Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, Ramadhan sudah hampir tiba. Ada yang nak join Titian Serasa Ramadhan tak?
Titian Serasa Ramadhan merupakan program komuniti yang ketiga, bertujuan untuk menjemput semua rakyat Malaysia tanpa mengira usia, bangsa, agama, kepercayaan, budaya atau latar belakang untuk bersama merasai pengalaman sehari berpuasa dalam bulan Ramadhan di samping menghargai perbezaan budaya dan amalan rakan-rakan Muslim kita. Menyemai sifat-sifat mulia seperti sifat sabar, mengawal dan mendisplinkan diri, Titian Serasa Ramadhan merupakan satu landasan masyarakat bukan islam untuk turut menyahut cabaran berpuasa selama sehari di samping mempamerkan kasih sayang dan kemesraan kepada komuniti kita.
Terbuka kepada 500 peserta, orang awam berumur 15 tahun dan ke atas digalakkan untuk menyertai Kem Ramadhan ini.
Tarikh: 12 Julai 2014 (Sabtu)
Tempat: Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), Selangor Darul Ehsan
masa:
8.30 pagi – Pendaftaran09:30 – program seharian untuk Ramadhan (Interaktive Talk Show, Cabaran Kumpulan, Kerja Amal di Rumah Anak Yatim , Cabutan Bertuah dan Penampilan artis)
Artis:
Heliza Helmi (Akademi Fantasia Top 4)
Ben Ashaari (Bodyfitness blogger)
KeQing (Pelakon dan Penyanyi)
Fayse Goh (Juara Astro Talent Quest 2004)07:00 – Berbuka Puasa dan Majlis Makan Malam
Selebriti dari pelbagai kaum seperti Juara Astro Talent Quest 2004 yang terkenal, Fayse Goh, peserta peringkat akhir Akademi Fantasia musim ke-5, Heliza Helmi, penyanyi dan pelakon terkenal, KeQing dan blogger fitness, Ben Ashaari akan bersama para peserta untuk merasai dan menjiwai erti sebenar Ramadhan dalam kem Ramadhan Yeo’s nanti.
Bagaimana untuk mendaftar?
[box type=”shadow”]
Orang ramai boleh mendaftar melalui muat turun borang penyertaan daripada Ramadhan’s Day-Out Fasting Camp Registration sekarang! Yuran penyertaan hanya RM10 setiap orang dan pendaftaran akan ditutup pada 6 Julai 2014. Terhad kepada 500 peserta sahaja.
[/box]
Yuran pendaftaran
RM 10 (termasuk 1 helai T-shirt, Sijil Penyertaan, makan malam bufet buka puasa dan cenderahati Yeos). Koleksi RM10 juga akan disumbangkan sebagai duit Raya untuk anak-anak yatim & peralatan untuk rumah-rumah.
Sila kemukakan slip pembayaran bersama-sama dengan Borang Penyertaan melalui:
Email : [email protected]
Fax : 03-7782 2730
“Yeo’s Ramadhan’s Fasting Day Out Camp 2014”
Alamat: Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad
No. 7, Jalan Tandang, 46050, Petaling Jaya, Selangor.
Tarikh Tutup Pendaftaran
Ahad, 6hb Julai 2014 atau apabila mencapai maksimum 500 peserta
Yeo’s berbesar hati mengalu-alukan dan menjemput orang ramai menyertai dan merasai pengalaman bermakna dalam Kem Ramadhan Yeo’s bermula dari sekarang. Layari laman web Yeo’s di www.yeos.com.my atau hubungi talian khidmat pelanggan Yeo’s di 1300 80 2828 atau 03 7787 3553 untuk mendapat maklumat lanjut mengenai kempen ini. “Follow” Yeo’s Malaysia di semua saluran media sosial: Facebook, Instagram, Twitter dan hashtag #yeosramadhan untuk mengikuti perkembangan terkini atau boleh menyumbang dalam tweets langsung Sinari Kemuliaan Ramadhan Bersama Yeo’s.
143 Comments
hargai usaha yeos semoga segalanya berjalan dengan lancar,.aktiviti ini sangat bermanfaat 🙂
Curahan rasa eyfa writter @ ..RESEPI: Tart Nenas Gulung
Semoga Yeos Malaysia semakin kerap bekerjasama bersama blogger.. 😉
Curahan rasa UpProfits @ ..Johor DT vs Sarawak Misi Mesti Menang untuk Juara MSL 2014
harap-harap berterusan dan bertambah baik…
Curahan rasa brohantu @ ..Jadual Air Pasang Surut
InyasAllah ada yang pelbagai aktiviti lain nanti…
Curahan rasa Denaihati @ ..Contest KDK Malaysia Charity Challenge
menarik2..nti bleh la berpuasa bersama2 dgn artis..hihi
Curahan rasa jiesusanos @ ..Sotong Celup Tepung Memang Best
berpuasa dan berbuka bersama2 dgn artis mestilah pengalaman hebat..
