Rachel Corrie bersama 6 Rakyat Malaysia sedang menuju Israel
Salam 1Malaysia, ketika aku menulis ini Kapal Rachel Corrie sedang menuju ke perairan Israel bagi menyambung tugas Kapal Mavi Marmara yang tersekat setelah diserang hendap oleh askar Israel di laut antarabangsa. Kapal Rachel Corrie membawa konvoi Freeom Flotilla bersama dengan 6 orang Rakyat Malaysia yang sudah siap sedia dengan apa juga halangan yang bakal menimpa.
Di seluruh dunia manusia tidak kira Islam atau bukan Islam berarak di jalan-jalan raya meluahkan perasaan kecewa terhadap tindakan askar Israel yang mengempur aktivitis tanpa senjata. Pihak berkuasa Israel memberi alasan bahawa tindakan berdarah telah mereka ambil bagi mempertahankan diri daripada serangan aktivis konvoi Freedom Flotilla. Seluruh dunia sedang menunggu tindakan PBB yang selalu akhirnya akan memihak kepada Israel. Semuga yang terkorban itu mendapat syahid di sisi Allah swt.
Marilah sama-sama kita berdoa agar diselamatkan sukarelawan NGO yang berada diatas kapal dan Allah swt sentiasa memberikan keselamatan dan kebaikannya kepada mereka. Walau apapun yang berlaku diharapkan mereka sentiasa ikhlas dan mendapat keredhaan dari Allah swt.
Untuk 1Dunia sila terus bersama Life Line 4 Gaza, HALUANPalestin dan News Denaihati untuk berita terkini. Kita sibuk bertengkar soal remeh temeh sedangkan umat Islam di GAZA sedang menderita. Musabah diri apalah sangat perjuangan kita setakat ini? Semuga ada hati yang tersentuh dan sila copy paste dan hebahkan sebanyak yang boleh…silakan…
Siapakah Rachel Corrie : On 16 March 16 2003, 23-year-old American student Rachel Corrie was crushed to death by an Israeli military bulldozer as she was trying peacefully to stop it demolishing the home of a Palestinian doctor.

