MacBook Air Gadget Impian Ariff Shah


Assalamualaikum dan salam 1Dunia, contest Gadget Impian peringkat akhir semakin sengit. Blog Cikgu NamanZie FauziFaizal Fredley, Hans sudah tamat, blog ke lima UpProfits akan tamat pada 11.59pm, 20/2/12 dan blog ke dua belas yang terpilih adalah blog status PR4 Ariffshah yang telah mengumpul 2197 mata akan meneruskan perjuangan. MacBook Air menjadi impian dan harapan Ariffshah semuga menjadi kenyataan. Kepada yang lupa bagaimana pusingan akhir berjalan sila baca kembali entri “Gadget Impian Jadi Kenyataan“. Joom baca rasa hati Ariffshah kenapa MacBook Air menjadi impian beliau kalau suka berilah sokong sebaik mungkin. Baru balik belajar dari Moscow jadi masa yang lapang bolehlah fokus pada contest ini.

Assalamualaikum, seperti yang tuan sedia maklum, gadget impian pilihan saya sebelum ini adalah MacBook Air. Walaupun begitu, itu hanyalah sebagai nak cukupkan syarat je. Kalau saya menang, berkemungkinan besar saya akan jual MacBook Pro sekarang untuk mendapatkam iMac 21.5 inci dengan 8 GB RAM (RM4252 – student price).

macbook air 11 MacBook Air Gadget Impian Ariff Shah

MacBook Air Gadget Impian Ariff Shah

Kenapa? Mudah je. Saya suka ruang kerja yang besar dan saya suka bekerja menggunakan komputer. Kejayaan yang pernah saya kecapi selama ni pun semunya terhasil daripada kerja saya dari belakang komputer. Jadi adalah sangat membantu sekiranya saya mempunyai ruang kerja dan peralatan untuk bekerja idaman hati.

Saya tak minta smartphone/iPhone sebagai gadget impian kerana saya tahu, Samsung Galaxy S yang saya gunakan sekarang sudah cukup untuk kegunaan harian saya. Tapi dengan gadget yang lebih berkuasa dan besar, saya yakin saya boleh menjadi lebih produktif dan mencapai kejayaan yang lebih besar.

Banyak sebenarnya benda yang saya nak lakukan tapi gagal akibat kekangan belajar dan tempat tinggal yang kurang kondusif (kurang privasi tinggal di hostel Moscow). Diharapkan bila saya tamat belajar nanti, dapatlah menumpukan sepenuhnya pada projek-projek ini dan dengan peralatan yang bagus seterusnya memudahkan saya untuk menyiapkan projek-projek tersebut.

Kenapa bukan Windows? Supaya saya tak mula main game (sangat tak produktif). Saya suka gunakan komputer dengan perisian Mac OSX (walaupun setelah berbelas tahun menggunakan Windows).

Rasionaliti kenapa MacBook Pro –> MacBook Air. MacBook Air lebih ringan dan sesuai untuk dibawa ke mana-mana berbanding MacBook Pro. Ini sangat penting sebagai blogger. Disebabkan saya akan membeli iMac tersebut, kerja yang lebih serius atau memerlukan more computing power akan dilakukan pada iMac.

Lagi best kalau MacBook Air tersebut adalah yang berukuran 13 inci (RM3,849). Secara fizikal, tangan saya yang besar kurang sesuai untuk menaip pada MacBook Air 11″. Namun untuk contest ini (supaya tak terkeluar daripada bajet penganjur) saya memilih Macbook Air 11″ basic level entry je (RM2,949 – student price).

Melalui contest gadget impian ni, dapatlah saya mengambil kesempatan untuk mempunyai working rig idaman saya. Target saya tahun ini adalah untuk menulis lebih banyak artikel di wp.tutsplus.com (dua telah diterbitkan, satu masih lagi pending review) dan mungkin akan mula menulis di Hong Kiat (penulisan berbayar untuk setiap artikel yang diberjaya diterbitkan). Beberapa ebook juga dalam perancangan. Insya Allah.

Semoga apa yang dirancang dapat dilaksanakan dan semoga blog Denaihati dan penganjur contest memperoleh kejayaan dalam perniagaan. Harap saya dipilih untuk ke peringkat seterusnya.

Ikhlas,
Ariff Shah

Nota :

  1. Ariffshah diberi masa sehingga 11.59pm, 27/2/2012 untuk mempromosi entri ini dan mengumpul seberapa banyak point yang mampu. Selamat maju jaya.
  2. Ingat komen kurang dari 7 perkataan akan di delete.

