10 Blogger Terbaik Malaysia MSMW2014

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah tahun ini dapat jemputan lagi dari MSMW2014 untuk mengejar ilmu daripada sifu-sifu luar negara bersama 15 rakan blogger yang lain. Sessi yang berlansung selama dua hari pada 25 – 26/2/2014 di Sunway Convention Center tempat yang sama aku menimba ilmu gandakan duit dengan blog tahun 2013.

MSMW2014 di sunway

Melihat dewan yang penuh sesak dengan peserta sudah terasa keseronokan untuk mencari ilmu baru dapat pulak duduk sebaris dengan rakan blogger dengan baju berwarna-warni menambah ceria. Perkongsian ilmu dari penceramah dari berbagai negara dan berbagai latar belakang ilmu memang terasa tak rugi duduk berjam meninggalkan keluarga. Perkongsian ilmu sosial media, keselamatan internet, penjenamaan, penulisan blog dan sebagainya memang dapat membantu untuk menjadi blogger yang lebih profesional.

MSMW2014 team Denaihati

Dalam banyak ilmu yang diperolehi aku tertarik dengan perkongsian Scott Eddy dan Evan Carmichael yang memberi tips supaya kita menulis di sosial media dengan roh dan jiwa untuk mendapat pengikut yang ramai tanpa promosi. Inilah kelemahan aku di sosial media selama ini yang lebih macam robot sebab itu kurang berjaya. Aku juga tertarik dengan perkongsian Shane Dallas atau lebih dikenali The Travel Camel meminta blogger supaya menulis dengan gaya “story telling” supaya pembaca merasa berada di dalam cerita yang kita tulis dan dengan cara ini akan menambah pembaca setia. Dah ada ilmu sekarang yang paling penting nak amalkan supaya boleh menjadi blogger yang lebih baik dan memberi manafaat kepada alam.

Shakiddo dapat laptop Toshiba di MSMW2014
Untunglah Shakiddo dapat laptop Toshiba

Kali ini di MSMW2014 dapat juga berkenalan dengan blogger Kemboja Kounila atau lebih dikenali sebagai Blue lady yang pernah terpilih antara 10 Blogger terbaik UNESCO dan blogger Filipina Jose Antonio dengan blog Our Awesome Planet yang mempunyai blog dengan trafik satu juta sebulan dan pernah terpilih sebagai “young Filipino entrepreneurs”. Memang rugi sangatlah kepada yang bercita-cita besar menjadi blogger berjaya tapi tak pergi majlis seperti ini kerana bukan sahaja dapat menimba ilmu tetapi dapat juga berjumpa dengan blogger hebat dari berbagai negara.

Untunglah Blogger Firdaus dapat smartphone ninetology
Untunglah Blogger Firdaus dapat smartphone ninetology

MSMW2014 diakhir dengan majlis gilang gemilang penyampaian anugerah kepada blogger dan pengiat industri yang telah menceriakan dunia sosial media Malaysia. Terima kasih kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri (KDN) kerana sudi bersama sebagai tanda sokongan Kerajaan kepada komuniti sosial media tanpa mengira batas politik. Datuk Seri Zahid juga telah berkesempatan menyampaikan anugerah kepada 10 blogger paling popular Malaysia dan 15 anugerah khas kepada industri yang telah memberi sumbangan kepada dunia sosial media Malaysia. Semua pemenang telah dipilih oleh juri profesional berdasarkan katogeri yang telah disediakan oleh penganjur.

Terima kasih tidak terhingga kepada sahabat-sahabat dan penganjur yang telah memilih Instagram Denaihati untuk anugerah “Best Micro Blog 2014“. Memang tak sangka menang dengan pengikut hanya seribu tetapi mungkin perkongsian berbagai gambar kisah kehidupan dan kembara Denaihati memberi markah lebih … mungkin. Jutaan terima kasih sekali lagi kepada semua dan tahniah kepada pemenang katogeri yang lain.

best micro blog msmw2014

Senarai 10 Blog Terbaik Malaysia MSMW2014

  1. Best Auto Blog – http://motoring-Malaysia.blogpost.com
  2. Best Business Blog – http://Abangensem.com
  3. Best Educational Blog – http://Cikguhailmi.com
  4. Best Foodie Blog – http://sQuallcuisine.com
  5. Best Gadget Blog – http://WinnieKepala.com
  6. Best Lifestyle Blog – http://akupenghibur.com
  7. Best Music and Entertainment Blog – http://munsyeed.com
  8. Best Sports Blog – http://boladaily.com
  9. Best Photography Blog – http://wazariwazir.com
  10. Best Travel Blog – http://timetravelafif.blogspot.com

Tahniah kepada Abang Ensem yang menang anugerah “Best Business Blog” dua tahun berturut-turut nampaknya tahun depan dah kena tukar katogeri kepada “Best Celebrity Blog” yang dibatalkan tahun ini kerana tak cukup penyertaan. Menambah meriah anugerah tahun ini MSMW2014 buat pertama kali memberi anugerah khas kepada yang telah banyak memberi sumbangan kepada dunia maya Malaysia.

msmw2014 pemenang anugerah

  1. The Social Media Excellence Award in Best FMCG Sector – Nestle Products Sdn Bhd
  2. The Social Media Excellence Award in Best Property Sector – IMJ Land Berhad
  3. The Social Media Excellence Award in Best Corporate Engagement – RHB Group
  4. The Social Media Excellence Award in Best Retail Chain Sector – Sogo Kuala Lumpur
  5. The Social Media Excellence Award in Best Online Media – Malaysiakini
  6. The Social Media Excellence Award in Popular Shopping Mall – Pavilion KL
  7. The Social Media Excellence Award in Best Banking and Finance Sector – MyMaybank
  8. The Social Media Excellence Award in Best Customer Engagement – TuneTalk
  9. The Social Media Excellence Award in Best Automotive Sector – Honda Malaysia
  10. The Social Media Excellence Award in Most Innovative Telco – DiGi
  11. The Social Media Excellence Award in Best Logistics and Transportation Sector – AirAsia
  12. The Social Media Excellence Award in Best Community Engagement – Ministry of Health Malaysia
  13. The Social Media Excellence Award in Urban Wellbeing Engagement – Perbadanan Putrajaya
  14. The Social Media Excellence Award in Social Media Agency of the Year – GushCloud
  15. The Social Media Celebrity of the Year – Yg Bhg Tan Sri Dr Tony FernandesThe Social Media Excellence Award in Urban Wellbeing Engagement – Putrajaya Corp

msmw2014 awards for top blogger malaysia

Tahniah kepada Founder dan President Majlis Sosial Media Malaysia Saudara Shahul Hameed Dawood dan pasukan yang telah berjaya menganjurkan MSMW2014  lebih baik daripada MSMW2013. Terima kasih sekali lagi kepada Datuk Seri Zahid kerana sudi bersama kerana ini pasti akan memberi motivasi kepada kami untuk menyumbang lebih banyak kepada Malaysia. Berjumpa kita lagi inshaa Allah di MSMW2015 pada 24 – 27/2/2015. Semua blogger block tarik tersebut dan azam untuk join MSMW2015.

Gambar-gambar sekitar MSMW 2014 snap dengan SonyAlpha5000

[customgallery]


Spread the love

157 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!