Doa Munajat Ramadhan

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Duni, berikut adalah doa munajat Ramadhan yang dikongsikan oleh seorang rakan wassap yang telah dibaca oleh iman tempat beliau bersolat sunat terawih. Semuga boleh menjadikan paduan untuk kita bermunajat kepada ALLAH kerana ALLAH sangat sayang kepada hambanya yang mengangkat tangan memohon doa kepada Nya seperti maksud ayat 186 Surah Al Baqarah : “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka) sesungguhnya Aku (ALLAH) sentiasa hampir (kepada mereka) Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKU. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul“.

Melakukan solat istikharah untuk mendapatkan petunjuk.
Berdoalah kepada ALLAH nescaya ALLAH perkenankan

Ya Allah…ya Rahman…ya Rahim…

Dalam dakapan Ramadhan yg suci ini, Dengan rasa rendah diri, Kami yg kerdil dan hina ini memohon doa dengan penuh pengharapan kepada Mu ya Allah… semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, kerana sesungguhnya Engkau lah Tuhan yang Maha Mendengar.

Ya Fattahu ya alim…
Ajarkanlah kami yang lemah ini untuk melihat jalan keluar dari semua masalah yang membelenggu kami, bukakanlah hijab kepada kami yang tak mampu melihat setiap kebaikan pada kejadian dan takdirmu. Ya Allah..takdirkanlah yang baik-baik untuk diri kami, Janganlah kau menguji kami pada apa yg tidak mampu kami lalui.. Bukakanlah pintu-pintu rahmat Mu untuk kami ya Allah…

Ya Allah Rabbul Jalil….
Sejahterakanlah untuk kami dengan kesihatan yg baik..supaya dengannya kami dapat beribadah kepada Mu. Ya Allah..ampunkanlah segala dosa kami, kerana kami terlalu banyak dosa kepada Mu ya Allah…Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat pada Mu bila ditimpa sakit, Kami lupa kapada Mu ketika senang, kami ingat pada Mu bila datang kesusahan. Kami lupa kapada Mu disaat kami gembira, Kami ingat kepada Mu ketika sedih dan kecewa, Kami habiskan usia muda dengan keseronokan dunia, kami mula mengingati Mu tika usia sudah tua, ..justeru ya Allah…ampunilah semua dosa kami..berilah kekuatan kepada kami untuk melawan hawa nafsu dan dunia yg sentiasa melalaikan kami daripada mengingatimu ya Allah…

Ya Allah…ya Rahman..ya Rahim…

Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami,. setiap titik susu ibu yg mengalir dalam diri kami…kau gantilah dengan kebajikan untuk nya yang boleh membawanya ke Syurga Mu ya Allah…ya Rahman…pada setiap keringat yg mengalir pada tubuh ayah kami dalam mencari rezeki kepada keluarga kami…kau gantikanlah dengan keampunan yg membawa ke syurga Mu ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tidak akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dalam kesusahan dan kesempitan, sedangkan kami berada dalam kesenangan dan kemewahan…Justeru kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yg istimewa di syurga Mu ya Allah…..

Ya Allah….

Kami juga memohon ampun untuk kaum kerabat kami, sahabat-sahabat kami dan guru-guru kami yg terlebih dahulu pergi meninggalkan kami ke alam barzakh…golongkanlah mereka dlm orang-orang Kau redhai…apabila tiba pula giliran kami menuju barzakh MU..maka Kau ambillah kami dalam keadaan yg baik-baik…dalam keampunan dan rahmat Mu ya Allah…

Ya Allah ya Aziz…
Kurniakanlah kepada kami jiwa yg tenang dan tenteram…hiasilah hati kami dengan sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab…Kau jauhkanlah daripada kami sifat ujub, riak,takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.

Ya Rashid…ya Rahman…ya Rahim..
Jika ada dikalangan kami mereka yang diuji dengan kesusahan, maka kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yang bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jalan keluar kepada mereka, jika ada di kalangan kami sedang berhajat dengan keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yang diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka ya Allah…agar dapat beribadah bersama kami. Jika ada dkalangan kami mereka yang derhaka kepada ibu bapa atau terkurang dalam melayani mereka, maka kau ampunilah mereka, jadikanlah kami anak-anak yg taat dan berbakti..sesungguhnya Engkaulah tuhan yg maha mendengar dan mengasihi…

Ya Allah ya Malikal mulk…

Ya Razak..ya fattahu ya alim…
Kurniakan kepada kami rezeki yang halal lagi diberkati. dan jadikanlah dengan rezeki itu kami semakin dekat dengan Mu..sebaliknya, janganlah kau jadikan kami daripada golongan yang lupa diri setelah mendapat kurniaannMu.

Ya Allah….
Bantukanlah kami dalam menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah urusan dunia kami, yang padanya tempat kami mencari kehidupan, Elokkanlah urusan akhirat kami, yang padanya tempat kami akan kembali untuk selama-lamanya.. jadikanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kepada kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kepada kami dari segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kepada Mu dgn jiwa yg tenang….

Ya Allah ya zal jalali wal ikram…

Ya Allah….Jaganlah kau jadikan Ramadhan ini sebagai yang terakhir buat kami, temukanlah kami dengan Ramadhan yang akan datang…
Tapi, Andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jadikankanlah puasa kami sebagai puasa yang Kau rahmati, jadikanlah Ramadhan ini paling bererti, penuh dengan cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu ya Allah…jadikanlah ramadhan ini sebagai penghapus dosa-dosa kami.. Ya Allah…temukanlah kami dengan lailatul qadr…pilihlah kami dikalangan hambaMu yang dapat beramal di malam al-Qadr….Ya Allah..terimalah amalan kami..terimalah taubah kami..ampunkanlah segala dosa kami…amankanlah kehidupan kami disana nanti yang kekal abadi…kurniakanlah kepada kami syurga Mu yg maha luas nikmatnya…

Amin Ya Rabbal Alamin.

padang arafah

Nota : Dalam tazkirah yang lain Ustaz menyatakan kita orang biasa banyak dosa kerana itu doa kita ada hijab dengan ALLAH sehingga kurang makbul. Adalah lebih baik kita perbanyakan doa kepada orang lain kerana setiap kali kita berdoa untuk orang lain maka para malaikat akan mendoakan doa yang sama untuk kita dan doa para malaikat tiada hijab dengan ALLAH. Jadi di bulan mulia Ramadhan marilah kita perbanyakan munajat kepada ALLAH kerana kuasa doa memanglah sangat hebat sebagai bekalan 11 bulan yang mendatang.

Amir Denaihati
Founder  Denaihati

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.


Spread the love

213 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!