Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, Ramadhan sudah hampir tiba. Ada yang nak join Titian Serasa Ramadhan tak?
Titian Serasa Ramadhan merupakan program komuniti yang ketiga, bertujuan untuk menjemput semua rakyat Malaysia tanpa mengira usia, bangsa, agama, kepercayaan, budaya atau latar belakang untuk bersama merasai pengalaman sehari berpuasa dalam bulan Ramadhan di samping menghargai perbezaan budaya dan amalan rakan-rakan Muslim kita. Menyemai sifat-sifat mulia seperti sifat sabar, mengawal dan mendisplinkan diri, Titian Serasa Ramadhan merupakan satu landasan masyarakat bukan islam untuk turut menyahut cabaran berpuasa selama sehari di samping mempamerkan kasih sayang dan kemesraan kepada komuniti kita.
Terbuka kepada 500 peserta, orang awam berumur 15 tahun dan ke atas digalakkan untuk menyertai Kem Ramadhan ini.
Tarikh: 12 Julai 2014 (Sabtu)
Tempat: Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), Selangor Darul Ehsan
masa:
8.30 pagi – Pendaftaran09:30 – program seharian untuk Ramadhan (Interaktive Talk Show, Cabaran Kumpulan, Kerja Amal di Rumah Anak Yatim , Cabutan Bertuah dan Penampilan artis)
Artis:
Heliza Helmi (Akademi Fantasia Top 4)
Ben Ashaari (Bodyfitness blogger)
KeQing (Pelakon dan Penyanyi)
Fayse Goh (Juara Astro Talent Quest 2004)07:00 – Berbuka Puasa dan Majlis Makan Malam
Selebriti dari pelbagai kaum seperti Juara Astro Talent Quest 2004 yang terkenal, Fayse Goh, peserta peringkat akhir Akademi Fantasia musim ke-5, Heliza Helmi, penyanyi dan pelakon terkenal, KeQing dan blogger fitness, Ben Ashaari akan bersama para peserta untuk merasai dan menjiwai erti sebenar Ramadhan dalam kem Ramadhan Yeo’s nanti.
Bagaimana untuk mendaftar?
[box type=”shadow”]
Orang ramai boleh mendaftar melalui muat turun borang penyertaan daripada Ramadhan’s Day-Out Fasting Camp Registration sekarang! Yuran penyertaan hanya RM10 setiap orang dan pendaftaran akan ditutup pada 6 Julai 2014. Terhad kepada 500 peserta sahaja.
[/box]
Yuran pendaftaran
RM 10 (termasuk 1 helai T-shirt, Sijil Penyertaan, makan malam bufet buka puasa dan cenderahati Yeos). Koleksi RM10 juga akan disumbangkan sebagai duit Raya untuk anak-anak yatim & peralatan untuk rumah-rumah.
Sila kemukakan slip pembayaran bersama-sama dengan Borang Penyertaan melalui:
Email : [email protected]
Fax : 03-7782 2730
“Yeo’s Ramadhan’s Fasting Day Out Camp 2014”
Alamat: Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad
No. 7, Jalan Tandang, 46050, Petaling Jaya, Selangor.
Tarikh Tutup Pendaftaran
Ahad, 6hb Julai 2014 atau apabila mencapai maksimum 500 peserta
Yeo’s berbesar hati mengalu-alukan dan menjemput orang ramai menyertai dan merasai pengalaman bermakna dalam Kem Ramadhan Yeo’s bermula dari sekarang. Layari laman web Yeo’s di www.yeos.com.my atau hubungi talian khidmat pelanggan Yeo’s di 1300 80 2828 atau 03 7787 3553 untuk mendapat maklumat lanjut mengenai kempen ini. “Follow” Yeo’s Malaysia di semua saluran media sosial: Facebook, Instagram, Twitter dan hashtag #yeosramadhan untuk mengikuti perkembangan terkini atau boleh menyumbang dalam tweets langsung Sinari Kemuliaan Ramadhan Bersama Yeo’s.
143 Comments
menarik ni,
tapi hujung minggu macam full jadual.
Curahan rasa zul @ ..Contest di Facebook Fan Page ZulseffortdotCom
Menarik event ni.. tak pernah terfikir pun untuk buat macam ni.. tahniah kepada Yeo’s atas idea hebat ini..
Curahan rasa Moms Avenue @ ..Amalan Mudah Hamil Nabi Muhamad S.A.W
tahniah dan syabas buat Yeo’s, julung-julung kalinya program besar macam ni diadakan, seharusnya kita beri sokongan.
Curahan rasa Denaihati @ ..BlackBerry Z3 Dilancarkan Di Malaysia
mantap gan infonya
thanks yah
Curahan rasa Mengatasi Wastafel Mampet @ ..Mengatasi Wastafel Mampet
anak umur 8 tahun tak boleh join sekali yer..macam segan pula sorang-sorang nanti.
Curahan rasa ema @ ..Majlis Perpisahan dan Pencen Awal
bawah 15 tahun tak leh join.. sebab ada aktiviti2 yang akan dibuat nanti kurang sesuai untuk bawah 15 tahun.
