Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “soal jawab solat jamak yang ramai keliru“. Kali ini Abang nak berkongi jadual waktu berbuka puasa dan Imsak Malaysia.
Waktu berbuka puasa waktu yang ditunggu oleh semua terutama anak-anak yang baru belajar berpuasa. Waktu berbuka puasa adalah antara waktu paling baik untuk doa kerana itu digalakan kita bersedia dihadapan juadah berbuka lebih awal sambil berdoa menunggu waktu berbuka puasa. Berdoa yang terbaik adalah lebih banyak mendoakan untuk ibubapa, keluarga, jiran, guru-guru, pemimpin, untuk seluruh umat manusia dan sedikit doa untuk diri sendiri. Setiap kali kita berdoa untuk orang lain dengan ikhlas maka malaikat akan mendoakan kembali doa tersebut kepada diri kita.
DOA MUNAJAT RAMADHAN DARI SEORANG IMAM TERAWIH
Kepada rakan Blogger yang sentiasa sibuk di hadapan komputer lebih mudah untuk mengetahui Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Seluruh Malaysia 1435H/2014M dengan memasang plugin waktu solat di sidebar blog anda. Plugin waktu solat ini adalah projek CSR tead Denaihati untuk masyarakat yang telah dibina beberapa tahun lepas.
Senarai Lokasi Buffet Ramadhan Murah 2014
Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Seluruh Malaysia 1435H/2014M
- Jadual Waktu Imsak Berbuka Negeri Perlis
- Jadual Waktu Imsak Berbuka Penang 1435H/2014M
- Jadual Waktu Imsak Berbuka Negeri Kedah
- Jadual Waktu Imsak Berbuka Negeri Pulau Pinang
- Jadual Waktu Imsak Berbuka Negeri Perak
- Jadual Waktu Imsak Berbuka Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Dan Putrajaya
- Jadual Waktu Imsak Berbuka Negeri Selangor
- Jadual Waktu Imsak Berbuka Negeris Sembilan
- Jadual Waktu Imsak Berbuka Negeri Melaka
- Jadual Waktu Imsak Berbuka Negeri Johor
- Jadual Waktu Imsak Berbuka Negeri Pahang
- Jadual Waktu Imsak Berbuka Negeri Terengganu
- Jadual Waktu Imsak Berbuka Negeri Kelantan
- Jadual Waktu Imsak Berbuka Negeri Sabah
- Jadual Waktu Imsak Berbuka Negeri Sarawak
- Jadual Waktu Imsak Berbuka Wilayah Persekutuan Labuan
Mari kita berazam dan berdoa semuga puasa Ramadhan tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelum dengan meningkatkan amalan di siang dan malam hari. Berdoa dengan sungguh-sungguh supaya kita dipilih ALLAH SWT untuk bertemu dengan malam Lailatul Qadar, malam yang terlalu istimewa berbanding dengan 1000 malam yang lain.
Selain beramal bersendirian dan berkumpulan jangan lupa banyakkan memberi kepada yang memerlukan kerana dengan memberi kita sebenarnya membina kehidupan berbanding dengan kita hanya hidup dengan apa yang kita dapat. Terlalu banyak ganjaran kepada yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa walaupun hanya separuh dari kurma jadi jangan lepaskan peluang yang hebat ini.
Semuga entri Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Seluruh Malaysia 1435H/2014M memberi manfaat kepada semua pembaca.
223 Comments
siap-siap buat artikel untuk jadwal imsak dan berbuka [puasa untuk tahun ini
Curahan rasa islam di dadaku @ ..Cara Sederhana mengatasi bau Mulut
selamat bersahur dan berbuka puasa bersama keluarga, makan di rumah lebih baik dan mengeratkan silaturahim.
Curahan rasa ikhwan @ ..Objektif Kerjaya Yang Diperlukan Oleh Graduan
jadwal ini perlu sekali banyak yang cari karena banayk kesulitan mengetahui waktu sebenarnya berbuka puasa
Semoga diberi umur panjang dan beroleh Ramadhan tahun ini Amin dan seronok tunggukan raya lagi
Curahan rasa islam di dadaku @ ..Rezeki dan berkah bukan dari jimat penglaris
Comments are closed.