Contest KDK Malaysia Charity Challenge

Mahukah anda mengubah dunia dengan idea anda sempena hari raya ini ? Mahukah anda impian anda direalisasikan oleh KDK Malaysia ? KDK Malaysia akan menganjurkan satu kempen yang diberi nama ‘ KDK Charity Challenge ‘. Secara ringkasnya ianya satu cabaran yang memerlukan peserta untuk memberikan inspirasi idea tentang melakukan aktivti amal kebajikan yang bagaimana dan dengan badan kebajikan yang mana kepada KDK Malaysia.

KDK Charity Challenge

Ada pelbagai cara untuk anda lakukan aktivti amal kebajikan di Malaysia ini. Antaranya anda mungkin boleh membantu mereka yang tiada rumah ( mereka yang terbuang ) ataupun membantu anak anak yatim. Boleh juga melakukan aktiviti amal kebajikan dengan pusat-pusat yang khusus ditubuhkan untuk pesakit-pesakit seperti pesakit kanser, ataupun membantu rumah-rumah orang tua.

Sehubungan dengan itu KDK Malaysia akan merealisasikan idea anda dan ada ganjaran berupa hadiah untuk usaha anda. Bukan itu sahaja, setiap ‘LIKE‘ semasa kempen ini sedang berlangsung RM 1 akan didermakan kepada badan amal kebajikan tersebut.

Konsep kempen ini adalah untuk mengumpul dana RM 25 000 untuk aktivti amal kebajikan sempena kedatangan Hari Raya nanti. Untuk merealisasikan impian tersebut, KDK Malaysia menjemput komuniti Facebook untuk mewar-warkan berita ini dan membantu KDK Malaysia untuk mendapatkan 25 000 ‘ LIKE ‘ yang baru di Halaman Facebook KDK Malaysia.

Bagaimana untuk sertai cabaran ini :

1. ‘ LIKE ‘ halaman Facebook KDK Malaysia. Kemudian pergi ke ‘ TAB ‘ Charity Challenge.

KDK Charity Challenge

 

2.  Klik ‘ GET STARTED ‘

 

 KDK Charity Challenge

 

2. Hantarkan idea  anda ke KDK Malaysia dengan mengisikan butiran diri seperti gambar dibawah. Muat turun juga gambar rumah kebajikan / individu / pusat kebajikan, kemudian tuliskan idea anda seringkasnya tidak melebihi 300 karekter. Tekan ‘ SUBMIT ‘ jika sudah selesai.

 

KDK Charity Challenge

 

 KDK Charity Challenge

3. Jika sudah selesai menghantar penyertaan anda, anda akan dapat lihat mesej seperti dibawah.

 

 KDK Charity Challenge

4.  Jemput rakan anda untuk sertai cabaran ini dan raih undian dari mereka.

Hadiah ‘Charity Challenge’

1. Idea pemenang akan direalisasikan oleh pihak KDK Malaysia
2. Pemenang dan 2 rakan akan berpeluang untuk menyambut hari raya bersama penerima amal kebajikan yang dicalonkan.
3. Pemenang juga akan memenangi 3 kipas angin KDK yang bernilai RM1,320 jumlah keseluruhan.

Pemenang akan dipilih melalui kreativiti idea anda, undian dan juri pertandingan.  Juri ( 40%), Undian (30%) dan Kreativiti Idea (30%). Boleh baca syarat pertandingan di Syarat -Syarat Penyertaan

Satu usaha yang murni dari pihak KDK Malaysia, dengan mengadakan kempen seperti ini secara tidak langsung ianya dapat membantu mereka yang dalam kesusahan dan kesempitan. Ini juga peluang untuk kita sama-sama membantu usaha murni ini dan dalam pada masa yang sama dapat menambahkan lagi pahala amal kita.

 

122 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!