Curahan rasa Denaihati @ ..SmartTAG baru sangat menyusahkan pengguna
Aktiviti apa pula tuh yg kurang sesuai utk yg bawah 15 tahun? Kalau kanak2 dapat join sekali kan bagus..aktiviti kekeluargaan gitu.. 😉
Curahan rasa UpProfits @ ..Johor DT vs Sarawak Misi Mesti Menang untuk Juara MSL 2014
woww..banyaknya tawaran mesti best nii kompom ramai yg turut serta
Duta Yeo’s Ben Ashaari pun ada.. 🙂
tawaran hebat ini..semoga mendapat banyak sambutan
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Mitos Kais Pagi Makan Petang (1)
Join la sekali…
Curahan rasa brohantu @ ..Juara Joran Astro Bersiaran di Bulan Ramadhan
Dari Borneo ke Malaya..perjalanan yang jauh tu!
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Mitos Kais Pagi Makan Petang (2)
best program mcm nie..kalau free insyaallah nk join skali
Curahan rasa Pemborong Kain Cotton Vietnam @ ..2 Tips Memilih Kain Cotton
ya, menarik dan yang penting sumbangannya pada anak-anak yatim.
Curahan rasa Denaihati @ ..Keputusan penuh Piala Dunia FIFA 2014
bagus ni untuk remaja-remaja
Curahan rasa brohantu @ ..Juara Joran Astro Bersiaran di Bulan Ramadhan
orang dewasa juga sangat digalakkan bro. boleh lah daftar.
Curahan rasa Denaihati @ ..Piala Dunia 2014 lebih menarik dengan Astro B.yond baru
Jauh la Tuan DH. Kalau dekat mmg pi..
Curahan rasa brohantu @ ..Juara Joran Astro Bersiaran di Bulan Ramadhan
semoga sukses acaranya 🙂
Curahan rasa yandi @ ..Obat Maag Kronis Jeli Gamat
terima kasih doanya sahabat. semoga program ini dipermudahkan nanti.
Curahan rasa Denaihati @ ..Blogger makan coklat Cadbury
menarik ni kalau dapat join sekali…tapi tu la…kena tengok dulu free ke tak time tu…hee
Curahan rasa Ezad Skytech @ ..Promosi GSC – Transformers Light Up Magnet Head Edisi Terhad
Hari sabtu biasanya ok kot… yuran hanya RM10, macam-macam dapat, tapi yang paling penting sumbangannya untuk anak-anak yatim.
Curahan rasa Denaihati @ ..Contest KDK Malaysia Charity Challenge
tak mahal sangat yuran ni
Curahan rasa brohantu @ ..Juara Joran Astro Bersiaran di Bulan Ramadhan
wahhhh best nieh macam nak join tapi kena tengok jadual dulu tkut2 tak free
Curahan rasa namiacinta @ ..Casa Ombak Buffet Ramadhan
pasang niat awal-awal dulu, peluang nak jumpa artis juga lah…
Curahan rasa Denaihati @ ..Ninetology U9Z1T Dengan Sokongan LTE Dilancarkan
Tapi yang tak bestnya ada artis non muslim..Tak kenal pun aku
Curahan rasa brohantu @ ..Juara Joran Astro Bersiaran di Bulan Ramadhan
berbalik pada salah satu tujuanya bro…
“Titian Serasa Ramadhan merupakan satu landasan masyarakat bukan islam untuk turut menyahut cabaran berpuasa selama sehari di samping mempamerkan kasih sayang dan kemesraan kepada komuniti kita.”
Curahan rasa Denaihati @ ..Piala Dunia 2014 lebih menarik dengan Astro B.yond baru
Tapi kena tambah skit.. Jemput yang Saudara baru.. Dapatkan pengalaman diorang memeluk Islam dan menunaikan rukun islam.. Pasti amat berguna… Pasti non muslim pun terpikat nak join.. apapun Good Luck.. Harapkan yang terbaik program ni.
Curahan rasa brohantu @ ..Juara Joran Astro Bersiaran di Bulan Ramadhan
sgt mnarik utk dicuba.. bro denaihati join gk ke ni..
Curahan rasa jiesusanos @ ..Hitam, Putih Dan Simple
InsyaAllah kalau tiada aral. jomlah meriahkan lagi program yang julung-julung kali diadakan ni.
Curahan rasa Denaihati @ ..Keputusan Piala Dunia 2014 peringkat kumpulan
dekat tu join jer
Curahan rasa brohantu @ ..Juara Joran Astro Bersiaran di Bulan Ramadhan
Best tu..rasa macam nak join je. Kena check calendar dlu
Bolehlah freekan calender bro 12Julai, Sabtu… terus pasang niat…heee
Curahan rasa Denaihati @ ..Tarikh mula puasa Ramadhan 2014 sudahkah bersedia
wah best ni. kalau tak ada apa2 aral time tu boleh juga join ni 🙂
Curahan rasa Sya Isya @ ..FESYEN JUBAH MUSLIMAH TERKINI | KAIN COTTON CANTIK DAN SELESA
Alhamdulillah, bolehlah daftar laju-laju sekejap je pun…
Curahan rasa Denaihati @ ..BlackBerry Z3 Dilancarkan Di Malaysia
Comments are closed.