Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, Syam yang terdiri dari Jordan, Palestine dan Syria adalah bumi yang diberkahi oleh Allah tempat manusia akan dihimpun di sana pada hari kiamat kerana itu Yahudi sanggup membayar USD100k untuk dikebumikan berhampiran dengan kota Juruselam. Syam, bumi di mana kaum muslimin akan berperang dalam pertempuran terbesar yang sering disebut peperangan Armageddon antara kaum muslimin dan musuh-musuhnya di akhir zaman.
Bersyukur sangat apabila Allah pilih kami sekeluarga bersama sahabat-sahabat dari Zahafiz Travel & Tour dapat menjejaki bumi Syam. Nak minitis air mata apabila melihat kubah Masjid Al Aqsa buat pertama kali dari jauh yang selama ini keliru dengan Dome of the rock. Mengembara selama seminggu di bumi Syam terlalu banyak jejak Islam dan terasa sedikitnya ilmu di dada.
Dalam entri sebelum ini “Menjejaki Baitulmuqqadis kali pertama” telah diceritakan kisah kami singgah di Makam Nabi Musa a.s berserta gambar masjid Nabi Musa a.s di Jericho. Selain Masjid Al Aqsa banyak lagi jejak-jejak makam Rasul yang kami singgah dalam tempoh seminggu kembara palestine.
Makam Nabi Daud a.s
Makam Nabi Daud a.s adalah tempat suci untuk Yahudi terletak di dalam sebuah bangunan berkubah kelabu di hadapan Zion Gate luar kota Juruselam. Alhamdulillah kami dibenarkan masuk kerana biasanya hari Sabtu ramai Yahudi yang datang untuk beribadah. Nak masuk kena pakai tutup kepala kalau tak ada terpaksalah guna kupian yahudi. Mengambil gambar tidak dibenarkan dan kawasan lelaki dan wanita diasingkan. Yahudi sangat menghormati Nabi Daud a.s atau lebih dikenali sebagai King Davis kerana bagi mereka inilah bapa mereka dan untuk umat Islam Nabi Daud a.s juga banyak kisahnya untuk kita ambil iktibar dalam kehidupan yang semakin mencabar diakhir zaman.
Makam Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ishaq a.s
Selepas menziarahi Makam Nabi Daud a.s kami dibawa jauh menyusuri temboh tinggi yang memisahkan Israel dan Palestine ke Hebron untuk menziarahi makam Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ishaq a.s. Hebron pernah ditakluki Israel selapas perang 6 hari kemudian diserahkan kembali kepada PLO selepas perjanjian Oslo. Makam Nabi Ibrahim a.s, Nabi Ishak a.s dan Nabi Yaakob a.d terletak di dalam Masjid Nabi Ibrahim a.s yang dikawal ketat oleh askar Israel.
Umat Islam dibenarkan menziarahi makan Nabi Ibrahim a.s, makam Sarah isteri Nabi Ibrahim a.s, makam Nabi Ishak a.s dan makan Rifqa isteri Nabi Ishak a.s tetapi tidak dibenarkan melawat makam Nabi Yaakob a.s walaupun hanya bersebelahan dengan makam Nabi Ibrahim a.s. Dinding khas dibina antara makam Nabi Ibrahim a.d dan makam Nabi Yaakob a.s. Yahudi bebas untuk menziarah kesemua makam yang terdapat di dalam Masjid Nabi Ibrahim.
Di Masjid Nabi Ibrahim masih ada lagi mimbar masjid yang dihadiahkan oleh Salahudin Al Ayubi sama seperti mimbar di Masjid Al Aqsa yang telag terbakar setelah dibaling bom api oleh extrimist Yahudi dari Australia pada awal tahun 90 an.
Tempat lahir Nabi Isa a.s
Daripada Hebron kami bergerak ke Bethlehem bandar suci untuk Kristian kerana di sinilah Nabi Isa a.s dilahirkan. Bethlehem suatu masa dahlu dijajah oleh Israel tetapi diserah semula kepada PLO setelah perjanjian Oslo pada awal tahun 1990 an. Di kawasan yang dipercayai tempat kelahiran Nabi Isa a.s terdiri gereja kuno nativity dan dua gereja lain berbeza mazhab. Kebetulan kami datang dua hari sebelum krismas jadi ramailah penganut agama kristian daripada berbagai negara yang datang.