Istimewa di denaihati.com
  • Myra Jay 21 February 2012 at 1:10 pm

    Goodluck Bro, teruskan usaha dan lipatgandakannya kerana anda pasti berjaya :)
    Entri terbaru Myra Jay – MJ nak menang Nikon D90 dari Denaihati – Harap Rakan2 sudi membantuMy Profile

  • LawrenceVision 21 February 2012 at 1:04 pm

    Semoga ariffshah berjaya dapat MacBook Air yang diidamkan. Ariffshah boleh yeah!
    Entri terbaru LawrenceVision – Jom Cuba iPod nano & infuse for iPod nanoMy Profile

  • azmanisma 21 February 2012 at 12:11 pm

    Insyallah boleh menang,banyak rakan2 blogger sudi membantu…dah share,tweet,g+ good luck ariff..semoga macbook air berada dalam pangakuan :)
    Entri terbaru azmanisma – Awas Sindiket Bank Negara Palsu!My Profile

  • Alan 21 February 2012 at 11:28 am

    Good Luck Ariffshah
    Nanti dah dapat MBA nak pinjam bole?
    haha :)
    Entri terbaru Alan – Makin Subur Tumbuh-Tumbuhan Belakang Rumah :) My Profile

  • new world 21 February 2012 at 11:21 am

    assalaamu’alaikum Arif Shah..salam kenal..semoga yang di impikan akan tercapai..aamiiin…
    Entri terbaru new world – Isuzu D-Max Terbaru Akan Segera DiluncurkanMy Profile

    • ariff 21 February 2012 at 11:45 am

      waalaikumussalam new world. salam kenal juga. terima kasih kerana menyokong
      Entri terbaru ariff – Giveaway Hadiah Dari MoscowMy Profile

  • Azah 21 February 2012 at 11:08 am

    kalau ko menang, aku sangat jeles.. tapi tak pelaa.. ak tolong doakan sama2 agar ko menang.. heee

  • chii 21 February 2012 at 11:06 am

    semoga impian untuk memiliki apa yg di impikan akan tecapai..gud luck =)
    Entri terbaru chii – Adat MeminjamMy Profile

  • ejatidiaz 21 February 2012 at 11:03 am

    insyaAllah boleh Ariff..

  • Kaira 21 February 2012 at 11:01 am

    Go Ariff Go Ariff Go Ariff. =p

  • eiyda 21 February 2012 at 11:00 am

    All the best bro!

  • aizuddin 21 February 2012 at 10:58 am

    all the best bro, moga impian akan jadi realiti..murah rezeki dapat la nanti :)
    Entri terbaru aizuddin – A Famosa Waterwold MelakaMy Profile

  • [...] mana nak join?Korang kena tolong saya untuk menang Macbook Air. Pergi ke entri Macbook Air Impian Ariff Shah, komen, Like, RT & +1 entri tersebut. Cabaran hebat daripada peserta lain, macam susah je nak [...]

  • rosezha 21 February 2012 at 10:09 am

    saya singgah sini, bagi sokongan untuk ariff yg bagi templete percuma kpd saya
    Entri terbaru rosezha – Mari berikan sokongan anda kepada merekaMy Profile

    • ariff 21 February 2012 at 10:56 am

      harap template tu berkesan. Ada menerima testimoni daripada salah seorang pengguna cakap berkesan untuk SEO blognya. Alhamdulillah.
      Entri terbaru ariff – Giveaway Hadiah Dari MoscowMy Profile

      • rosezha 21 February 2012 at 10:59 am

        berkesan, lebih baik daripada templete yang saya gunakan sebelum ini
        Entri terbaru rosezha – Mari berikan sokongan anda kepada merekaMy Profile

        • ariff 21 February 2012 at 12:10 pm

          bagus2. mungkin bila dah habis contest, saya nak buat yang baru, insya allah lebih baik daripada sebelum ni punya
          Entri terbaru ariff – Giveaway Hadiah Dari MoscowMy Profile

  • Dadan 21 February 2012 at 9:59 am

    Assalamu’alaikum…
    Selamat pagi semuanya…singgah lagi disini, untuk beri sokongan untuk Ariff semoga berjaya !
    Entri terbaru Dadan – Nasehat dan Doa untuk FajarMy Profile

  • kakyong 21 February 2012 at 9:31 am

    singgah pagi memberi sokongn utk bro ariff shah.. sudah sarapan kah semua di sini?
    Entri terbaru kakyong – Contest Malaysia Top Blogger | Meh le kome support kakyong[dot]com©My Profile

    • ariff 21 February 2012 at 11:01 am

      singgah. jangan tak singgah kak yong. tak makan apa-apa lagi since pagi
      Entri terbaru ariff – Giveaway Hadiah Dari MoscowMy Profile

1 3 4 5 6 7 25


© 2008 - 2012 Denaihati Network · Sebahagian hak milik terpelihara
Diselenggara oleh Eizil Network