . sedih sangat bila tahu mh17 kena tembak. mh370 pon masih belum jumpa, kita dikejutkan lagi dengan mh17 pulak. sabar lah. kita sedang diuji.
Curahan rasa ayufrhna @ ..iPhone 5s gajet impian setiap blogger
Allah adalah sebaik-baik perancang . Apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Pasti juga ada sesuatu yang Allah ingin sampaikan disebalik tragedi MH17 dan Mh370 bahawasanya kuasaNya memang tidak berbatas dan janganlah kita lalai, apla terhadap kekuasanNya.
Curahan rasa Anies Msletoes @ ..Task 2: Kenapa Saya Nak Bercuti Ke Busan
semoga si pelaku dapat balasan yang setimpal dan dihukum oleh mahkamah dunia
Curahan rasa nikkhazami @ ..Blogger Buat Duit Online
Comments are closed.