Tarikh Bermula Ramadhan 2014 sudahkah bersedia

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam kenyataan berkata Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa 2014 adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi). Tarikh dan masa melihat anak bulan Ramadan untuk menetapkan permulaan puasa ialah pada petang Jumaat, 27 Jun bersamaan 29 Syaaban di lokasi melihat anak bulan yang telah ditetapkan. Kepada pembaca yang belum mengetahui bagaimana cara tarikh permulaan puasa Ramadhan ditentukan sila baca entri “Tempat melihat anak bulan dan sejarahnya“.

Terkini : Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja telah mengumumkan 1 Ramadhan 1435H/2014 jatuh pada 29/6/2014.

tarikh melihat anak bulan ramadhan 2014
Bila angaknya tarikh permulaan puasa Ramadhan 2014

Ramadhan adalah bulan yang terlalui istimewa kepada semua umat Islam kerana di dalamnya terdapat berbagai kehebatan terutamanya malam Lailatul Qadar yang menjadi impian kepada semua. Persiapan yang rapi perlu dibuat untuk menghadapi Ramadhan supaya bulan yang hebat ini tidak berlalu begitu sahaja seperti bulan-bulan yang lain. Dengan persediaan yang rapi semuga kita memperolehi puasa Khawasul Khawas iaitu puasanya orang-orang Shalih, para Auliya, dan para Nabi.

tarikh dan masa majlis ilmu Ustaz Nouman Ali Khan di Karangkraf

Untuk mendapat Puasa Khawasul Khawas kita perlu ada persediaan menjelang Ramadhan paling utama adalah mengulang kaji ilmu puasa Ramadhan dengan membaca kitab-kitab dan hadir ke majlis ilmu di surau dan masjid. Antara majlis menjelang Ramadhan yang tidak boleh terlepas adalah sessi ilmu bersama Ustaz Nouman Ali Khan pada 8.30 pm, 26/6/2014 di Dataran Ilmu Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam. Mohon pembaca sebarkan maklumat ini kepada semua sahabat melalui sosial media kerana lokasi ini boleh memuatkan lebih 5 ribu pengunjung. Jangan ambil mudah bersangka kita tahu semua ilmu puasa Ramadhan sehingga kita tidak memperolehi nikmat sebenar Ramadhan di dunia dan akhirat.

Selain melipat gandakan amalan di siang dan malam hari apa kata Ramadhan tahun ini kita azam untuk memberi makan setiap hari kepada yang berbuka puasa biar pun hanya seorang. Kepada yang tahu fadilat memberi makan kepada yang berbuka puasa pasti buka seorang tetapi akan berusaha untuk memberi seramai mungkin yang termampu setiap hari.

Restoran halal di Siem Reap
Menikmati juadah berbuka puasa beramai-ramai memang nikmat

Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya, “Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun”. (At-Tirmidzi)

[box]Peluang Menaja Berbuka Puasa Pelajar Madrasah Tahfiz An Nuur Muar

Tuan/puan boleh pilih untuk menaja Pelajar atau Hari. Kiranya seperti berikut :

1. Pelajar : RM7 sehari untuk 1 pelajar x 27 hari = RM189 jadi kalau ambil 10 orang pelajar RM189 x 10 = RM1890

2. Hari : RM7 x 250 pelajar madrasah = RM1750 sehari jadi kalau nak menaja 5 hari RM1750 x 5 = RM8,750

Sumbangan boleh dibuat ke akaun Maybank Ustaz Nur Effendy (Noehas.com), no akaun 151043978127 dan sila maklumkan melalui sms/wassap kepada Ustaz Firdaus 0176984640.[/box]

Dengan ilmu yang banyak di dada inshaa Allah kita juga dapat mengurangkan kesalahan-kesalahan sewaktu berbuka puasa yang kekadang kita lakukan tanpa sengaja. Jangan lupa ulangkaji bacaan dan niat berpuasa bulan Ramadhan bersama anak-anak kerana kekadang mereka terlupa.

Daripada Salaman r. a bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “Sesiapa yang memberi seseorang yang berpuasa untuk berbuka maka pemberiannya itu merupakan pengampunan untuk dosa-dosanya dan kelepasan darinya dari neraka dan dia mendapat ganjaran puasa orang tersebut tanpa mengurangkan sedikit pun daripada ganjarannya. Allah SWTmemberikan pahala itu kepada sesiapa saja yang memberikan walaupun sebiji tamar atau seteguk air ataupun sesisip susu kepada orang yang berpuasa untuk berbuka. Sesiapa yang memberi minum kepada mana-mana orang yang berpuasa maka Allah SWT akan memberinya minum dari telagaKu (pada hari kiamat) dengan sekali minum dia tidak akan dahaga lagi sehingga dia masuk ke dalam syurga“.

Mari kita bersama-sama berdoa semuga ALLAH pilih kita semua untuk mendapat nikmat Ramadhan 2014 dan bertemu dengan malam Lailatul Qadar.

165 Comments

  1. ada juga orang yang tak suka bulan ramadhan kerana terpaksa tahan lapar tetapi dari situ la kita belajar erti menahan lapar dan dahaga, dan bagaimana orang susah tidak dapat makan hanya alas perut saja
    Curahan rasa iuzira @ ..kenali AL-QASSAMMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!