Gaza di robek Israel lagi

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, sedang umat Islam seluruh dunia kelaparan kerana menunaikan tanggungjawab berpuasa di bulan Ramadhan, saudara kita di Gaza sedang kelaparan kerana diserang tanpa henti oleh Israel. Sedang peminat Brazil seluruh dunia meratapi kekalahan 1 – 7 kepada Jerman, saudara kita di Gaza meratapi keluarga mereka yang mati syahid dibunuh oleh tentera zionist yang zalim. sedang peminat Jerman kegembiraan berjaya menewaskan Brazil di separuh akhir Piala Dunia 2014, tentera Israel bergembira membunuh kejam saudara kita di Gaza.

gambar gaza musnah diserang Israel

(Sila kilk gambar di atas untuk melihat lebih banyak gambar kesedihan)

Kata Israel mereka menangkis dan menyerang semula peluru-peluru yang dilancarkan dari Gaza. Siapa yang percaya tetapi mereka apa kisah kerana matlamat mereka merobek Gaza dan menghalau semua pemimpin Hamas keluar dari Gaza. Teringat aku ketika menziarahi Masjid Nabi Ibrahim di Habron, Palestine askar Israel yang mengawal masjid merotan dan menyepak anak-anak Palestine yang meminta sedikit bantuan dari rombongan kami tanpa kesian. Kezaliman Israel kepada warga Palestine sudah menjadi asam garam kehidupan mereka.

gambar anak-anak Gaza menjadi mangsa Israel

(Kepada rakan blogger yang nak banner #SaveGaza sila klik SINI)

Bangsa Yahudi sangat memandang rendah bangsa lain yang dianggapnya sama taraf dengan haiwan. Bagi mereka jika seorang Yahudi mati dibunuh oleh Palestine balasannya mesti dua orang Palestine wajib di bunuh. Kesombongan mereka bukan sekarang tetapi sejak beribu tahun. Tidak pelik mereka berani membunuh saudara kita di Gaza walaupun dikutuk satu dunia kerana bangsa mereka sudah membunuh ramai para Nabi mereka inikan pula manusia biasa seperti Palestine. Terbaru dari berita di Astro Awani lebih 28 warga Gaza syahid .. Al Fatihah.

gambar Gaza di bom Israel

[box]”Ditimpa kepada mereka (Ahli Kitab) kehinaan di mana sahaja mereka ditemui kecuali sekiranya mereka berpegang dengan tali Allah (agama Islam) dan menjaga perhubungan baik dengan sesama manusia. Dan mereka itu kembali dengan mendapat kemurkaan dari Allah dan ditimpa ke atas mereka kesusahan hidup. Yang demikian itu kerana mereka kufur kepada ayat-ayat Allah dan membunuh Nabi-nabi tanpa kebenaran. Yang demikian itu kerana mereka durhaka kepada Allah dan melampau batas.” (Surah al-Imran: Ayat 112)

gambar Gaza hancur di serang Israel

[/box]

Ini bukan Ramadhan pertama Israel menyerang Gaza tetapi entah Ramadhan yang keberapa tetapi Gaza tetap utuh dikelilingi Israel yang zalim. Mereka menyangka bumi Palestine adalah bumi nenek moyang mereka kerana itu mereka sedaya upaya menghalau umat Islam dari Gaza dan seluruh Palestine. Marilah kita bermunajat di bulan Ramadhan memohon ALLAH memberi pertolongan kepada saudara-saudara kita di Gaza dan Palestine keseluruhannya daripada kezaliman Israel yang menunggu masa akan dihalau dari bumi suci Palestine. Kemana agaknya pergi semua perjuang-perjuang Islam yang sanggup syahid tetapi tidak di Gaza.

Terkini : Korban Gaza meningkat kepada 90 orang

gambar Roket Israel yang menyerang Gaza

Setiap roket Israel yang menghentam Gaza ada pertolongan dari ALLAH untuk saudara kita di Gaza. Syurga adalah milik mereka. Sila klik gambar di atas untuk melihat lebih banyak gambar rahsia kekejaman zionoist.

[box]Dan ALLAH lebih mengetahui berkenaan dengan musuh-musuh kamu, (oleh itu awasilah angkara musuh kamu itu). Dan cukuplah ALLAH sebagai Pengawal yang melindungi dan cukuplah ALLAH sebagai Penolong (yang menyelamatkan kamu dari angkara mereka) – Surah An Nisa ayat 45[/box]


Spread the love

290 Comments

  1. thank gan artikelnya2 menarik.. sangat bermanfaat sekali ditunggu artikel2 berikutnya thank..
    Curahan rasa Stand @ ..MAXMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!