Curahan rasa Denaihati @ ..Ninetology U9Z1T Dengan Sokongan LTE Dilancarkan
Menarik betul apa yang Yeos buat. Jom sertai ramai-ramai.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Nuffnang Berwajah Baru
wah, berbaloi-baloi ni.
Curahan rasa Siti travelog @ ..Itinerary 6D5N Trip ke Batam RM 982.04
Memang berbaloi-baloi untuk di sertai.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Komisen Pendapatan Ketujuh dari Ashadee
Dari segi RM pun dah berbaloi, paling berbaloi saham akhiratnya.
Curahan rasa Denaihati @ ..Keputusan Piala Dunia 2014 peringkat kumpulan
boleh la join sebab time tu dah abis final exam…hihih
Curahan rasa hafizi @ ..Panduan Jadi Blogger Terkenal
Boleh join lah jika macam tu. Exam dah habiskan.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Bayaran Komisen Bulan Jun 2014 Dari Jobdirumah
silakan, boleh daftar cepat-cepat sebelum 6Jul. maximum 500 orang sahaja.
Curahan rasa Denaihati @ ..Tarikh Bermula Ramadhan 2014 sudahkah bersedia
Inisiatif yang bagus ni.
Mungkin lepas join program ini, ramai yang mahu join 30-hour famine. 🙂
Curahan rasa lina @ ..My Wednesday Was
harapan begitulah “30-hour famine” tak kurang menariknya…
Curahan rasa Denaihati @ ..BlackBerry Z3 Dilancarkan Di Malaysia
Yeos, bila lah nak jemput kawe lak.. bayar ciput pun tak apa adehhh 😀 😉
Curahan rasa Ismail N @ ..Soccer Predictions: Test Your Football Knowledge
InsyaAllah satu hari nanti peluang bro pulak lah….
Curahan rasa Denaihati @ ..Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Malaysia 1435H/2014M
Bagus betul Yeos Malaysia ni … yang best tu, libatkan juga golongan bukan Islam dalam cabaran berpuasa. Hmm sungguh menarik sekali.
Curahan rasa hasrulhassan @ ..Buffet Ramadhan Casa Ombak
Non-muslim pun sekarang dah seronok berpuasa bersama-sama..sedih juga bila ada juga segelintir rakan2 kita yg muslim memberi pelbagai alasan untuk tidak berpuasa..
Curahan rasa UpProfits @ ..Johor DT vs Sarawak Misi Mesti Menang untuk Juara MSL 2014
satu kelainan dan keunikan program Titian Serasa Ramadhan Bersama Yeos…
Curahan rasa Denaihati @ ..Negeri yang bercuti Awal Ramadhan
Wahhh Tahniah buat Yeos kerana prihatin terhadap golongan yg memerlukan dgn menjalankan aktiviti kebajikan sebegini 🙂 Tambahan pula ia di anjurkan di bulan Ramadhan. So kawan2 yg berlainan agama bolehlah sama2 berpuasa dan pada waktu yg sama boleh menyumbang kepada tabung. Thumbs up!
Curahan rasa sha @ ..Tiada yang lama, tiada yang baru
ya terbuka untuk semua, tak kisah agama apa… julung-julung kali ada event macam ni…
Curahan rasa Denaihati @ ..Buffet Ramadhan murah 2014
nampak Yeos ni semakin aktif buat promosi, terbaiklah, saya suka Yeos soya, sedap
Curahan rasa myrujukan @ ..Panduan Buat Duit Dengan Menulis
ambe teringin nak jumpa dengan gadis comel si Heliza itu
Curahan rasa suri @ ..A Special Time
Kalau suri yg pompuan pun teringin, lelaki apatah lagi..hehe
Curahan rasa UpProfits @ ..Johor DT vs Sarawak Misi Mesti Menang untuk Juara MSL 2014
nak pergi tapi tak ada member dari peraklah pula uh..sapa pergi beri tahu saya ya..DH jangan marah ya
Curahan rasa suri @ ..Cara Kukuh Menjahit Butang Baju Empat Lubang
InsyaAllah ada dari Perak, cer tanya kat fb, sekarang awal lagi…
Curahan rasa Denaihati @ ..BlackBerry Z3 Dilancarkan Di Malaysia
bagusnya program macam ini.
Curahan rasa fyna @ ..Kadar Zakat Fitrah Selangor Tahun 2014
Wah..blogger pun dah jadi selebriti sebaris artis..siap jadi duta produk lagi..hehe..tahniah!
Curahan rasa UpProfits @ ..Johor DT vs Sarawak Misi Mesti Menang untuk Juara MSL 2014
Artikel yang bagus, kami tunggu artikel berikutnya..
http://goo.gl/Y6or4q
tunggu artikel seterusnya sambungan lepas event inilah uh..
Curahan rasa suri @ ..Rukun Talak : Lafaz Sarih, Lafaz Kinayah
Comments are closed.