Kalau kita membaca kisah Nabi Muhammad SAW Israk dari Mekah ke Baitulmuqqadis pasti ada terbaca Baginda singgah di Baitullaham atau Bethlehem kota kelahiran Nabi Isa a.s. Bethlehem juga terkenal dengan kisah Khalifah Umar Al Khattab yang singgah setelah tentera Islam berjaya menakluki Kota Baitulmuqqadis sehingga terbina Masjid Umar Al Khattab di hadapan gereja Nativity. Bethlehem juga sangat penting kepada Yahudi kerana ini juga tempat lahir Nabi Daud a.s dan Nabi Yaakob a.s.
Makam Nabi Yunus a.s
Dalam perjalanan dari Hebron ke Bethlehem kami singgah di sebuah bandar kecil Halhul yang terdapat masjid Nabi Yunus a.s yang sudah berusaha beratus tahun. Di dalam masjid Nabi Yunus a.s terdapat makam Nabi Yunus a.s. Melihat makam Nabi Yunus a.s pasti mengingatkan kita dengan kisah Baginda ditelan ikan besar selama 40 hari dan doa Nabi Yunus a.s.
Makam Salman Al Farsi
Kami sempat juga menziarahi makam sahabat Rasulullah SAW yang pernah masuk berbagai agama dan akhirnya menjadi perjuang setia Islam Salam Al Farsi di Bukit Zaitun. Seorang perjuang Islam yang mendapat tempat di hati Rasulullah SAW dan dikurniakan umur yang panjang untuk menyebar syiar Islam.
Tembok pemisah Israel dan Palestine
Regim kejam Israel telah membina tembok setinggi 9 meter sejauh 900 kilometer memecahkan bumi Palestine sehingga memisahkan kaum keluarga dan memenjara penduduk Palestine di Tebing Barat daripada dunia. Tembok kejam ini telah menyebabkan warga Palestine terpisah dengan dunia luar. Ketika bertemu dengan wakil mufti Hebron beliau memohon doa dari semua umat Islam dari seluruh dunia supaya mereka diberi kekuatan untuk meneruskan perjuangan menentang Yahudi yang kejam.
116 Comments
Semoga bumi Palestin berada dalam rahmat dan berkat Allah meskipun negara mereka diuji sehingga hari ini.
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..BLOGGER BUAT DUIT ONLINE
Pada tahun ini telah berlaku peperangan yang sekaligus menunjukkan kekuatan orang Islam Palestin melalui kekuatan Briged Al Qassam. Allahu Akbar!
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..BLOGGER BUAT DUIT ONLINE
Jika kita tidak mampu untuk mengerah kudrat mengangkat senjata untuk membantu palestin, cukuplah sekadar kita berdoa kepada Allah kerana doa merupakan senjata buat orang mukmin.
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..BLOGGER BUAT DUIT ONLINE
Isu palestin tidak pernah selesai daripada dahulu walaupun perjanjian damai telah dibuat namun rejim zionis tetap melanggar undang undang.
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..BLOGGER BUAT DUIT ONLINE
Begitu banyak makam makam Nabi yang telah dikebumikan di sana. Alangkah bertuahnya jika dapat menjejakkan kaki ke sana. InsyaAllah.
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..BLOGGER BUAT DUIT ONLINE
Antara tempat yang ingin saya lawati adalah negara palestin kerana saya yakin saya akan mendapat banyak ilmu agama apabila saya menjejakkan kaki ke sana.
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..BLOGGER BUAT DUIT ONLINE
Semoga rakyat palestin bebas daripada rejim zionis dan dapat hidup semula dalam keadan aman dan damai sepeti dahulu kala.
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..BLOGGER BUAT DUIT ONLINE
Seronok tengok dapat menjejakkan kaki di bumi palestine kerana bukan semua berpeluang dapat ke sana.
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..BLOGGER BUAT DUIT ONLINE
Sesungguhnya palestine mempunyai banyak kisah kisah yang dapat dijadikan iktibar pada hari ini.
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..BLOGGER BUAT DUIT ONLINE
Bersyukurnya apabila Allah memilih DH sekeluarga bersama sahabat-sahabat dari Zahafiz Travel & Tour untuk menjejaki bumi Syam. Semoga saya pun dipilih Allah untuk berkunjung ke sana nanti
Curahan rasa nord @ ..Masalah Bau Badan, Busuknya kamu!
Comments are closed.