Konvoi Freedom Flotilla di Mavi Marmara diserang Israel – ALLAHU AKBAR

Spread the love

Salam 1Malaysia, rasa letih dari ziarah Kemboja masih belum hilang tetapi apa yang berlaku ke atas Konvoi Freedom Flotilla sangat menyahat hati. Israel telah menyerang kapal Mavi Marmara yang membawa Konvoi Freedom Flotilla yang mengakibatkan korban melebihi 16 orang sehingga saat tulisan ini ditulis.

Sehingga saat tulisan ini ditulis nasib 12 orang wakil sukarelawan dari Malaysia berada dalam konvoi kemanusiaan tersebut di atas kapal Mavi Marmara yang diketuai oleh Sdr Noorazman Shamsudin dari HALUANPalestin bersama 4 orang lagi juga dari HALUANPalestin dan baki dari Yayasan Amal Malaysia, Jamaah Islah Malaysia (JIM), Aqsa As Sharif dan Muslim Care serta 2 orang lagi adalah wartawan dari Astro Awani, Aswad Ismail dan jurugambarnya masih belum diketahui akan situasi dan keadaan mereka di sana memandangkan jalur perhubungan dengan pihak kapal telah terputus.

Perasaan sedih yang amat sangat ini kerana :

1. Anak-anak aku dengan penuh semangat telah menderma untuk tabung Konvoi Freedom Flotilla yang dianjurkan oleh HALUANPalestin dan juga ikut serta dalam perhimpunan Life Line 4 GAZA di Stadium Melawati, Shah Alam beberapa minggu lepas. Salah seorang NGO Malaysia adalah ayah kepada kawan anak aku.

2. Ketika dalam perjalanan menuju ke Airport Senai untuk ke Kemboja aku dengar wawancara LIVE di IKIM.fm bersama Saudara Noorazam Shamsudin yang mengatakan bahawa semua peserta rombongan telah bersedia untuk berkorban masa, harta dan nyawa untuk membantu Rakyat Palestin di GAZA. Semuga yang terkorban itu akan di tempatkan di Syurga, insyallah.

3. Melihat berita di CNN menyatakan bahawa serangan Israel ini dilakukan kerana mereka diserang oleh aktivis. Tak logik lansung alasan yang diberi oleh Israel jahanam ini.

Marilah sama-sama kita berdoa agar diselamatkan sukarelawan NGO yang berada diatas kapal dan Allah swt sentiasa memberikan keselamatan dan kebaikannya kepada mereka.  Walau apapun yang berlaku diharapkan mereka sentiasa ikhlas dan mendapat  keredhaan dari Allah swt.

Untuk  1Dunia sila terus bersama Life Line 4 Gaza dan HALUANPalestin untuk berita terkini. Semuga ada hati yang tersentuh dan sila copy paste dan hebahkan sebanyak yang boleh…silakan…


Spread the love

80 Comments

  1. kita akan terus menyaksikan kekejaman israel hingga hari kiamat..cerita ini sudah disebut didalam Al-Quran..
    .-= Nadri´s last blog ..Sudah Tersepit Diperkosa Pulak =-.

    1. @Nadri, betul tu sehingaa Nabi Isa turun untuk memusnahkan kaum Yahudi sehingga batu dan pokok juga akan membantu Islam menghancurkan kaum durjana ni.

  2. Hanya pengganas sahaja yang berani menggunakkan pendekatan pengganas untuk menyelesaikan isu..
    .-= anif´s last blog ..Celcom Broadband – Fair Usage Policy =-.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!