Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, bila baca hajat Blogger Profhariz nak masuk TV dalam entri “Hajat Blogger yang belum tercapai” teringat beberapa sessi temubual aku bersama Astro Awani yang belum pernah aku publish sebagai entri. Terima kasih kepada Hilal Azmi dan Nisa Kasnon dari Astro Awani yang sudi menjemput aku berkongsi pendapat dan pandangan tentang industri blog di Malaysia.
Walaupun sudah biasa bercakap di atas pentas tetapi apabila diberitahu oleh Astro Awani nak ditemubual berdebar juga rasa hati ini. Alhamdulillah semuanya hanya rakaman jadi ada peluang untuk memperbetulkan kalau ada kesilapan. Aku telah ditemubual dua kali oleh Hilal Azmi untuk program Bisnis Altenatif dan sekali oleh Nisa Kasnon untuk Berita Astro Awani. Pada masa yang sama Nisa Kasnon juga telah menemubual Blogger paling Ensem di Malaysia … agak-agak siapa tu?
Berikut tiga video temubual Denaihati dengan Astro Awani :
Kaedah baru menjana pendapatan di blog
Interview Denaihati Bersama Awani
Blogging untuk kebajikan
Pernah juga diinterview oleh RTM TV1 untuk majlis Sepetang Bersama Blogger 2012 di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya. Tersentuh hati apabila melihat video ini apabila terlihat kelibat arwah blogger Jejai dan arwah Martias Ali, suami kepada Blogger Mak Dara yang memang tidak pernah ketinggalan disemua aktiviti anjuran team Denaihati.
Kelebihan ditemubual oleh station TV adalah dapat meningkatkan penjenamaan sesebuah blog dan juga penjenamaan penulis blog. Interview TV juga dapat meningkatkan nilai harga ruang iklan sesebuah blog untuk dijual kepada pengiklan. Aku doakan semuga rakan blogger yang mempunyai hajat untuk ditemubual oleh TV akan tercapai. Teruskan berusaha dengan penulisan yang berkualiti pasti suatu hari akan ada wartawan TV yang akan melihat kehebatan anda.
No related posts.
449 Comments
beliau membawa blog malaysia kearah yang lebih maju dalam peran di kehidupan sehari-hari
Curahan rasa islam di dadaku @ ..Ingatlah Sang Pemutus Segala Kelezatan
Comments are closed.