84″ Ultra HD 3D TV di Event Blogger LIVE LIFE LARGE LG

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, Alhamdulillah terima satu jemputan untuk hadiri event blogger LIVE LIFE LARGE LG’s yang akan diadakan pada 08 Jun 2013, pukul 10.00am di The Curve (The Piazza). Rasa teruja untuk join event tu kerana ia bersempena dengan pelancaran produk terbaru LG iaitu TV Ultra HD 3D 84 inci pertama di dunia! 84 inci… Boleh bayangkan tak besar mana?

LG TV Ultra HD 3D 84 Inch

Event yang pasti menyeronokkan. Selain pelancaran produk, “LIVE LIFE LARGE LG” juga akan mengadakan pelbagai aktiviti, permainan dan turut menawarkan pelbagai hadiah menarik yang disediakan oleh pihak LG kepada pemenang bertuah.

Paling menarik adalah selepas event tersebut LG akan mengadakan satu contest untuk blogger di mana blogpost terbaik akan memenangi TV Ultra HD 84 Inci. Memang bestlah siapa yang menang TV bersaiz 84 inci ni.

LG 84 inch Ultra TV

TV Ultra HD 8 Inci keluaran LG ni sememangnya didatangkan dengan ciri-ciri dan fungsi istimewa. Kualiti gambarnya yang hebat dengan 8 juta pixel perframe iaitu 4 kali ganda resolusi (3840×2160) panel TV HD penuh yang sedia ada.

ULTRA HD Resolution Upscaler yang ada juga membolehkan imej dari sumber luaran seperti cakera keras, peranti mudah alih dan laman web dipaparkan dengan lebih terperinci dan sempurna.

Dilengkapi dengan Teknologi CINEMA 3D dan 2.2 Speakers System, TV 84 inci dengan paparan menarik yang bersamaan dengan 4 buah TV 42 inci ini menjanjikan keselesaan dan kepuasan semasa menonton TV di rumah.

tv lg 84 inci

Ciri Istimewa LG TV Ultra HD 84″

  • Ultra HD TV 2160P
  • 84” Gigantic Screen
  • 2.2 Speakers System
  • Comfortable 3D Glasses
  • IPS Advanced LCD Panel
  • Ultra HD Resolution Upscaler
  • Magic Remote
  • Flicker-Free 3D

Tak sabar nak tengok paparan skrin Ultra HD dan dengar sistem audio dia. Mesti gempak habis fungsi-fungsi yang ada pada TV Ultra HD 84 inci ni..

Untuk makluman semua, selain event blogger ini LG juga akan mengadakan roadshow yang bertempat di The Curve (The Piazza) pada 07 – 09 Jun 2013 daripada jam 10.00 am hingga 10.00 pm. Kalau nak cuba tengok depan mata sendiri TV bersaiz 84 inci ni boleh la datang ke roadshow LG. Mana tahu ada rezeki TV Ultra HD 84 Inci ni menjadi milik anda..

Layari laman web LG di www.lg.com/my untuk maklumat lanjut.

Live Life Large LG’s Blogger Event
Masa : 8 Jun 2013 (10.00 am)
Tempat : The Curve (The Piazza)

LG Roadshow
Masa : 07 – 09 Jun 2013 (10.00 am – 10.00 pm)
Tempat : The Curve (The Piazza)

76 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!