Piala Dunia 2014 lebih menarik dengan Astro B.yond baru

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, 24/2/2014 yang lepas buat pertama kali aku menjejaki kaki di Astro walaupun dah bertahun menggunakan khidmat dari Astro biasa hinggalah sekarang Astro B.yond. Sepanjang tempoh itu aku telah melalui berbagai pengalaman turun dan naik bersama Astro sehingga aku jadi terkenal di Astro apabila menulis entri khas untuk Astro. Terima kasih kepada Astro yang telah membantu aku dengan baik sehingga selesai semuanya dengan baik.

Terima kasih kepada Astro kerana telah memilih keluarga aku antara yang awal beberapa hari sebelum dilancarkan menggunakan inovasi terbaru Panduan TV pelbagai bahasa generasi baru. Mula-mula kekok juga nak menggunakan Panduan Pengaturcaraan Elektronik yang baru dengan pilihan bahasa Melayu, Inggeris, India dan Cina.

astro pelancaran TV pelbagai bahasa

Pelanggan dan penonton akan dapat melihat Panduan Pengaturcaraan Elektronik (EPG) dan Astro on the Go (AOTG) yang serba baru dalam bahasa pilihan mereka iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Mandarin atau Tamil untuk pengalaman TV yang lebih peribadi. Mengikut maklumat Astro ini adalah invoasi yang pertama di dunia khas untuk pelanggan Malaysia yang terdiri daripada berbagai bangsa. Pengaturcaraan Elektronik baru menjadikannya lebih mudah bagi pelanggan untuk mencari dan menonton kandungan, pada masa pilihan mereka – secara langsung, dirakam pada PVR atau melalui ribuan kami jam kandungan On Demand . Antara ciri utama EPG adalah seperti berikut:-

  • Panduan TV pelbagai bahasa pertama di dunia untuk membawakan pengalaman yang lebih menarik dan bermakna bagi pelanggan yang mahu menonton rancangan kegemaran mereka dalam bahasa pilihan mereka, iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Mandarin atau Tamil.
  • Enjin pencarian yang mudah untuk pelayaran dan pencarian kandungan lebih menarik seperti carian di google, di mana rakaman atau tajuk dikategorikan mengikut bahasa, tahun siaran dan tarikh dan masa siaran di samping keupayaan menapis dan membahagikan kandungan berasaskan turutan tarikh luput, abjad dan tempoh rakaman.
  • Katalog Video On Demand (VOD) yang menyediakan keupayaan pelayaran dan pencarian lebih baik mengikut genre, tajuk, musim dan episod, sekali gus membolehkan pelanggan mengawal dan memilih cara mereka menikmati hiburan.
  • Kemudahan rakaman lebih baik, yang membolehkan pelanggan yang mempunyai PVR terhubung menguruskan dan memantau rakaman PVR dan pembelian VOD, semuanya dari satu tempat. Pelanggan boleh menonton semua episod yang dirakamkan daripada sesuatu siri, menapis dan menyusun tajuk mengikut tarikh dan musim, dan juga mengunci perpustakaan rakaman mereka untuk mengelakkan daripada rakaman dipadamkan secara tidak sengaja.

Astro on the go baru

Semua inovasi baru yang dihidangkan kepada pelanggan seperti di atas tidak melibatkan penambahan yuran bulanan jadi jangan risau apabila berlaku perubahan pada panel Astro di rumah anda. Pelanggan masih boleh menggunakan remote control lama untuk menggunakan panel panduan pelbagai bahasa baru tetapi kalau nak tukar boleh menghubungi pihak Astro.

Selain Astro B.yond, kemaskini antaramuka turut diperkenalkan kepada pengguna Astro On The Go serta sokongan EPG pelbagai bahasa. Kemaskini terbaru untuk Astro On The Go turut memudahkan pengguna untuk menonton rancangan terpilih, dimana tidak lagi perlu mendaftar dan log-masuk terlebih dahulu sebelum dapat menontonnya. Pelanggan AOTG boleh memanfaatkan EPG pelbagai bahasa, kemudahan menyaksikan acara sukan secara langsung, menonton TV dan filem berasaskan permintaan selain daripada 30 saluran TV yang kini boleh dinikmati. Malah, kandungan AOTG kini boleh ditonton dengan lebih mudah kerana pengguna dapat menonton rancangan terpilih secara percuma tanpa perlu mendaftar. Kepada pembaca yang tiada Astro di rumah untuk menonton Piala Dunia 2014 ini masa paling sesuai untuk memuat turun AOTG di gajet kesayangan anda dan boleh menonton pasukan kesayangan anda di mana sahaja dengan hanya perlu membayar RM6 untuk satu perlawanan. Untuk mengetahui secara detail lawat sahaja website Astro On The Go.

Malaysias-First-Multilingual-TV-Guide

Berdasarkan pengalaman aku yang sudah menggunakan panduan TV pelbagai bahasa lebih awal, memang best dan lebih mudah berbanding dengan sistem lama. Memang tabik dengan team ASTRO yang sentiasa mencipta inovasi baru untuk memberi kepuasan kepada pelanggan. Memang seronok terutama menonton channel sukan menyaksikan pasukan kesayangan German. Paling best boleh follow berita terkini Piala Dunia 2014 di Stadium Astro Channel 820, 821, 823 dan 824 juga di Astro Channel HD 840, 841, 842, 843 dan 844 yang akan menyiarkan 64 perlawanan Piala Dunia FIFA 2014. Dengan kemudahan rakaman PVR kita tak perlu lagi berjaga dini hari untuk menonton perlawanan Piala Dunia 2014 kerana boleh dirakam dan ditonton semula pada bila-bila waktu lapang. Anda akan mendapat Keputusan Piala Dunia 2014 terkini di Stadium Astro mengikut Jadual perlawanan Piala Dunia 2014 mengikut waktu Malaysia.

astro pandual pelbagai bahasa

Panduan TV pelbagai bahasa mula dimuat turun secara automatik kepada pelanggan yang mempunyai set peranti Astro B.yond bermula pada 24 Februari 2014 secara berperingkat. Pelanggan Astro B.yond dinasihatkan untuk meninggalkan set peranti mereka dalam mod standby (tunggu sedia) untuk menerima perisian yang dikemas kini. Proses muat turun panduan TV pelbagai bahasa akan memakan masa beberapa bulan jadi jangan panik kalau ada yang belum dapat. Sila layari www.astro.com.my/epg atau menonton Saluran 100 (mulai 22 Februari) untuk maklumat lanjut. Untuk maklumat lanjut tentang Astro on the Go, sila layari www.astro.com.my/onthego.

Kepada pengguna Astro B.yond yang sudah menerima panduan TV pelbagai bahasa sila kongsikan pengalaman anda seperti sahabat kita ini Shakiddo.

101 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!